NUFFNANG

Saturday, 12 April 2014

HELLO PAS ! DAP Tetap Tidak Bersetuju Hudud Dilaksana – Kit Siang

HELLO PAS ! DAP Tetap Tidak Bersetuju Hudud Dilaksana – Kit Siang

AIDCNews – 11/4/14 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata pendirian parti itu tetap tidak akan berubah iaitu tidak bersetuju pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan kerana ia bukan sebahagian daripada persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR).
“Sememangnya DAP tidak bersetuju hukum hudud dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan budaya dan bukan sebahagian daripada kerangka dasar yang dipersetujui bersama PAS dan PKR,” kata Lim pada sidang media di Ibu Pejabat‎ DAP, Kuala Lumpur, lapor The Malaysian Insider.
Menurut Lim, MCA kini seolah-olah mengambil kesempatan menggunakan isu hukum hudud ‎untuk menentang DAP.
“Saya merasa amat hairan bahawa beberapa hari ini pemimpin MCA sangat lantang mengambil kesempatan isu hudud untuk mendesak DAP menerangkan pendirian,” katanya.
Lim berkata DAP bersedia untuk memberikan kelas pengajaran peringkat tadika secara percuma kepada MCA mengenai hukum hudud dan politik.
“Kerana mereka ini suka sangat bertanya berulang kali kepada DAP maka kita tawaran MCA satu kelas khas peringkat tadika pembelajaran hudud dan politik oleh PR.
“Presiden dan timbalan presiden MCA dialukan-alukan ‎dalam kelas ini dan DAP tidak akan mengenakan bayaran kepada mereka,” katanya.
Ditanya adakah pemimpin PAS pernah berbincang dengan DAP mengenai isu tersebut Lim berkata sekali lagi parti itu hanya akan mengikuti dasar konsesi polisi bersama PR.
“Pendirian kita sangat jelas dan mudah dan parti PR juga faham akan itu, bagaimanapun agak menyediakan ada yang tidak faham dan sengaja memperbesarkan perkara mengenai pelaksanaan hukum hudud.”
Sebelum ini ‎kerajaan PAS Kelantan melalui ahli Parlimen parti itu dilaporkan bakal membawa usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
‎Bagaimanapun DAP lantang membantah tindakan itu dengan berkata pendirian tersebut ditetapkan sejak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani pada tahun 2011.

source : aidc

No comments: