NUFFNANG

Thursday, 10 April 2014

KERAJAAN DAP P.PINANG AKAN TURUT HAPUSKAN DISKAUN PERUMAHAN.

KERAJAAN DAP P.PINANG AKAN TURUT HAPUSKAN DISKAUN PERUMAHAN.


Berikutan keputusan kerajaan negeri Selangor menghapuskan diskaun 7 peratus yang sekian lamadi nikmati oleh bumiputera dalam pembelian rumah kediaman mampu milik di negeri itu , kerajaan DAP Pulau Pinang juga mula menunjukkan minat untuk turut sama mengikut langkah Selangor menghapuskan diskaun terbabit.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad pada sidang DUN Selangor pada 8 April 2014 mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu.

Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran dan diberikan subsidi.  

Tindakan ini di lihat amat bertepatan sekali dan merupakan satu langkah bijak agar lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan negeri dapat di bantu.

Pada ketika isu pemilikan rumah kediaman menjadi isu paling utama di negara ini , kerajaan DAP melihat ianya turut sesuai di laksanakan di Pulau Pinang.   

Perlu di ingat isu pemilikan kediaman bukan sahaja menjadi masalah orang Melayu tetapi turut menjadi masalah kepada bangsa lain yang juga merupakan rakyat serta warganegara Malaysia.

Selain daripada itu, ianya merupakan satu kaedah atau langkah bagi mendidik rakyat khususnya orang Melayu supaya mampu berdikari dan berusaha sendiri seperti mana kaum Cina dan India.

Penulis melihat langkah ini membuktikan betapa kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada Barisan Nasional kerana punya perancangan untuk mensasarkan bantuan dan subsidi bukan hanya kepada satu kaum sahaja seperti mana yang di praktikkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Perancangan untuk memberikan keadilan kepada semua pihak memperlihatkan kebertanggungjawaban pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap rakyatnya tanpa mengira kaum.

Ini bukan soal rasis tetapi merupakan tindakan bijak dalam menangani permasalahan pemilikan kediaman rakyat.

Sikap yang di tunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan contoh pemimpin yang paling adil setaraf Khalifah Umar Abdul Aziz apabila tidak membezakan antara kaum dan status rakyat.

Keputusan kerajaan DAP negeri P.Pinang ini juga dilihat akan membantu golongan bumiputera dan juga bangsa melayu supaya lebih berdikari dan berdaya saing. Sehingga kini, bangsa melayulah antara paling banyak menerima subsidi di negara ini.

Ini sedikit sebanyak dilihat sebagai tidak adil kepada kaum lain didalam negara walhal kaum lain terbukti lebih banyak menyumbangkan jasa menerusi ekonomi dan juga kemakmuran sehingga Malaysia menjadi sebuah negara makmur seperti sekarang.

Penghapusan subsidi diskaun perumahan kepada Bumiputera ini juga dapat mengukuhkan jatidiri serta dapat mendisplinkan bangsa melayu yang selama ini terlalu bergantung harap kepada kerajaan. Mungkin Lim Guan Eng dan juga DAP di P.Pinang mahu bangsa melayu di negeri ini lebih berdaya saing dengan kaum lain.

Justeru itu, sampai bilakah bangsa melayu mahu dilayan istimewa dengan pemberian pelbagai diskaun dan subsidi oleh kerajaan BN? Langkah penghapusan diskaun dan subsidi ini diharap dapat menyedarkan bangsa melayu di negara ini dari sikap malas dan alpa mereka sendiri.

No comments: