NUFFNANG

Thursday, 11 August 2011

Mesyuarat DAP Selangor dan Rahsia Rancangan Anwar Bocor lagi..?!


Mesyuarat DAP Selangor dan Rahsia Rancangan Anwar Bocor lagi..?!

Saya menerima maklumat bahawa satu sidang mesyuarat tergempar telah dilangsungkan oleh DAP Selangor mengenai insiden pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama yang bernama “Dream Centre”, baru-baru ini. Memang mesyuarat itu menggemparkan.
Mengejutkan, di dalam mesyuarat tersebut, Teng Chang Kim yang mewakili penganut-penganut agama Buddha telah bertalu-talu menyerang dan menyalahkan Teresa Kok, yang mewakili penganut-penganut agama Kristian di dalam DAP. Mereka bergaduh teruk! Mereka menyalahkan antara satu sama lain!
Menurut sumber, Teng Chang Kim menyalahkan Teresa yang bermati-matian mempertahankan gereja terbabit dan menyalahkan JAIS. Bagaimanapun akhirnya, Teresa tewas. Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa pihak gereja dipersalahkan sepenuhnya dalam hal berkenaan. Namun, semua pemimpin DAP diarahkan untuk “tutup mulut” mengenai insiden tersebut sebagai taktik pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Mereka mahu menunggu kenyataan Khalid Gagap yang dijangka akan membuat keputusan Kerajaan Negeri Selangor berkenaan insiden itu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Dan selepas itu, barulah mereka akan buka mulut, itu pun jika perlu. Jika buka mulut sekali pun, kenyataannya mestilah dilakukan dengan hati-hati agar mereka tidak kehilangan undi orang Melayu. Itu taktik mereka.
Bagaimanapun, mesyuarat DAP Selangor itu tetap menyalahkan Hasan Ali. Pada mereka, Hasan Ali merupakan “duri dalam daging” yang sering mengekang agenda mereka yang mahu kesamarataan agama dan bangsa di Selangor. Maklumlah, antara matlamat DAP ialah mendapatkan hak sebagaimana Islam dan Melayu di negara ini. Apa yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan mereka tak peduli!
Bagaimanapun, sumber juga memberitahu bahawa DAP mahu Hasan Ali digugurkan segera dari jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Namun, setelah kemahuan mereka itu sampai ke telinga Anwar Ibrahim, dia tidak membenarkan Hasan Ali dilucutkan jawatan buat masa sekarang. Dipercayai, Anwar ada agenda tersendiri terhadap Hasan Ali…
Menurut sumber, Anwar tidak membenarkan Hasan Ali digugurkan dari jawatan Exco Selangor kerana ia mampu menghilangkan undi dari bangsa Melayu yang majoritinya menyokong tindakan JAIS dan Hasan Ali dan hal isu gereja itu. Dikhabarkan bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk menggugurkan Hasan Ali yang juga tidak disukai oleh Anwar itu.
Menurut sumber lagi, perancangan Pakatan Haram Selangor terhadap Hasan Ali, atas nasihat Anwar, hanya akan dibuat pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti. Berkemungkinan besar Pas Selangor akan didesak untuk menggugurkan Hasan Ali dari menjadi calon Pakatan Haram pada PRU-13 itu. Anwar menjangka, ini tidak akan memberi sebarang masalah kerana proksinya ada di dalam Pas Selangor.
Siapa lagi kalau bukan Khalid Samad! Pas Selangor dijangka siang-siang lagi akan menggugurkan nama Hasan Ali dalam senarai calon mereka di negeri itu. Dari itu, Hasan Ali akan tersingkir secara automatik dan dimatikan kariernya begitu saja. Dikhabarkan, itulah muslihat Anwar untuk Hasan Ali nanti. Nampaknya, DAP dan Khalid Samad pasti lega dan bersetuju 100% dengan rancangan “pemimpin anugerah Tuhan” itu!
Astaghfirullah Al-Azim. Itulah jadinya jika politik mengatasi kepentingan Islam. Orang yang membela Islam dan aqidah umatnya disingkirkan, manakala orang yang jelas mengenepikan agama Islam yang merupakan agama sendirinya itu pula yang dinaikkan. Itulah strategi dan agenda Pakatan Haram. Bukan setakat haram, sikapnya pun macam haram jadah jugak!
Saya terfikir, apakah yang akan jadi pada PRU-13 nanti. Apakah umat Islam akan tertipu lagi dengan permainan politik Pakatan Haram ini atau mereka akan sedar akan kepincangan, pengkhianatan dan penipuan demi penipuan ini atau tidak. Percaturan Pakatan Haram jelas merugikan rakyat Selangor, khususnya bangsa Melayu yang beragama Islam!
Saya musykil, apakah pak-pak lebai yang sanggup tidur atas jalan mempertahankan DAP dahulu sanggup lagi untuk berbuat demikian pada PRU-13 nanti? Jika mereka masih lagi tegar mahu menjadi pencacai kepada kuffar laknatullah ini, saya tidak mampu untuk menegah mereka. Perjuangan saya melalui penulisan di sini dengan niat menyedarkan. Penulisan ini tidak dapat mengubah mereka, hanya mereka yang mampu mengubah diri mereka sendiri.
Justeru itu, saya memohon agar pembaca renungi apa yang tersirat di sebalik agenda DAP. Kaji dan fikirkan tentang muslihat PKR yang sanggup berkhianat dan menipu pada rakyat Malaysia. Dan saksikanlah kebobrokan Pas yang tersilap memilih “syaitan dan iblis” sebagai sekutu mereka demi sebuah kuasa yang dipanggil “politik”. Pilihan di tangan anda, anda yang berhak menentukan. Wallahua’alam
source : perak today

No comments: