NUFFNANG

Monday, 7 April 2014

#MH370 MYSTERY ... ANWAR KE LONDON BERI PENJELASAN KEPADA PENAJA-PENAJANYA

ANWAR KE LONDON BERI PENJELASAN KEPADA PENAJA-PENAJANYA



AIDCNews – 5/4/14 – Sejak semalam, Ketua Pembangkang masih lagi berada di 
kota London memenuhi satu misi yang beliau sahaja ketahuinya.

Salah satunya berkunjung ke media Daily Telegraph, United Kingdom membuat kenyataan 
tentang MH370 yang disifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai 
satu bentuk serangan yang tidak berasas dari luar negara terhadap negaranya sendiri, 
Malaysia.

Kunjungan Anwar ke kota London itu dipercayai bukan semata-
mata mahu berjumpa kumpulan media, rasanya ada ramai pihak lagi 
yang mahu dijumpainya.

Rundingan baharu dengan pihak-pihak tertentu yang berbentuk peribadi 
itu tidak akan dihebah kepada media antarabangsa atau blog, twitter 
dan laman sosial peribadi milik Anwar.

Anwar sudah pasti akan mengulangi sejarah silamnya. Rangkaiannya 
adalah sama, kalau ada penambahan satu atau dua tokoh rangkaian 
baru, ianya hasil cadangan daripada rangkaian penaja utamanya.

Dua penaja utama Anwar yang berpusat di Kota London itu 
adalah Al Gore dan George Soros.
Belajar dari sejarah selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai 
Buloh pada 2 September 2004, beliau menjadikan Kota London 
sebagai base pertama sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat.

source : mymassa

No comments: