Sahabat-sahabat Anwar percaya Anwar meliwat, anda bagaimana?
Ezam sanggup dipenjara kerana Anwar…
Semalam, Utusan Malaysia memaparkan berita mengenai lima orang sahabat Anwar yang tampil menawarkan diri kepada Anwar Ibrahim dan barisan peguambelanya untuk ditemubual, sekaligus menjadi saksi dalam kes perbicaraan liwat II. Mereka adalah, Ezam Mohd Noor, N. Gobalakrishnan, Datuk Zulkifli Noordin, Anuar Shaari dan Mohd. Rahimi Osman.
Sebagaimana maklum, Ezam adalah bekas “anak muda” paling kanan mempertahankan Anwar di era tahun 1998-1999. Ketika itu, Anwar dipecat, dibicarakan dan didapati bersalah, serta disumbat di dalam penjara, setimpal dengan kesalahannya. Dan dikala itulah Ezam muncul menjadi pembela nombor wahid kepada Anwar. Masa tu, Azmin sendiri pun macam takde telur untuk bertindak seperti Ezam!
Ezam sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya Kak Wan. Ezamlah tempat Kak Wan bergantung harap. Ezam adalah mata dan telinga Kak Wan untuk mengawasi tindak-tanduk suaminya yang bermata keranjang itu. Rapatnya Ezam dengan Anwar dan keluarganya hingga sanggup masuk ke penjara kerana mereka.
Sebab itulah Ezam menawarkan diri menjadi saksi dalam kes liwat Anwar ini. Apa saja pasal Anwar, ada di dalam kocek seluarnya. Cakap apa saja, Soros? Liwat? Betina? Jantan Jambu? Semua kegemaran Anwar itu ada dalam kepalanya. Kalau nak cerita, 7 hari 7 malam pun belum tentu habis. Kenapa tak berani panggil Ezam untuk jadi saksi kes liwat itu? Dia lebih relevan berbanding Najib dan Rosmah!
Gobalakrishnan pula merupakan bekas Naib Presiden PKR. Meskipun dia kelihatan kurang relevan untuk dipanggil sebagai saksi kes itu, namun hujahnya ada logiknya. Jika Najib dan Rosmah yang tidak ada kena mengena satu haram pun dengan kes liwat dan fakta perbicaraan, mengapa tidak panggil Gobalakrishnan juga? Dia pun tidak ada mengena juga dalam kes ini.
Gobalakrishnan ini merupakan seorang India yang diperalatkan Anwar untuk menarik undi dan sokongan masyarakat India. Namun, dia di”sampah”kan Anwar setelah sanggup melakukan apa saja untuk Anwar dan parti. Gobalakrishnan berkata, Anwar sengaja memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi kes dengan tujuan mempolitikkan perbicaraannya. Anwar mengharapkan agar persepsi rakyat akan menganggap Najib dan Rosmah terlibat dalam “teori konspirasi” yang direkanya itu….
Zulkifli Noordin pula adalah antara sahabat paling karib Anwar dan keluarganya. Rapatnya beliau dengan keluarga Anwar hinggakan dia seorang sahaja yang memanggil Kak Wan dengan nama “Azizah” dan bukan seperti panggilan kebiasaannya, “Kak Wan”. Zul Kulim ni suka ke dapur rumah Anwar, buat macam rumah dia sendiri! Begitulah rapatnya mereka. Tapi itu dahulu…
Sekarang, Zul Kulim juga sudah di”buang” Anwar. Namun Anwar lupa, segala rahsianya ada bersama Zul Kulim dan Zul Kulim tidak pernah buang rahsia gelapnya ke dalam tong sampah! Bagaimana? Berani memanggil Zul Kulim sebagai saksi kes? Zul Kulim katanya sudah tidak sabar-sabar mahu memberikan keterangan kepada mahkamah mengenai Anwar dan tabiat “luar tabii”nya itu!
Anuar Shaari dan Mohd Rahimi pula adalah merupakan bekas setiausaha “sulit” Anwar untuk tempoh yang bukan sekejap. Bertahun mereka bekerja bersama Anwar. Ke hulu ke hilir bersama Anwar. Makan Anwar, tidur Anwar, semuanya Anwar belaka bagi mereka. Boleh dikatakan semua jadual Anwar, merekalah yang menyusunnya. Tiap-tiap hari pulak tu!
Jadi, siapa berani menafikan bahawa mereka tidak tahu apa-apa mengenai Anwar Ibrahim dan kehidupan seharian “sesumpah” itu? Kenyataan mereka lebih relevan berbanding Najib dan Rosmah! Segala pasal Anwar ada dalam kepala mereka. Kuih kegemaran Anwar pun mereka tahu. Apatah lagi “China Doll” dan “jambu” mana yang Anwar paling suka! Cuba tanya mereka. Mereka berdua pun tak sabar nak bongkar tu…!
Hakikatnya, mengapa kelima-lima orang di atas yang merupakan mereka yang yang rapat bertahun-tahun dengan Anwar sanggup tampil memberi keterangan dan menjadi saksi mahkamah dalam kes liwat? Sebenarnya bukan lima orang ini sahaja yang sanggup tampil, ramai lagi yang mahu membongkarkan “rahsia gelap” Anwar ini. Antara mereka ialah Ummi Hafilda, Nallakaruppan dan golongan “pioneer Keadilan” dahulu seperti Chandra Muzaffar, Ruslan Kassim dan sebagainya.
Mereka ini semuanya sahabat Anwar yang karib. Tapi mereka menjauhkan diri dan dijauhkan Anwar dari mereka. Mereka sanggup menjadi saksi kes liwat kerana mereka percaya Anwar meliwat! Sedangkan mereka yang rapat dan tahu mengenai Anwar luar serta dalam pun mempercayaai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti sodom, bagaimana pula dengan kita yang langsung tak pernah masuk rumah Anwar? Takkanlah kita lebih tahu pasal Anwar berbanding mereka ini?
Justeru itu, jelas sekali Anwar memang seorang peliwat. Keputusan mahkamah di dalam kes liwat I nya dahulu pun mengesahkan Anwar meliwat. Sahabat-sahabat karibnya pun mempercayai bahawa Anwar seorang peliwat. Bagaimana dengan anda semua? Masih tidak mahu percaya kepada kebenaran ini? Mungkin bagi anda, sekiranya Anwar meliwat mangsanya di depan mata kepala anda sendiri pun, anda mungkin tetap tidak percaya “Anwar meliwat”, kot? Anda rela diliwat Anwar? Tepuk dada, tanya iman di dada…
No comments:
Post a Comment