NUFFNANG

Tuesday, 8 April 2014

#MH370 MYSTERY ... Dedah lokasi MH370; Polis diminta siasat Anwar - Syed Ali


PIHAK berkuasa perlu menyiasat sejauhmana kebenaran dakwaan laporan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, di Dewan Rakyat minggu depan.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, kenyataan tersebut yang dilaporkan oleh beberapa portal berita dan laman blog dikhuatiri boleh menjejaskan usaha pencarian pesawat tersebut yang turut membabitkan negara asing.

"Dakwaan itu amat serius, jadi saya mahu polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Anwar," tegasnya.

Lagupun kata beliau, dakwaan kononnya Anwar mengetahui lokasi pesawat berkenaan juga seolah-olah mempersenda-sendakan waris dan keluarga penumpang yang malang itu.

Kata beliau lagi, dakwaan tersebut yang tersebar luas di laman-laman sosial juga boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara luar.

"Mungkin ini satu pembohongan yang dirancang kerana Anwar sememangnya kaki pembohong, tetapi apabila membabitkan pesawat yang hilang, ianya satu perkara serius dan perlu segera disiasat," ujarnya lagi.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi pesawat tersebut di Dewan Rakyat Khamis ini.

Namun, sejauhmana kebenaran berita itu tidak diketahui kerana kesemua laporan itu tidak menyebut bila dan kepada siapa Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Syed Ali kesal kerana pembangkang menjadikan isu kehilangan pesawat MH370 sebagai modal politk untuk memburukkan kerajaan.

"Dalam kes Anwar yang kononnya tahu di mana lokasi tersebut, saya lihat ianya satu provokasi jahat untuk mencemarkan imej negara," tegasnya.

Dalam hubungan ini, beliau mahu polis mengambil tindakan terhadap Anwar berhubung penyebaran laporan tersebut bahawa beliau akan membuat pendedahan Khamis ini.

Lagipun kata beliau, Anwar pernah beberapa kali berbohong apabila beliau sebelum ini beraia-ia mendakwa akan menguasai Putrajaya dan seterus menjadi Perdana Menteri.

"Anwar merupakan pengkhianat yang sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa," tegasnya sambil  menjelaskan Ketua Pembangkag itu sengaja menangguk di air keruh berhubung kehilangan pesawat MH370.

No comments: