NUFFNANG

Tuesday 16 August 2011

Takyah tunda Khalid, ini dia ... LAPORAN OPS AKIDAH DI GEREJA (Bhg 2)


Takyah tunda Khalid, ini dia ... LAPORAN OPS AKIDAH DI GEREJA (Bhg 2)

Bersambung dari Bhg 1 sini.



4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian.

4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.

4.3 Walaupun majlis itu adalah "Thanksgiving Dinner", terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:
4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.

4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.

4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.

Sila baca analisa Skrewkuat sini 

4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).

4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)

4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.

4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab "I Believe in God" dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.

5. PENAFIAN 

5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.

5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.

5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.

6. PENUTUP

Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.


Disediakan oleh:

Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor

Tarikh: 4 Ogos 2011


-------------------------------------------------------------

Agak-agak Mat Sabu boleh terima atau nafi ada usaha untuk memurtadkan orang Islam?

Chegu Pa pula nak salahkan UMNO. JAIS bawah kerajaan Selangor yang mana Exco Hal Ehwal agama adalah orang PAS. Apa crita lu mahu belit woi!

No comments: