SIAPA kata Melayu Malas dan Bodoh??
AstagfirullahalAzim...saat saat kita umat Islam meniti ke 10 hari terakhir Ramadan yang penuh keberkataan ini ada juga suara suara sumbang yang menghina pada 'bangsa kelahiran' mereka sendiri. Kononnya orang Melayu 'bodoh'...
SEJARAH tidak pernah menipu, janganlah kita lupa asal usul kita dan BAGAIMANA orang Melayu telah sampai ke tahap mereka sekarang. Apa yang dinikmati sekarang tidak datang bergolek begitu sahaja dan tidak juga tanpa pengorbanan orang orang terdahulu daripada kita.
Janganlah kerana orang Melayu sekarang dah ramai yang ada Phd, dah ramai jadi Ustaz Ustazah kita lupa pula pada jasa jasa mereka yang telah banyak menyumbang dan berkorban untuk kita sekarang secara langsung atau tidak. Amat merbahaya sekali jika virus 'bodoh sombong' ini diterap dan diajar pada anak anak muda sekarang. Sebabnya lambat laun 'Racun' yang kita sembur ini akan memakan diri sendiri juga satu hari nanti. Percayalah..
Benci tak perlu diajar, jahat tak perlu ditunjuk..tapi jika benci dan jahat diajar tunjuk..tunggu sahajalah malapetakanya nanti..Akan lahir satu masa nanti satu generasi yang tidak langsung mengenang budi..baik budi mak ayah sendiri..amat menyeramkan..
Orang Melayu tidak malas....pada zaman colonial lagi..mereka pagi pagi sebelum matahari terbit mengerjakan sawah sawah sendiri atau menoreh getah. Bila matahari sudah tinggi mereka melabuhkan diri masing masing menikmati bekalan yang dibawa dibawah bawah pokok sambil menghisap rokok rokok daun dan 'time' inilah Mat Salleh Mat Salleh akan lalu dalam mobil masing masing dipandu oleh 'Ahmad Ahmad" driver mengelilingi kampung kampung. Tentulah Mat Salleh ini anggap Pesawah pesawah dan penoreh penoreh ini semua kaki malas belaka sebab sedang beristirehat tanpa mengambil kira mereka telah berada di kebun masing masing sejak subuh lagi!!! Sudah tentu mereka mahu mengerjakan ladang masing masing pagi pagi untuk mengelakkan perit sang matahari! Tetapi jika dikira 'working hours' seperti di pejabat sama sahaja.,
Maka dijaja orang Melayu malas..yang baik mereka tak lihat tak pula diketengahkan.
Orang Melayu juga tidak Bodoh. Ramai dan banyak pencapaian orang Melayu terutama dalam penyebaran Islam di Nusantara. Cuma Ustaz Ustaz dulu dulu tidak tersohor seperti Ustaz Ustazah sekarang. Dulu tidak ada sistem komunikasi seperti sekarang. Ustaz Ustaz dulu dulu terlalu 'low profile', madrasah madrasah pondok mereka tersembunyi jauh dalam kampung.
Orang Melayu sekarang juga telah terlalu banyak pencapaian masing masing dalam bidang masing masing. Perlu kita ingat, bukan solat dan puasa sahaja Ibadah dalam Islam. Islam itu satu cara kehidupan. Kehidupan dunia dan akhirat dan SEMUA kita ada peranan masing masing untuk menyubang ke arah ini. Jadi jika kita doktor, pensyarah, cikgu, kerani atau apa juga pekerajaan yang halal itu yang masing masing kita jalankan ke arah satu pembentukkan masyarakat Islam juga adalah salah satu ibadah.
Umat Islam juga tidak dihalang dari mencari Ilmu dunia dan akhirat kerana kehidupan dunia juga sama penting, malah adalah jambatan kita ke akhirat!!! Tanpa dunia bagaimana kita nak ke akhirat dengan cara yang diredai Allah swt? Tanpa Ilmu bagaimana mahu beramal? Malah tanpa Ilmu dunia bagaimana kita boleh survive? Benar Pusat Zakat ada, tapi ini tak digalakkan oleh Islam selagi kita ada kudrat dan akal yang dikurniakan Illahi untuk mencari sesuap nasi untuk diri dan famili.
Persepi tentang kehidupan dan Islam mestilah kita betulkan. Kita tidak boleh mendabik dada bahawa kitalah Islamik orang lain kita perlekehkan. Siapalah kita? Kita ni tak ada apa apa. Kalau Allah mahu rentap nyawa kita tidak menjadi apa pada dia. Ada atau tidak ada kita di dunia ini tak ada apa apa pada Allah swt, pencipta kita. Kita ada kerana Ihsan dan kehendak dia. Jadi gunakanlah apa yang DIA kurnai ke arah kebaikkan. Takutlah akan siksaan dariNYA.
Janganlah kita takbur dengan Ilmu yang tak seberapa. Betapa hebat pun kita RAMAI lagi yang hebat dari kita. Ilmu tak akan habis digali sampai bila bila. Gunakanlah Ilmu untuk kebaikkan semua, untuk berbaik sangka antara kita bukan untuk menghina dan mengadu domba. Banggalah kita atas apa juga kurniaNYA. Kalau kita Melayu banggalah jadi umat Islam Melayu, terpilih kita antara yang menerima Taufik dan Hidayahnya..peliharalah Iman kita yang terlalu sikit didada.
Kasihlah antara satu dengan yang lain....tak rugi kita doakan saudara sesama kita kesejahteraan, agar mereka juga perolehi Innayah, Taufik dan Hidayah Allah swt jika kita rasa mereka belum lagi perolehinya...WaAllahuAlam.

No comments:
Post a Comment