NUFFNANG

Thursday, 17 April 2014

Wardina termalu pabila Ustaz Don tampil memberi penjelasan sebenar..

Wardina termalu pabila Ustaz Don tampil memberi penjelasan sebenar..


Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunakan media 
sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya 
dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan 
oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.

Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada 
ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.

Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya 
tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri 
yang melakukannya.

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu 
kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video 
sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don

Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz 
goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk 
menghentam orang lain.

Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada 
video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun 
jika beliau ikhlas.

Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, 
jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi 
ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau 
sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak 
senang duduk. Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas.

Ustaz Don hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina 
Agama Islam kenapa Wardina diam.

Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap 
ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih 
dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim 
adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.

Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis. 

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 
'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'

Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak 
senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom dan staf tersebut mungkin 
ada sedikit sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta 
Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut...Wallahualam...

Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut 
mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya, saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan 
pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit 
sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi 
kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif.

source : anak seberang

No comments: