NUFFNANG

Tuesday, 16 August 2011

Arahan Khusus Kepada PAS: ‘Handle You Punya Ketua Pemuda’!!!


Arahan Khusus Kepada PAS: ‘Handle You Punya Ketua Pemuda’!!!

Ogos 16, 2011
Abang Anwar kita akan hadir sekali lagi di mahkamah pagi ini, 15 Ogos 2011. Strategi? Katanya akan mendesak agar perbicaraan ditangguh lagi kerana dua orang pembantu rumah Indonesia sudah pulang ke kampung masing-masing dan tidak ada dalam program pemutihan. Ini semua salah kerajaan. Salah kerajaan kerana membenarkan dua orang saksi tersebut pulang bagi menyambut ramadhan dan hari raya nanti. Ini pun salah kerajaan? Anwar biasalah…semua salah kerajaan.
Kalau strategi Karpal berjalan baik – nampaknya Anwar akan sekali lagi mengetuai pilihanraya umum akan datang. Peluang? Tipis. Tapi semua boleh jadi kalau Hakim terus memihak kepada Anwar dalam isu penangguhan kes.
Anwar memang tidak gembira dengan kes gereja yang sedang hangat berlaku di Selangor. Malahan, Anwar sudah meminta PKR Selangor meningkatkan usaha menghindarkan public khususnya pengundi Islam terus memperkatakan dan mengingati episod gereja ini.
Arahan Anwar kepada kawan-kawan di dalam PAS pun mudah sahaja. Nasaruddin Hassan Tantawi adalah satu-satunya masalah kepada Pakatan pada ketika ini. Arahan Anwar adalah mudah, supaya mereka yang ada dalam PAS terus ‘handle’ mamat yang Anwar rasakan perasan ulama’ ini. Anwar juga mengingatkan bahawa dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Hadi perlu juga mengawal mulut dan statement yang keluar daripada Dewan Ulama’.
Anwar sedar, kalau PAS terus bercakap kasar mengenai Islam; maka akan lebih ramailah pengundi Cina yang akan lari daripada Pakatan Rakyat. Anwar sangat sedar mengenai isu ini. Malahan dalam pembentangan khas Merdeka Center baru-baru ini; Anwar mula mendapat petunjuk bahawa sudah ada ‘wave’ orang Melayu kembali kepada UMNO/BN dalam isu murtad ini. Anwar yang selama ini sangat percaya dengan agenda pluralisme agama; tak mahu isu MURTAD menjadi sebab kenapa pengundi Melayu kembali menyokong UMNO. Oleh yang demikian, banyak program penerangan yang akan dilangsungkan sebelum hari raya ini.
Azmin dah cadangkan bahawa PKR akan melakukan ‘blitzkrieg’ dalam Hari Raya kali ini. Apa dia blitzkrieg ini? Serangan pantas. Semuanya fokus kepada minda rakyat.

Blitzkrieg means “lightning war”. Blitzkrieg was first used by the Germans in World War Two and was a tactic based on speed and surprise and needed a military force to be based around light tank units supported by planes and infantry (foot soldiers)
Anwar perlu handle perkara lebih utama pada ketika ini – iaitu kes sodomi yang bakal berlangsung sepanjang Ogos ini.
source : gelagat anwar


No comments: