NUFFNANG

Thursday, 4 August 2011

Omegay: Takde calon berwibawa..Pas mula SERIAU! / KU LI : Cukup-cukup lah… / TAHNIAH KU LI

Omegay: Takde calon berwibawa..Pas mula SERIAU!


PAS claimed today of a huge uprising within Umno to oust Datuk Seri Najib Razak amid fears that the prime minister and his wife Datin Seri Rosmah Mansor would cost Barisan Nasional (BN) its hold on Putrajaya in the coming polls.
But the Islamist party claimed that Najib was fully aware of this movement and has refused to step down as he is determined to lead BN into the polls, expected to be held in coming months.
PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali told a press conference here today that this was the reason Umno had purportedly “engineered” rumours that Pakatan Rakyat (PR) leaders have been courting Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah to replace Datuk Seri Anwar Ibrahim as opposition leader.
Mustafa would not say if the anti-Najib movement was led by the latter’s deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, but claimed that he had received the information from reliable sources.
He added that the movement was significant, involves leaders from the upper echelons of the ruling party and would rear its head soon.
“They feel that Najib-Rosmah has become a liability to BN and they want him to step down because they fear this will affect their performance in the coming elections,” - TheMalaysianinsideanuvajiass
akhirnya pas masuk perangkap yang mereka cipta sendiri akibat ghairah nak buat persediaan pru13. anuwar pulak di malukan..
"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang. 
"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang)," - Harun Taib
ketika Harun Taib sendiri yang mengesahkan bahwa tak mustahil Ku Li di angkat sebagai pengganti kepada anuwar pandikutti jika memenuhi kriteria yang di perlukan, Pasrael sendiri yang terkejot berok!. Masa kan tidak..takde sape yang pernah membangkitkan isu ini selepas pengumuman Ku Li untuk membentuk AMANAH,  selain Pasrael. 
Bagaimana pun Pasrael sedar mereka dah terjerat dek kerana mulut celupar harun taib. Bila berita ni dah tersebar, pasrael mula panik. Pasrael tau bila berita ni dah bocor, orang yang pertama akan melenting tentulah anuwar!. Anuwar yang selama ini bersusahpayah nak pertahankan isu liwat dan bermandi peluh atas katil dengan chinadoll, sudah pasti marah dengan kenyataan harun taib.
Anuwar berasakan dirinya telah di khianati dengan begitu mudah oleh Pasrael. Menurut Anuar shaari anuwar pandikutti telah mengarahkan kekasih golapnya iaitu assmin pandikutti menyerang pemimpin kanan pas kelantan kerana dia di katakan adalah punca tmbulnya isu penggantian pucuk kepimpinan fuckatan dengan melantik Ku Li sebagai pengganti anuwar
Bila semuanya dah berantakan, pasrael terpaksa lah mereka cerita konon2nya UMNO mengalami keretakan dalaman sedangkan di pihak pasrael sudah berlaku kerosakan dalaman yang serius. Ini di sebabkan mereka ketandusan calon yang UMMPHH untuk di ketengahkan.
Ini lah yang membuatkan pasrael makin seriau kerana mereka terdesak mengharapkan Ku Li sebagai pemimpin mereka walaupun terpaksa 'menjilat' bontot UMNO secara sorok2 semata2 nak menjaga maruah parti dari kekalahan pru13 nanti..kehkehkeh >:D


KU LI : Cukup-cukup lah…

Oleh rmf
Kita tahu kemelut yang menghantui 1987 masih  lagi membara didalam hati mereka ini, Kita juga tahu bahawa pengorbanan Ku Li didalam UMNO terlalu besar  hingga terdirinya bangunan UMNO yang ada sekarang, Kita tahu segalanya. Tetapai apa yang kita mahukan, supaya didalam kemelut  dihadapai oleh UMNO sekarang; Sewajarnya Ku Li sebaik mungkin menjadi   orang yang mencari jalan keluar bukan meruntuhkan apa yang sedia ada. Kita sebenarnya tahu Ku Li seorang Pejuang. Kita tahu semua itu, tetapi jangan lah kerana  perkara silam dan hasutan dari mana mana pihak maka kita akan hancurkan apa yang telah terbina.
Munkin semua tahu bangunan PWTC dimana Ibu Pejabat UMNO terletak..dan semua tahu PWTC itu hak milik UMNO. Tapi berapa orang yang tahu bagai mana Bangunan PWTC di dirikan dan di atas tanah siapa Bangunan itu di dirikan?Pernah kah mereka di beritahu bagaimana UMNO bolih berdiri di atas kaki sendiri dari segi kewangan di Zaman Tun Abd Razak (sebelum tu UMNO banyak bergantung pada belas ehsan pihak lain) dan siapa yang menubuhkan Fleet group syarikat milik ahli UMNO ? Siapa yang mengeluarkan modal dan berapa banyak modal tersebut untuk mulakan perniagaan ?(Fleet group begitu kokoh pada satu masa dulu dan dari situ sumber kewangan UMNO di perolihi. Banyak orang UMNO lupa .
Saya akui dan saya juga merasa sedih dengan apa yang sedang berlaku didalam umno sekarang.. Saya juga sedih melihat rata rata yang berada didalam UMNO tidak tahu sejarah Perjuangan  pemimpin dahulu.. Kita lihat bagaimana sejarah Ku li.
Tahu ke anak anak muda ini siapa kah pengasas dan CEO pertama PETRONAS?Tahukah mereka siapa yang menubuhkan PNB dan Amanah Saham National dan atas idea siapa?Siapa yang bertungkus lumus membentuk Pernas dan Pernas Edar dan rangkaian bisnes nya? (Pernas Edar yang membantu perniaga dan kontraktor bumiputra, sekarang dah hancur dah..)Siapa yang terlibat melulus dan menubuhkan Bank Simpanan National (mulanya hanya simpanan di Pejabat Pos)?Saya percaya anak anak muda dan mungkin juga exco pemuda tak tahu perkara ini . Itu lah Ku Li…
Tetapi sejarah 1987 telah mengubah semua itu..Dendam dari S46 terus membara.. untuk menumbangkan umno dengan gandingan orang orang lama didalam barisan kepimpinan . Kini UMNO menghadapi tekanan dari pelbagai sudut untuk menjatuhkan  kepimpinan yang sedia ada. Sejak terpecahnya anggota UMNO kepada beberapa bahagian iaitu PAS, PKR, S46 maka kekuatan melayu kini diibaratkan sudah berada di penghujung jalan. Benarkah Melayu kini kemabukan kuasa, mereka sudah tidak ada jalan atau agenda perjuangan yang jitu- Jika apa yang mereka perjuangkan itu sama dengan apa yang ada sekarang , apakah perlunya menjatuhkan kepimpinan, atau mahu melakar sejarah dunia dimana terjajahnya satu bangsa yang berdaulat akibat kerakusan kuasa . Semua nya bermula kisah 1987- Maka lahirkah Semangat 46.
Siapakah mereka mereka ini didalam politik negara satu ketika dahulu- Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin,  Ku Li, Anwar Ibrahim, Thamrin Ghafar Baba, Mokhtar Hashim,  Zahid Hamidi, dan abang kepada Mahyuddin Aziz Yassin.   Kesemua nama nama ini mempunyai beberapa isu yang terpenting dalam sejarah politik negara. Kenapa gabungan ini wujud  serta mendapat sokongan penawar? Boleh dikatakan semua mereka ini adalah dari S46.
Apa yang kita lihat sekara Perdana Menteri sedang berhadapan dengan musuh dari luar dan dalam. Sokongan padu harus diberikan kepada Perdana Menteri untuk memperlahankan tekanan serta mengatur strategi yang cukup ampuh untuk menangkis seranagan dari dalam. Terutama daripada orang UMNO sendiri iaitu Khairy Jamaluddin yang sentiasa memberikan peluru kepada pembangkang untuk  membunuh UMNO.
Ku Li yang memimpin sebuah NGO baru dilihat semakin ‘menjauhi UMNO’ tetapi mengejutkan apabila sebuah pertubuhan yang diwakili veteran UMNO iaitu Penawar dikatakan mahu Najib meletakkan jawatan.Sudah beberapa hari sejak pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain mengenai ura-ura membawa masuk Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Pakatan Rakyat dalam persedian menghadapi kemungkinan Anwar  kembali menjadi banduan.
Kebenarannya mengenainya masih menjadi pertikaian dengan Nik Aziz sudah menafikan walaupun tidak secara terus.Tapi itu pada penulis tidak begitu penting kerana yang paling penting ialah reaksi dari yang tuan punya badan sendiri yang sehingga kini masih diam seribu bahasa, mengiyakan pun tidak menidak kan pun tidak.
Tengku Razaleigh, atau nama manjanya Kuli adalah antara beberapa individu yang pernah dekat dengan jawatan Perdana Menteri selain Anwar Ibrahim dan Musa Hitam.  Jika masing-masing Anwar dan Musa atas kedudukkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Kuli pula selaku satu-satunya orang yang berani mencabar kedudukkan Presiden UMNO pada 1987 dimana beliau kalah dengan majoriti kecil – hanya 40 lebih undi sahaja.
Apa sedang berlaku dalam politik orang Melayu dan UMNO sekarang?
Pada ketika ramai memperkatakan mengenai ura-ura Tengku Razaleigh Hamzah akan menyertai pembangkang, sekumpulan veteran UMNO lain dikatakan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan.
Presiden UMNO secara automatik akan menjadi Perdana Menteri, itu yang penulis maksudkan sebagai ‘dekat’.Oleh itu tidak sukar untuk menafikan penglibatan Kuli kerana jika Pakatan menang, Anwar dan siapa saja yang menggantikannya untuk menerajui Pakatan Rakyat, akan dipilih sebagai Perdana Menteri.
Kita tahu, walaupun Kuli dari parti UMNO dan mewakili Barisan Nasional, itu hanya di kulit luaran.  Hakikat sebenarnya Kuli beraja dimata bertahta di hati di Gua Musang.  Sejarah membuktikan, Gua Musang akan tetap dibelakang Kuli, pedulilah apa parti yang diwakilinya, UMNO baik, S46 baik.
Sudah banyak tindakan Kuli yang mengguris perasaan ahli UMNO dan berlawanan dengan ketetapan parti mahupun BN.  Jika semua belum lupa, Kuli juga pernah menyifatkan UMNO sedang reput dari dalam!!!Spekulasi telah bertiup kencang bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib.
Cengkaman kuasa Perdana Menteri menurun berikutan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai manakala kontroversi berkaitan isterinya Rosmah Mansor juga membelenggu beliau. Kini, sebuah organisasi yang mewakili bekas ahli UMNO Parlimen telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.Ada rakan penulis mengatakan, Kuli seakan duduk dalam kelasnya yang tersendiri.  Tidak seperti ahli politik yang lain, Kuli tidak perlukan jawatan Menteri atau apa yang lain untuk berjaya sebab dia memang sudah sedia kaya dan berjaya dek kebijakkannya dalam bidang kewangan sehingga menjadi pernah menjadi penasihat kewangan kerajaan sebuah negara jiran.
Ada juga pihak beranggapan Kuli tidak perlu kepada UMNO, malah UMNO yang perlu kepadanya untuk mengekalkan kerusi di Gua Musang.
Semua ini dan banyak lagi menjadikan Kuli bongkak kecil.  Dia bisa saja berbuat apa yang disukainya tanpa peduli tentang tatatertib moral yang terpakai kepada Ahli Parlimen BN yang lain.  Justeru itu penulis tidak terkejut bila Kuli sekali lagi dikaitkan dengan skandal yang menjurus kepada pengkhianatannya kepada UMNO kali ini.Dulu dia buat sekali dengan menubuhkan S46, dan sekarang tidak mustahil dia akan buat lagi.
Tapi penulis tahu, apa pun sikap Kuli, jiwanya adalah jiwa melayu.  Parti yang mula disertainya ialah UMNO, sebuah parti melayu, parti yang ditubuhkannya setelah keluar dari UMNO pula ialah parti Semangat 46 yang merujuk kepada kebangkitan orang melayu dalam menentang Malayan Union pada 1946.
Seterusnya ia menimbulkan persoalan baru, mahukah DAP menerima kemasukkan Kuli ke dalam Pakatan mengikut cadangan PAS?  Kuli tidak seperti Anwar yang hidup dengan membohong orang serta mempunyai satu set lidah yang boleh ditukar-tukar bila perlu.
Jiwa melayu Kuli amatlah besar dan tidak mungkin ia selari dengan kehendak DAP yang punya agenda tersirat (menghaouskan hak keistimewaan melayu)  jika berjaya menguasai kerajaan persekutuan Malaysia ini.
Penulis mungkin bukan orang yang layak tetapi penulis nak ingatkan Kuli, jangan ikut resmi anjing, bila dah lama tak makan tahi, tak dapat makan, dihidunya juga.  Cukup-cukuplah dengan bahana yang Kuli bawa dek keghairahan nak jadi Perdana Menteri dulu.  Bila UMNO sudi memaafkan dan menerima kembali Kuli dan bekas-bekas S46 masuk semula ke dalam UMNO, jangan dikhianati peluang kedua itu dengan kisah yang ini pula.
Kesan pengkhianatan Kuli dulu masih terasa, yang paling nyata sampai sekarang Kelantan masih gagal dirampas sejak S46 pimpinan Kuli membantu PAS menyapu bersih semua kerusi DUN Kelantan dalam pilihanraya umum 1990.
Penulis suka nak ingatkan, salah satu punca kenapa DAP menarik diri dari Gagasan Rakyat yang diasaskan Kuli pada 1995 (selain Angkatan Perpaduan Ummah-APU), ialah kerana keengganan Kuli mengikut kehendak DAP untuk mengganggu gugat hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan sekiranya pakatan itu menang dalam pilihanraya umum tahun yang sama.
Dengan DAP masih DAP yang sama seperti pada 1995, Kuli diyakini begitu juga.Kesimpulan penulis, apa pun kebenaran di sebalik dakwaan ini, yang nyata ia tidak akan menguntungkan Pakatan Rakyat dalam masa pendek mahupun panjang.  Baguslah tu sebab ia hanya memudahkan cubaan Barisan Nasinal merampas kebali beberapa negeri yang telepas ke tangan mereka pada 2008.
BN dan UMNO pernah membuktikan bahawa kami juga boleh berjaya tanpa atau dengan Kuli, so dia ada ke takde, takde banyak sangat beza.Najib mengambil alih pada April 2009 dan segera menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang sederhana di bawah konsep 1Malaysia bertujuan untuk memancing undi Cina dan India.Walau bagaimanapun, pendekatan menyeluruhnya gagal turun ke bawah dengan baik menyebabkan ketidakpuasan hati golongan pihak-pihak tertentu dalam Umno. Walaupun Mahathir mendakwa bahawa parti itu telah gagal untuk melindungi orang Melayu dan ini membawa kepada munculnya kumpulan-kumpulan seperti Perkasa.
Dalam perkembangan yang sama, sokongan kaum Cina terus meningkat untuk pembangkang seperti yang dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil dan tekanan ke atas Najib yang dipasang.Blogger terkemuka Mohd Sayuti Omar juga mencatatkan satu artikel mengenai panggilan Penawar kepada Najib untuk meletak jawatan.
Menurut suatu sumber, di kalangan mereka yang hadir pada mesyuarat itu adalah abang Muhyiddin, Aziz Yassin, bekas Menteri Belia Dan Sukan Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba.Hakikatnya gangguan sepert ini akan semakin menyulitkan Najib dalam usahanya memantapkan sokongan kepada Barisan Nasional yang semakin tercabar pada ketika semakin dekatnya pilihan raya.Persoalan ialah apakah jika Najib lepas jawatan, UMNO dan Barisan Nasional akan menang atau kita biarkan Najib membuktikan sesuatu dalam pilihan raya umum nanti?


TAHNIAH KU LI

(Keengganan Anwar beri sampel DNA menimbulkan keraguan besar kepada PAS; dan video Mat CD menjadi paku terakhir keranda politik Anwar)

Salam 2 all.

Teman dok ingat bulan-bulan pose ni tak berminat sangat nak tulis hal-hal politik kepartian ni. Tapi perkembangan terbaru berkenaan pelawaan kepada YB Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li untuk mengetuai pakatan pembangkang BiaDAPP (DAp-Pkr-Pas) memberi satu dimensi baru kepada politik tanah air. Teman cukup yakin Ku Li sedang tersengih meleret melihat namanya kini terpancar terang dalam kemelut politik negara.

Apa pun pertama sekali teman ucapkan tahniah kepada Ku Li atas pelawaan tersebut. Ini membuktikan bahawa kot mana dema berputar pun, bila tiba bab kepimpinan, kaum biaDAPP tetap memerlukan orang UMNO juga untuk memimpin mereka.

Buktinya, dalam menghadapi UMNO/ BN bagi pilihanraya 1990 dan 1995, PAS dan DAP terpaksa melantik Ku Li melalui Parti Semangat 46 untuk menjadi pemimpin dan gam kanji untuk PAS-DAP tidur sekatil. Memang jelas PAS-DAP tidak boleh bekerjasama sesama mereka. Begitu teruknya hubungan PAS-DAP ini, hingga Ku Li terpaksa menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah untuk bersama PAS, dan Gagasan Rakyat untuk bersama DAP. Dan yang paling banyak menerima menafaat kepimpinan bekas UMNO ini pada masa itu ialah PAS, yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1990. Tetapi sejarah melihat bagaimana PAS mengkhianati Ku Li, dan akhirnya ia berpecah dan Ku Li kembali kepangkuan UMNO.

Bukti kedua ialah apabila berdepan dengan UMNO/ BN bagi pilihanraya 1999, sekali lagi PAS dan DAP terpaksa mengambil pemimpin UMNO untuk menjadi pemimpin dan gam kanji untuk melekatkan mereka. Maka calon mereka pada masa itu ialah manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan - Anwar Ibrahim. Sekali lagi PAS mendapat menafaat daripada pakatan luar tabi'e itu apabila mendapat banyak kerusi Parlimen dan Presiden PAS Allahyarham Ustadz Fadhil Noor berjaya menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah berpurnama madu sebanyak dua pilihanraya, teman dapat membaca bahawa kepimpinan PAS mula merasakan Anwar sudah mula menjadi beban dan liabiliti kepada PAS, dan tidak membawa apa-apa menafaat kepada mereka. Pilihanraya 2004 menyaksikan PAS hampir hanyut dengan kerusi Parlimen yang terlalu sedikit. Manakala dalam PRU 12 pada tahun 2008, walaupun mendapat penambahan kerusi, namun PAS menjadi rakan tercorot dalam pakatan pembangkang dan muncuk sekadar lembu yang dicocok hidung oleh Anwar & biaDAP; dan yang paling mendapat menafaat ialah parti cauvinis biaDAP. PAS dapat melihat bahawa game-plan Anwar yang sanggup menjual agama dan bangsa sendiri sudah mula memakan tuan. PAS is the biggest loser dalam percaturan ini, kerana vote-base PAS ialah orang Melayu.

Ini ditambah pula dengan skandal liwat dan videoklip manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Teman cukup yakin pemimpin PAS bukan bodoh. Keengganan Anwar menyerahkan sampel darah bagi ujian DNA untuk membuktikan bukan airmaninya dalam karung kunyit Saiful menimbulkan kegelisahan dan keraguan dikalangan pemimpin PAS khususnya para ulama' dan ustad-ustad. Dan videoklip Mat China-Doll @ Mat CD menjadi paku terakhir memahat keranda politik Anwar. Sebenarnya sudah ramai kalangan ulama' dan ustad PAS sudah melihat videoklip tersebut dalam diam-diam. Ada yang baru tengok 2-3 minit dah mula urut dada sesak nafas. Ada yang berani menonton sampai ke adengan kondang-kondi, dan tidak lain yang keluar daripada mulut mereka selain menyumpah seranah Anwar, "celaka hang Anwar, hang tipu kami Anwar oooiiii. Hang baguih punya enjut, kami pulak yang kena hamput!!!".

Paku terakhir keranda politik Anwar sudah mula dipahat. Sebab itu teman tidak terkejut mendapat maklumat ada kepimpinan PAS menemui Ku Li secara rahsia & sulit. Mereka tahu jika mereka memasuki PRU 13 membawa bersama excess-baggage Anwar, maka mereka akan kehilangan vote-base Melayu mereka. Ditambah dengan kesilapan kaum Anwarinas menjadikan Ambeega Sreenavasan sebagai khalifah mereka dalam himpuan haram Koonyet-2, sehingga PAS dimomokkan dengan singkatan Pengikut Ambeega Sreenavasan! Ini semua mengerikan para ulama' dan ustad-ustad PAS. Mereka perlu lakukan sesuatu untuk memastikan vote-base Melayu mereka tidak hilang. Maka Anwar menjadi kambing hitam bagi PAS sekarang ini. Walaupun akan dilihat sebagai satu pengkhianatan, namun bagi PAS yang penting sekarang ialah survival politik mereka bagi menghadapi PRU 13. Ramai daripada mereka sudah seronok sedap merasa menjadi YB dan MB/ Exco; dan mereka tidak mahu kehilangan itu semua.

Sebab itu teman tidak hairan ada kepimpinan PAS mula melihat kearah Ku Li. Siapa lagi yang boleh berdepan dengan jentera gergasi UMNO melainkan orang UMNO sendiri. Besi memerlukan kayu untuk menebang batang pokok. Dan Ku Li dilihat sebagai orang yang paling layak. Kerana Ku Li adalah veteran UMNO, masih ada penyokong dan simpatisan, apatah lagi dikalangan Melayu liberal dan dan punya agenda sendiri.

Diwaktu yang sama, PAS masih mahu meraih sokongan bukan Melayu dan para kafir yang telah mereka semai beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana PAS tahu mereka juga tidak mahu kehilangan sokongan bukan Melayu dan kafir yang seronok melihat PAS bersedia tidur sekatil dengan cauvinis biaDAP; sehingga sanggup membakulsampahkan perjuangan menubuhkan negara Islam yang menjadi jampi-mentera PAS selama ini. Ku Li dilihat sebagai gam kanji yang boleh melekatkan cauvinis biaDAP dengan PAS.

Diwaktu yang sama, Ku Li juga boleh menjadi gam-kanji bagi golongan Melayu liberal, saperti Zaid Ibrahim dan Parti Kita yang ditubuhkannya. Juga golongan liberalis lain termasuk dari golongan profesional dan lain-lain.

Dan mereka tahu Ku Li juga mengidam untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau tak masakan Ku Li berani mencabar Tun Mahathir dalam pemilihan 1988 yang menyaksikan UMNO berpecah dan berkubor. Dan untuk menghadapi gergasi UMNO/BN dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Najib, Ku Li akan dilihat sebagai orang yang paling layak. Kerana Ku Li adalah rakan Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa YAB PM sekarang. Takkan anak nak lawan kawan bapak kot. Begitulah perkiraan dan sipir politik PAS sekarang.

Persoalannya, adakah Ku Li bersedia menjadi kuda tunggangan PAS sekali lagi? Ku Li politikus yang sudah matang; beliau kenal bebenor PAS ni yop. Apatah lagi pernah tidur sekatil hampir 10 tahun dengan mereka. Dengan pengalaman sebegitu rupa, teman cukup yakin Ku Li akan mengatur langkah dengan lebih bijak.

Itulah sebabnya Ku Li tidak terus menerima pinangan PAS. Sebaliknya beliau mengambil sikap berhati-hati. Beliau menubuhkan badan bukan kerajaan dengan nama Amanah. Beliau turut di apit oleh para politikus yang punya nama besar walaupun sudah menjadi tukun dan dinasour politik negara. Ku Li tahu kalau beliau membuat "political move" sekarang dengan menyertai pakatan pembangkang biaDAPP, sudah pasti karier politik beliau akan berakhir serta-merta. Pasti jentera UMNO/BN akan menyembelih beliau sehingga khatam 18, sedangkan pilihanraya tidak tahu bila kerana mandat kerajaan sekarang hanya berakhir pada April 2013.

Dengan menubuhkan sebuah NGO, Ku Li akan terus menikmati posisinya sebagai veteran UMNO; sudah pasti UMNO tidak akan menyembelih "orang" mereka sendiri. Dengan kedudukan istimewa sebagai veteran UMNO, Ku Li boleh mengatur langkah dengan lebih selesa tanpa risiko kena sembelih. Malah kedudukan itu akan memberikan beliau "imuniti" dan ruang nafas yang cukup selesa untuk bergerak. Teman cukup yakin dari kedudukan itu, Ku Li akan boleh menghentam dan mengkritik kerajaan dengan lebih uummph! Bayangkan veteran UMNO menghentam parti UMNO sendiri. Jika ia dilakukan dengan cara strategik dan konsisten, teman cukup yakin Ku Li akan dilihat sebagai hero. Mungkin juga akan ada dikalangan pimpinan UMNO/BN akan turut serta beliau, terutama dari kalangan mereka yang punya kepentingan dan agenda tersendiri.

Jadi persoalannya, bila Ku Li akan buat keputusan menerima pelawaan mengetuai pakatan biaDAPP ini? Teman punya firasat, Ku Li akan hanya umum penerimaan pelawaan itu (jika beliau memilih untuk menerimanya) atas dua faktor:

1. setelah Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful. Ini kerana sabitan itu akan menjadi alasan terkuat PAS untuk menyembelih Anwar Ibrahim, kerana sudah ada pengesahan perundangan. Itulah kata-kata para ulama; dan kepimpinan PAS pun, iaitu mereka akan mengkaji semula kerjasama politik dengan Anwar jika ada sabitan oleh Mahkamah. Dan semua orang tahu, dengan keengganan Anwar memberikan sampel darah untuk ujian DNA, dan cara pembelaan alibi Anwar yang sangat diragui kerana ujudnya DNA airmani Anwar dalam karung kunyit Saiful, maka kemungkinan besar Anwar akan disabitkan dengan kesalahan meliwat stafnya sendiri Saiful. Dan kali ini hukumannya pasti melebihi 9 tahun penjara, kerana dalam sabitan lepas Anwar sudah ada rekod sabitan jenayah dan hukuman 9 tahun penjara. Bila disabitkan kelak, Anwar akan hilang semua "moral gorund" untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang. Ditambah dengan videoklip Mat CD. Teman tidak akan terkejut kalau diwaktu itu PAS sendiri akan mengeluarkan patwa baru menghentam Anwar. Jangan lupa PAS pernah lakukannya tahun 1997 apabila mempatwakan Anwar dengan label Al Juburi yop!!!

2. Apabila Ku Li yakin pilihanraya umum semakin hampir. Sebagai seorang berpengalaman, Ku Li tidak akan terjun sekarang dalam keadaan Kerajaan ada mandat hampir 2 tahun lagi. 2 tahun adalah satu masa yang lama dalam politik. Untuk bertahan selama 2 tahun, Ku Li perlukan dana dan stamina yang besar. Pada usia 76 tahun, Ku Li perlu menyimpan stamina dengan cukup. Sebab itu beliau akan menunggu sehingga semua isyarat pembubaran Parlimen terserlah. Buat masa ini, YAB Dato' Sri Najib tidak ada sebab langsung untuk membubarkan Parlimen. Beliau pun baru berusia 58 tahun, satu umur yang masih kuat dan bertenaga untuk berdepan dengan apa juga ranjau politik yang mendatang.

Apa pun, yang jelas daripada pelawaan kepada Ku Li ini ialah Anwar sudah hilang kelayakan untuk terus mengetuai pakatan biaDAPP. Mesej jelasnya ialah PAS (termasuk cauvinis biaDAP) sudah hilang kepercayaan kepada Anwar. Khusus bagi PAS, persekongkolan berterusan dengan Anwar, orang yang dilihat sanggup menggadai agama dan bangsanya, ditambah dengan skandal liwat dan videoklip Mat CD, akan hanya menghakis sokongan Melayu-Muslim kepada PAS; apatah lagi dengan ujudnya kaum Anwarinas yang dilihat lebih berqiblatkan Anwar sebagai sembahan politik mereka, sehingga mengheret PAS bertuankan kafir harbi la'natullah Ambeega sebagai khalifah mereka. Ramai dikalangan ulama' dan ustad PAS sangat kecewa bila singkatan P.A.S. dimomokkan sebagai Pengikut Ambeega Sreenavasan.

Bagi UMNO dan BN, jika Ku Li menyertai pakatan biaDAPP ini, janganlah risau, Kerana sejarah membuktikan semangat Melayu Ku Li sangat kuat. Teman cukup yakin Ku Li akan membawa pakatan biaDAPP ini, khususnya PAS, kembali keperjuangan UMNO. Ku Li pernah lakukannya dengan berjaya melalui Semangat 46, dan percayalah Ku Li akan melakukannya sekali lagi dengan pakatan biaDAPP ini. Rasional mudah, tidak ada pemimpin Melayu-Islam sanggup diingati sebagai pengkhianat agama dan bangsanya. Dan Ku Li tidak terkecuali yop!

Apa pun, UMNO patut berbangga kerana walaupun dimaki hamun dan dicerca 24 jam 7 hari seminggu oleh pakatan biaDAPP ini, tetapi bila terdesak perlukan pemimpin, orang UMNO jugak yang dicari oleh pakatan biaDAPP ini!!!

Dan bagi yang tidak percaya PAS sanggup mengkhianati Anwar; ingatlah kalau jampi mentera PAS untuk menubuhkan negara Islam sanggup mereka bakulsampahkan dengan patwa terbaru "rupenya negara Islam tak ada dalam Quran", maka apa pun PAS boleh lakukan. Pokok pangkalnya, PAS bukanlah satu agama, tetapi hanya sekadar sebuah parti politik yang juga punya nafsu mahu menduduki takhta kekuasaan. Jangan lupa PAS pernah menghukum Anwar dengan label Al Juburi walaupun tanpa 4 saksi tetapi cukup sekadar tuduhan seorang benggali biaDAP. Bak kata penganut fahaman politik machiavelli, "tidak ada kemustahilan didalam politik, semuanya bisa dong!!".

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
03 Ramadhan 1432
03 Ogos 2011

No comments: