NUFFNANG

Monday 1 August 2011

Tidak mustahil Ku Li ganti Anwar - Harun Taib / Anwar berang hasrat Pas? / Ku Li Ketua Pembangkang : Siapa Yang Mencadang? / PAS harus segera menghantar rombongan untuk meminang Tengku Razaleigh / CHECK MATE..! Juak Juak Erdogan Tukang Basuh Berak Anwar Dalam PAS Terkucil…. / Semakin Jelas..! PAS Akan Tinggalkan Pakatan Rakyat Sebelum PRU Ke 13. Puncanya..., Siapa Lagi? Kerana Anwar Ibrahim Meliwat Saiful.... / Harun sedia nasihat Anwar

Tidak mustahil Ku Li ganti Anwar - Harun Taib

KUALA TERENGGANU 31 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini.

Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam pakatan pembangkang akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas Presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan tersebut, jika keadaan memerlukan.

"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu seterusnya berkata, setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain.

"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," jelasnya.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.

source : utusan


Anwar berang hasrat Pas?

KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.

Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.

"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin PKR Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin Pas sehingga Ketua Pembangkang itu mengarahkan orang kepercayaannya untuk menjejaki individu bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAP dan PKR, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu.

"Pas sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi Pas untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh," katanya.


source : utusan

Ku Li Ketua Pembangkang : Siapa Yang Mencadang?


Pelawaan parti pembangkang supaya Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bukan saja mengejutkan Anwar sendiri malah ia telah membuatkan dia berang dan tersinggung.

Berikutan itu, Anwar yang berdepan isu video seks dan kes liwat, dilaporkan sedang berusaha mengesan dan menjejaki pemimpin PAS serta DAP yang bertanggungjawab membuat pelawaan itu tanpa merujuk kepadanya.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang mendakwa menerima maklumat mengenai maklum balas Anwar itu daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

“Petang tadi kira-kira jam 4 petang, saya menerima maklumat daripada PKR Selangor mengatakan Anwar terkejut, kecil hati dan marah dengan pelawaan itu. Beliau kini sedang mengesan siapa pemimpin (PAS dan DAP) itu,” katanya.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kelmarin yang parti pembang-kang didakwa mempelawa Ku Li untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.

MPP

Hahaha ... biar kami dedahkan. 

Dari PKR, kami tahu adalah Loh Gwo Burne, Nurul Izzah dan Zaid Ibrahim (semasa dalam PKR),
Orang PAS yang terlibat adalah Khalid Samad, Dr Hatta, dll Orang DAP yang terlibat adalah Lim Guan Eng.

Namun begitu, nak kata Anwar tak tahu pun tak betul. Ada mesyuarat pernah diadakan di rumah Ku Li yang mana ada Anwar, Ku Li, Mahfuz, Khairy, Kamaluddin Abdullah dll.

Ramai lagi yang berpura-pura.

The Unspinners


P/s : Ini yang orang selalu cakap tak jadi plan A, kita buat plan B. Plan B = Ku Li jadi Ketua Pembangkang.

source : neutral daily



PAS harus segera menghantar rombongan untuk meminang Tengku Razaleigh


Semua pemimpin politik baik BN atau Pembangkang harus berlapang dada melepaskan dan menerima Ku Li sebagai pemimpin pembangkang yang dikira berkaliber dan ‘world class’.


Kewibawaan beliau dilihat positif oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib apabila beliau tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sedikit demi sedikit PAS mula menerima bahawa pelaku dalam video sex yang didedahkan oleh Datuk ‘T’ itu adalah Anwar Ibrahim. Mereka juga mula sedar tentang kedudukan Anwar Ibrahim bersama mereka adalah seperti menanggung biawak yang hidup.


Rakyat hamba sahaya juga semakin sedar bahawa negara ini memerlukan Parti Pembangkang yang berkaliber, berwibawa dan kredibiliti yang tinggi sebagai alternatif untuk ‘check and balance’ kepada parti BN yang telah lama bermaharaja lela memerintah negara ini.


Manakala di dalam pakatan rakyat sekarang ini komponennya seperti cerita kartun ‘Tom and Jerry’, siapa mahu makan siapa. PAS mahu makan DAP atau DAP mahu makan PAS.


Pemimpin besar seperti Ku Li hanya akan menjadi jeruk di dalam balang jika terus berada di dalam UMNO dan BN. Ku Li langsung tidak dapat membolos tembok kuasa yang begitu tebal yang telah dibina UMNO.




Konklusinya PAS harus segera meminang Ku Li untuk dinobatkan sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat kerana PRU13 ‘is around the corner’ .

CHECK MATE..! Juak Juak Erdogan Tukang Basuh Berak Anwar Dalam PAS Terkucil….


Ketua Dewan Ulama Pas dan mantan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib berkata, setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain.

"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," jelasnya.

Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini.

Terbukti Anwar sudah menjadi biawak hidup yang sedang dipikul oleh juak juak Erdogan dalam PAS. Kumpulan pro Ulama walaupun tewas dalam perebutan jawatan dalam Muktamar PAS baru baru ini dilihat tetap konsisten “menolak” Anwar sebagai imam mereka…

Blog MIK pernah mengupas isu ini, sila klik sini

Semakin Jelas..! PAS Akan Tinggalkan Pakatan Rakyat Sebelum PRU Ke 13. Puncanya..., Siapa Lagi? Kerana Anwar Ibrahim Meliwat Saiful....

Sudah terang lagi bersuluh..! Jangan kita terkejut seandainya PAS akan berpecah sakan jika dikalangan pimpinan mereka berbalah sesama sendiri untuk tinggalkan Pakatan Rakyat sebelum PRU ke 13.

Nampaknya sudah ada pimpinan PAS semakin menyampah dengan dolak dalih taici Anwar Ibrahim yang enggan menyerahkan sampel DNA untuk menjawab segala persoalan milik air mani siapa terselit di lubang jubo Saiful Bukhari Azlan..?

Bukan semua pimpinan PAS yang buta hati dan sanggup menjadi pencacai tukang basuh berak Anwar dan Lim Kit Siang. Desas desus cerita Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin akan mengosongkan kerusi Timbalan dan tidak akan bertanding pada Muktamar PAS bulan Jun nanti sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai “protes” dan tidak mahu berkongsi dosa menjulang Anwar sebagai pemimpin...

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersedia memberi nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu sampel DNA jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ingin mendapatkan pandangan mengenainya.

Menurut Harun, beliau juga bersedia berbincang dengan Anwar bukan sahaja mengenai DNA, malah pelbagai isu lain termasuk fahaman pluralisme yang dicetuskan Ketua Pembangkang itu.

Bagaimanapun, jelasnya, buat masa ini beliau tidak menerima sebarang pelawaan daripada Anwar untuk berbincang mengenai perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan, pandangannya nanti akan menzahirkan satu nasihat supaya Anwar perlu menyerahkan DNA kepada mahkamah, jika Penasihat PKR itu sedia berbincang.

Marilah kita berdoa kehadrrat Allah swt semoga semua pimpinan PAS akan dibukakan hati selapang lapangnya seperti Ustaz Harun Taib..!!

Petikan daripada, Utusan Online - klik sini

Harun sedia nasihat Anwar

KUALA TERENGGANU 18 Mac – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersedia memberi nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu sampel asid deoksiribonukleik (DNA) jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ingin mendapatkan pandangan mengenainya.

Menurut Harun, beliau juga bersedia berbincang dengan Anwar bukan sahaja mengenai DNA, malah pelbagai isu lain termasuk fahaman pluralisme yang dicetuskan Ketua Pembangkang itu.

Bagaimanapun, jelasnya, buat masa ini beliau tidak menerima sebarang pelawaan daripada Anwar untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Saya sedia beri pandangan kepada Anwar kalau dia mahu jumpa saya. Kalau dia datang dan tanya (pandangan sama ada perlu serah sampel DNA atau sebaliknya), saya akan berikan pandangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun mengulas desakan banyak pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Anwar segera menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes liwat jika beliau betul-betul tidak bersalah.

Ahad lalu, pertubuhan bukan kerajaan, rakyat perseorangan dan pemimpin politik mengadakan siri demonstrasi di seluruh negara bagi mendesak Anwar menyerahkan DNA.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan, pandangannya nanti akan menzahirkan satu nasihat supaya Anwar perlu menyerahkan DNA kepada mahkamah, jika Penasihat PKR itu sedia berbincang.

Namun begitu, beliau berharap agar sampel DNA yang diserahkan oleh Anwar tidak disalah guna oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan Ketua Pembangkang itu ‘diperangkap’ walaupun terbukti tidak bersalah.

“Saya rasa, mungkin beliau takut kalau sampel DNA yang beliau serah kepada mahkamah akan disalah guna oleh pihak lain. Saya juga bimbang kalau itu berlaku,” jelasnya.

source : utusan 

No comments: