NUFFNANG

Friday, 11 April 2014

#MH370 MYSTERY ... TABLOID RUSIA TERIMA MAKLUMAT PERISIKAN TENTANG LOKASI #MH370 . #prayformh370

TABLOID RUSIA TERIMA MAKLUMAT PERISIKAN TENTANG LOKASI #MH370 . #prayformh370

Sejak 2 hari lepas, media barat termasuk tabloid mereka telah melaporkan dakwaan tabloid Rusia bernama The Moskovsky Komsomolets. 


Tabloid Rusia itu mendakwa telah menerima maklumat daripada sumber agensi perisikan yang mengatakan bahawa pesawat MH370 telah dirampas dan berada di Kandahar, Afghanistan berdekatan sempadan Pakistan.

Apabila MiM rujuk google.search, beberapa web berita turut memuatkan berita tersebut.

Di antaranya :






Di antara laporan MTV Lebanon :
The massive search for the MH-370 set the flight as one of the most puzzling disappearances in aviation history, most notably due to the fact that the plane seemed to have vanished without any warning or Mayday call. 
However, Russian Intelligence confirmed to Russian daily Moskovsky Komsomolets that unidentified perpetrators had hijacked the plane, which now lays in Afghanistan near Kandahar and the Pakistani borders. 
The passengers are said to be living in shacks and huts and starving, while around twenty Chinese experts have been locked in a warehouse in Pakistan for possible negotiations with the United States or China. 
Said sources further added that “Hitch” is the name of the hijacker who gave instructions to the pilots so as to steer it off course.
Bagi MiM, dakwaan tabloid Rusia, The Moskovsky Komsomolets itu berkemungkinan besar sekadar untuk meraih populariti melalui berita sensasi tanpa bukti yang kukuh.

Tambahan pula, operasi Search And Rescue tertumpu di Selatan Lautan Hindi dengan penemuan satu lagi isyarat hari ini. Laporan terbaru Astro Awani :
Satu lagi isyarat dari dasar laut dikesan sebuah pesawat tentera laut Australia di kawasan carian sama bagi kotak hitam penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. 
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata pesawat P-3 Orion menerima isyarat di kawasan carian di selatan Lautan Hindi. 
“Data bunyi ini bagaimanapun memerlukan analisis lebih lanjut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini. 
Ini merupakan isyarat dari dasar laut kelima dikesan dalam misi pencarian yang dilakukan di selatan Lautan Hindi. 
Berita mula diterbitkan pada: April 10, 2014 20:00 (MYT)

source : dr mim 

No comments: