NUFFNANG

Wednesday 2 April 2014

Azmin Sudah Terbayang Kekalahan…Minta Jawatan Setiausaha Agung

Azmin Sudah Terbayang Kekalahan…Minta Jawatan Setiausaha Agung


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution
Ismail yakin mampu menewaskan Azmin Ali yang mempertahankan jawatan
Timbalan Presiden pada pemilihan parti April ini.

Saifuddin juga tidak akan memberi laluan mudah kepada Azmin kerana
beliau menyertai pertandingan merebut jawatan nombor dua PKR itu
dengan harapan untuk menang.

Malah, beliau percaya ahli-ahli PKR akan membuat penilaian berdasarkan
kepada khidmat yang dicurahkannya sejak dari mula mengasaskan parti
sehingga kini.

“Semua ada peluang, 500,000 ahli akan mengundi. Harapan bila masuk
bertanding adalah hendak menang,” katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini.

Saifuddin mengulas tentang peluangnya merampas jawatan Timbalan
Presiden PKR yang disandang Azmin sejak 2010.

Azmin turut dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Datuk K. Ramachandran dan
S. Murali.

Bagaimanapun, Saifuddin menafikan keputusan bertanding itu dibuat
berikutan kedudukan Azmin di dalam PKR yang dikatakan agak goyah.

“Tidak, masing-masing hendak berkhidmat untuk parti,” ujarnya.
—————————————-
Azmin boleh baca game/permainan Saifuddin dan Tian Chua. Walaupun pada
awalnya mereka memberikan jaminan kepada Azmin bahawa mereka hanya
berhajat memecahkan undi, sekaligus beri ruang lebih luas kepada Azmin
menang – khabar di bawah sudah mula berbunyi lain daripada skrip asal.

Saifuddin memang dikenali di dalam PKR sebagai pakar ‘collect duit’
untuk kepentingan diri sendiri. Kepada Saifuddin, yang penting adalah
duit poket. Sejak dulu begitu. Sebab itu, Saifuddin memang mudah
dikawal oleh Azmin kerana ada monthly payment daripada Azmin sejak
sekian lama.

Bukan soal Saifuddin nak gigit tangan yang menyuap dia. Soalnya,
Saifuddin tersepit di antara setia kepada Anwar; ataupun simpati
kepada Kak Wan. Ini yang jadi masalah.

Kak Wan sudah minta kerjasama Saifuddin dan Tian Chua untuk menarik
diri dan berikan sokongan penuh kepada TS Khalid. Azmin tahu dengan
kehendak ini. Malah Azmin sendiri mendengar bagaimana permintaan Kak
Wan dirakam oleh seorang individu yang hadir sama waktu itu.

Kak Wan ingatkan kepada Saifuddin bagaimana teruknya dia membawa
KEADILAN di antara tahun 1999 hingga 2004. Tanpa bantuan Amerika dan
sekutu lain, tak mungkin Kak Wan mampu nak bangunkan KEADILAN semacam
itu. Belum lagi masuk kempen ‘Free Anwar’ yang memakan jutaan ringgit.

Kak Wan minta TS Khalid diberikan ruang untuk berkhidmat kepada parti.
Kak Wan tak cakap Azmin tidak penting. Tetapi Kak Wan mahu seorang
yang bijak mengurus organisasi dan kewangan untuk membantu PKR selepas
ini.

TS Khalid ada kemampuan itu. Banyak yang telah disumbangkan kepada
parti. Sedang Azmin lebih tumpu kepada kekayaan diri dan keluarga.

Kak Wan janji bahawa Azmin akan diuruskan oleh sendiri Anwar. Jawatan
Setiausaha Agung hampir pasti milik Azmin sekiranya tewas.


source : gelagat anwar

No comments: