NUFFNANG

Thursday, 3 April 2014

ROMBAKAN...? Hasan Malek Gugur...?? Noh Omar Dilantik Menteri Supaya TAK Kacau UMNO Selangor...??

ROMBAKAN...? Hasan Malek Gugur...?? Noh Omar Dilantik Menteri Supaya TAK Kacau UMNO Selangor...??

Menarik juga sembang sembang nescafe tarik malam tadi di salah sebuah lounge sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur....

Dikhabarkan YAB Datuk Seri Najib apabila ada masa terluang akan mula 'scribble the blank paper' dan kerap juga mencongak untuk membuat sedikit perubahan dalam memantapkan lagi barisan kabinet dibawah kerajaan BN.

Sudah pasti rombakan yang bakal berlaku akan membabitkan beberapa nama Ahli Parlimen untuk diserap masuk kedalam pasukan kabinet Najib sekaligus adalah juga nama nama Menteri atau pun Timbalan Menteri yang bakal tersingkir.

Noh Omar diantara nama yang bakal diumumkan sebagai Menteri untuk mengambil alih tugas tugas portfolio menjaga Parlimen dari Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilihat tidak 'garang' dan sudah hilang taring tak seperti tahun 80an.

Salah satu sebab untuk membuatkan agar Noh Omar 'sibuk' dengan tugas tugas sebagai 'Penjaga Parlimen' supaya dia tak lagi menyibuk dalam pentadbiran Perhubungan UMNO Selangor. Ini bererti jawatan Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor akan digantikan dengan 'wajah baru' dikalangan ADUN UMNO.

Berita ini pastinya menggembirakan 14 Ketua Bahagian UMNO di Selangor yang sudah beberapa kali membuat mesyuarat sulit di sekitar bandar Klang dan Petaling Jaya, agenda mereka mahu 'mengusir' Noh berambus dari UMNO Selangor......

Berbalik semula kepada tugas tugas sebagai 'Penjaga Parlimen' memang terserlah Noh Omar lebih ofensif berbanding Shahidan yang agak lembut bersopan.

Hakikatnya, dalam keadaan bilangan wakil wakil juak juak Pakatan yang sudah mencapai angka melebihi 90 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, watak seperti Noh Omar pastinya lebih sesuai untuk menangani beruk beruk Pakatan dalam Parlimen....

JOM saksikan sedikit prestasi Noh dalam Parlimen jika dia berpeluang menyerang juak juak Pakatan;


 
Dalam rombakan yang bakal berlaku ini juga dikhabarkan YAB Datuk Seri Najib juga tidak akan melepaskan peluang untuk menggugurkan mana mana jemaah Menteri atau Timbalan Menteri yang flip flop dan menjadi beban liabiliti....

Hasan Malek yang sentiasa kelihatan 'tidak cerdik' adalah nama diatas sekali, TOP list untuk bungkus dan meninggalkan pejabat Menteri.

source : blog mik

No comments: