NUFFNANG

Tuesday 1 April 2014

Apa Motif Musa Hitam Menipu?

Apa Motif Musa Hitam Menipu?

 
Walaupun Tun Musa Hitam telah lama 'meninggalkan' politik Malaysia, namun nama 
beliau terus tenggelam timbul mengikut keadaan.    Apa yang menarik, setiap kali 
Tun Musa Hitam 'timbul', ia hanyalah untuk menghentam Tun Mahathir Mohamad. 
 
Mungkin ramai yang tidak tahu kisah keserasian dan kemudiannya perbalahan 
Tun Mahathir-Tun Musa.  Namun,  melihat dari apa yang berlaku, kita pasti semua 
orang tahu kini bahawa adalah Tun Musa adalah seorang yang sangat pendendam. 
 
Dendam Tun Musa terhadap Tun Mahathir nampaknya tidak pernah padam 
walaupun yang sepatutnya berdendam ialah Tun Mahathir kerana Tun Musa 
yang mengatur berbagai langkah untuk menjatuhkan beliau dan bukannya 
sebaliknya.   

Walaubagaimanapun, sejarah telah membuktikan bahawa Tun 
Mahathir sentiasa memaafkan semua mereka yang pernah menikamnya dari belakang 
dan mereka yang gagal menikamnya pula yang masih tidak dapat menerima 
kegagalan masing-masing. 
 
Kali ini, Tun Musa timbul lagi, di atas pentas pembangkang.   Seperti biasa, beliau 
timbul dengan membawa cerita buruk mengenai Tun Mahathir.   Di atas pentas, PAS, 
Tun Musa cuba menolak tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam 
Peristiwa Memali yang mana pada ketika itu, beliau merupakan Menteri Dalam 
Negeri merangkap pemangku Perdana Menteri kerana Perdana Menteri, 
Tun Mahathir, berada dalam lawatan ke China. 
 
Benarlah kata orang bahawa dendam kesumat mampu membuatkan seseorang itu 
hilang pertimbangan.  Nampaknya, itulah yang berlaku kepada Tun Musa apabila 
beliau menipu kononnya Tun Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di 
China ketika peristiwa berdarah tersebut berlaku.   Walhal, kunjungan Tun Mahathir 
ke China telah terakam dalam hampir semua akhbar-akhbar di Malaysia dan juga 
China, malah Singapura juga, lengkap dengan gambar dan teks ucapan beliau 
dalam program-program di sana. 
 
Seperti dijangka, pembangkang begitu pantas mensensasikan pembohongan Tun 
Musa dan mengambilnya sebagai fakta tanpa berfikir panjang ataupun 
menyelidik kesahihannya.   Dan seperti dijangka juga, apabila media 
mendedahkan kebenaran siap dengan berbagai-bagai bukti, pembangkang 
mengambil sikap pura-pura tidak mendengarnya pula. 
 
Antara bukti yang paling menarik ialah kenyataan Lim Kit Siang sendiri pada 
19 November 1985 dalam sebuah makan malam sempena penyertaan 
Tan Sri Lee Lam Thye, yang pada ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Agung 
DAP, sebagai delegasi ke China bersama dengan Perdana Menteri.  Ucapan Lim Kit 
Siang berbunyi, "Esok Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, akan menerajui 
250 delegasi ke China, iaitu Perdana Menteri ketiga yang melawat China sejak 
hubungan diplomatik antara kedua negara dijalinkan 11 tahun lalu."
 
Artikel dari Singapore Straits Times pada 20 November 1985 pula merekodkan
"Mahathir berjumpa Zhao Hari Ini" sekali gus membuktikan Tun Mahathir 
meneruskan lawatan ke China seperti yang dirancang.   
 
Pada 24 November 1985, akhbar yang sama memetik artikel dari 
Reuters/AFP bertajuk"Saya Menerima Pendirian China Mengenai CPM:  Mahathir" 
yang mana menyebut'Dr. Mahathir yang tiba pada Rabu lepas (di Beijing pada 
20 November 1985) untuk lawatan 8 hari dengan delegasi yang termasuk 130 
usahawan dan 20 diplomat, telah meninggalkan Beijing hari ini untuk lawatan 
seterusnya ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai.  Beliau dijadualkan kembali 
ke Malaysia pada hari Jumaaat'.
 
Lebih menarik lagi, dalam akhbar yang sama dan di muka surat yang sama, tertulis 
satu lagi artikel bertajuk "Insiden Baling:  Undang-undang Adalah Yang Tertinggi, 
Kata Musa." iaitu merujuk kepada peristiwa berdarah Memali yang berlaku ketika 
Tun Mahathir ke luar negara dan Tun Musa memangku jawatan Perdana Menteri. 
 
Terdapat banyak lagi bukti-bukti lain bagi mengesahkan yang Tun Musa telah 
berbohong mengenai Tun Mahathir berada dalam negara pada ketika peristiwa 
Memali berlaku.  
 
Justeru, kita hairan kenapa Tun Musa perlu berbohong dan kenapa beliau tidak 
mampu memikirkan bahawa pembohongan sebesar ini tentu sekali mudah 
untuk didedahkan. 
 
Mungkinkah beliau sebenarnya dihantui rasa bersalah, dan cuba memindahkan 
perasaan bersalah itu kepada orang lain?  Mungkinkah dengan memindahkan 
kesalahan ke bahu Tun Mahathir, maka beliau berharap bukan sahaja dapat 
melepaskan diri dari kesalahan tetapi juga dapat membalas dendam sekali gus?
 
Perasaan bersalah Tun Musa mungkin dapat dijelaskan melalui ucapan Tan Sri 
Sanusi Junid dalam sebuah majlis anjuran bersama Universiti Malaya Perlis (UNIMAP) 
dan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 
Mac, 2011 yang antara lain menyebut mengenai peristiwa Memali seperti berikut: 
 
"Setahun kemudian pada tahun 1985, dalam mesyuarat kabinet sebelum 
Tun Dr. Mahathir berangkat ke negeri China, saya telah diminta menghubungi 
kenalan saya Ibrahim Libya yang dikehendaki menyerah secara aman kepada pihak 
polis. Saya telah menyampaikan hasrat saya untuk berjumpa Ibrahim tetapi, 
sepeninggalan Tun Dr. Mahathir ke China, dan belum sempat saya berjumpa 
Ibrahim, beliau telah terbunuh dalam peristiwa Memali. Pada waktu itu Tun Musa 
menjadi Menteri Dalam Negeri dan memangku jawatan Perdana Menteri."
 
Kenyataan Tan Sri Sanusi adalah konsisten dengan berpuluh atau beratus lagi 
rekod sejarah dan memori para pemimpin UMNO pada ketika itu, mengenai Memali.  
Entah kenapa Tun Musa perlu berbohong mengenainya…
 
Mungkin, Tun Musa tidak mampu lagi menahan dendam lalu mencipta pembohongan 
ini secara spontan dan tidak berfikir panjang.   Jika ini benar, kita ingin nasihatkan 
beliau agar melupakan dendam dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan tenang.  

source : taipingmali

No comments: