NUFFNANG

Friday, 5 August 2011

Nyawa Ke-8 Anwar Terancam… / SEJARAH JELEK POLITIK ANWAR! / POLITIK AL-KAZEEB


Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…

Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden?
Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa ntah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.
Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dgn kehebatan 9 nyawa yg dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu utk meraih simpati khalayak.
Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung utk menyelamatkan nyawanya yg ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.
Ikuti urutan hikayat berikut utk mengenali kehebatan Anwar yg di percayai memiliki 9 nyawa sama seperti mito seekor kucing kurap.

1. Propaganda Tumbukan Ketua polis
* Anwar telah di tumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan di bunuh oleh pihak polis.
* Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yg memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yg pertama bagi Anwar Ibrahim.
* Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yg pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui  Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yg berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.

2. Drama Keracunan Arsenik
* Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang2 Dr. Mahathir.
* Wan Azizah, para pemimpin ADIL (skang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (skang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.
* Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.
* Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.
* Anwar yg masih hidup selepas setahun di racun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.

3. Sandiwara Suntikan Darah HIV
* Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan azizah suaminya telah disuntik dgn darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yg menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dgn badan yg kurus kering dan berkudis-kudis.
* Tiada ubat atau penawar hingga kini utk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yg mampu diungkapkan utk nyawa ke-3 tersebut. takziah utk keluarganya. huk..huk..
* Tanpa sebarang penawar atau ubat utk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar utk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.
* Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Lelucon Patah Tengkuk
* Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yg dilengkapi dgn pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mengwar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya di dapati patah dan ada urat yg terkehel.
* Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher utk memperbetulkan kembali lehernya yg patah dan uratnya yg terkehel.
* Secara umumnya dgn keadaan leher yg patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yg ke-5 utk meneruskan kehidupan duniawi.
* Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.

5. Filem Box Office Lumpuh  Sakit Belakang
* Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.
* Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai  tangan pada penyokongnya dgn menaiki kerusi roda yg di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.
* Bertebaran berita yg mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan emarahan khalayak yg menyokong bung Anwar.
* Kisah Anwar yg terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 di palu di gendang tiap masa walaupun di masa yg sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL utk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.
* Nyawa anwar yg ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 utk kekal di jasad Anwar. Innalillah.
* Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman utk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan utk bersalaman dgn penyokongnya yg menunggu di lapangan terbang.
* Anwar kembali ke arena politik dgn nyawa ke-6 yg bertenaga luarbiasa selepas pembedahan tulang belakang yg paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.
* Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yg berjaya di bedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan utk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yg complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

6. Hikayat Ancaman Bunuh
* Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yg mengncam nyawa ke-6 Anwar ibrahim yg secara halusinasi yg tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.
* Tika itu Anwar  sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yg rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.
* Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada quality Hotel di Shah Alam utk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yg terletak di KL.
* Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahayang ghaib utk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yg sama.

7- Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah
* Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dgn pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar utk terus menghayati keindahan alam ini.
* Kehebatan inspirasi yg dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat utk para penjenayah utk cuba menggunakan method yg sama yakni menangguhkan sebanyak yg boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.
* Namun disebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.
* Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.
* Pun demikian tidak tahan dgn asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
* Bertiuplah angin-angin spoi yg mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yg dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yg cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.
* Walaupun logiknya patut wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang utk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi utk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.

8- Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011
* Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dgn pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yg ke-8.
* Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yg paling lemah berbanding 7 nyawa yg lain sebelum ini.
* Berita terbaru yg di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.
* Demo haram Bershit 2.0 yg sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.
* Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yg bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nywa yg ke-8, memang bahaya.
* Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.
* Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 utk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dgn ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun ada pending & floating macam forex. :)

9- Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim
* Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.

Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dgn kucing. Semua kita makhluk Allah s.w.t hanya ada satu nyawa dan satu jasad.
Namun fahamkah anda apa yg ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yg bernama Anwar Ibrahim yg memilik 9 nyawa?
Yup, tentu ramai yg faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dgn gerak geri lakonannya yg pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.
Bagi kita yg faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara utk menarik perhatian khalayak.
Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yg mampu meyakinkan khalayak umum bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yg menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dgn selambernya menjamah tahik kambing itu dan di suap masuk ke dalam mulut utk menguatkan tenaga dan semangat.
Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yg dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya? Betul akan ada yg terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila? Allah s.w.t melihat apa yg kita buat dan apa yg kita ucapkan walaupun dgn niat yg pelbagai.
Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yg pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an dulu itu, boleh sejenak seketika menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran utk mengenal seorang manusia yg bernama Anwar ibrahim.

source : XPressMinda


SEJARAH JELEK POLITIK ANWAR!

Oleh rmf
Awal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau ?Corridor of Power?.
Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah ?diyakinkan? bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.
Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara ?paracut? itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO!
Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutakaman kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai ?ayam sabung? yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Dr. Mahathir!
Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem ? The Town is too small for booth of us?. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, ? Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya?. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, ?Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita?!
Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, ??Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Dr. Mahathir akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar?!? maka mereka pun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar.
Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, ? Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri?? Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.
Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah, ?Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok?. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Dr. Mahathir berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar!
Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Dr. Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir!
Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Mahathir dan membentuk ?Team B?. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Dr. Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Mahathir, bertambah kuat pertalian politik Mahathir-Anwar!
Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, menjadi senjata muktamad kemenangan Dr. Mahathir ke atas Ku Li. Dan, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden.

Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Allahyarham Pak Ghaffar ( Tun Ghaffar ). Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia Cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO.
Perkara ini ?unprecedented? dan Dr. Mahathir sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Dr. Mahathir masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden.
Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Dr. Mahathir dalam mempersoalkan sikap Mahathir terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan ?orangnya? iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad!
Perlantikan Johan Jaafar merupakan faktor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang ?teori konspirasi? dalam penulisannya!
Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Dr. Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Beliau ?took things for granted?. Beliau fikir sebagai orang berpengalaman, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Namun Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang ?Melayu Baru? yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!
Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Dr. Mahathir menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Dr. Mahathir.
Apabila sesekali Dr. Mahathir terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa ? dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati?, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Dr. Mahathir tercakap di Terengganu, bahawa ?seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti?? maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Dr. Mahathir masih mahukanya atau tidak?
Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata ?tactical?. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian katakanlah pula? ?Saya perlu akur dengan kehendak parti?atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan??
Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan ketika itu, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam ?perang saraf?, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?
Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, ?Ini adalah iltizam?? Apabila hasratnya telah menjadi cakapan umum, Dr. Mahathir yang diketahui sebagai seorang yang suka menyebelahi calun yang akan menang, sudah menjadi satu dilema sekali lagi. Megat Junid turut menyakinkan Dr. Mahathir, Anwar akan menang!
Kebangkitan ?Arus Perdana? dan pemikiran ?Melayu Baru? akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur! Anwar menang, Pak Ghaffar kalah! UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu!
Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Mahathir-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenangan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tui Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!
Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu ?Brutus? oleh Dr. Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Mahathir. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan membaca maksud Dr. Mahathir pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Dr. Mahathir dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa!
Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu? Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir? Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang ?mediocre? dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya!
Anwar akan berasa tidak selamat atau ?insecured? kalau Dr. Mahathir tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Dr. Mahathir bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Mahathir pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. ?This is totally a different ball game?, begitulah anggapan rakus Anwar .
Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya. Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Mahathir di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya.
Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Dr. Mahathir bahawa ??Pandangan mereka ini perlu diambilkira?. Dr. Mahathir menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.
APAKAH INI BUKAN KONSPIRASI ANWAR UNTUK MENGGULINGKAN DR.MAHATHIR? ADAKAH KEJELEKAN POLITIK ANWAR INI BOLEH DIMAAFKAN OLEH UMNO YANG MENJADI TERAS DOMINASI KUASA MELAYU DALAM KERAJAAN? DAN LAYAKKAN DIA DIJULANG SEBAGAI ?HERO? DI SEBALIK ARUS KEBANGKITAN REFORMASI YANG SENGAJA DICIPTA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PERIBADINYA?
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
source : rmf7


POLITIK AL-KAZEEB

Salam 2 all.

Sabda Rasulullah saw, dibulan Ramadhan ini semua iblis dan syaitan ditambat oleh ALLAH. Maknanya sepatutnya segala dan sifat perangai iblis dan syaitan tidak sepatutnya ada dengan mana-mana orang yang mengaku Islam. Tetapi jika perangai itu masih dilakukan, maka hakikat sebenarnya pelaku itulah iblis dan syaitan sebenar-benarnya!!! Na'uzubillah min zalik.

Teman hanya mampu geleng kepala bila melihat pembohongan dan putar-belit terbaru yang dimainkan oleh kaum pembangkang, termasuk dari kalangan yang mengaku Islam, membabitkan isu seorang rakyat Indonesia bernama Mismah yang telah diberikan kewarganegaraan atas dakyah konon pihak SPR berpakat dengan JPN untuk menambah pengundi.

Sudah hilang kewarasan ke kaum pembangkang ini? Sudah tiada kemaluan lagikah pada ALLAH dan diri sendiri? Teman sampai bertanya, mereka ini sudah bertuhankan kerusi kah sehingga sudah tidak tahu lagi batasan kebenaran dan pembohongan, haq dan palsu, dosa dan pahala!

Konon pembohongan itu ialah seorang rakyat Indonesia bernama Mismah diluluskan taraf Penduduk Tetap (KP merah) pada jam 11.30am, dan kemudian diberikan kewarganegaraan pada jam 03.30pm hari yang sama. Dan beliau didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR!!! Semuanya dalam tempoh 4 jam sahaja! Kalau mereka yang tidak berminat dengan kebenaran membaca, pasti mereka akan terpedaya. Maka SPR, JPN, dan Kerajaan akan dimaki hamun dan dihamput. Kaum Anwarinas siap buat kenyataan media menyebarkan pembohongan ini, siap ugut kerajaan dan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran lagi.

Wamakaruu wamakarallah, pembohongan mereka terbongkar dalam sekelip mata. Sama macam pembohongan twitter yang terbongkar, konon cerita semasa Mat CD gendut main kondang-kondi, Mat CD kempis tengah bertweet. Maka bermulalah mentera "looks like me, sound like me..but not my tummy"! Tak lama lepas tu terbongkar rupanya takde tweet pun dalam masa adengan kondang-kondi tu. Malah jam Omega pun tak jumpa-jumpa walaupun kabar cerita ada dalam lemari kat rumah!

Alhamdulillah Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd. Said membuat kenyataan memperjelaskan semalam bahawa pemohon bernama Mismah (KP No. 640704-71-5238) diberikan taraf Penduduk Tetap pada 17.07.1982 (29 tahun yang lepas). Pada 31.01.2011, hampir 30 tahun selepas itu, barulah permohonan Mismah untuk taraf kewarganegaraan diluluskan. Jadi tak timbul soal warga kilat saperti yang ditohmahkan oleh kaum Anwarinas.

Yang peliknya, mereka siap membawa teori kesemua pendatang yang diluluskan punya nombor siri '71' pada kad pengenalan mereka. Tembelang teori palsu ini pecah bila didedahkan pemimpin PKR sendiri punya kad pengenalan siri '71' iaitu Azmin Ali (KPT No: 640825-71-5269), Saifuddin Nasution (KPT No: 631207-71-5005) dan Zuraida Kamarudin (KPT No: 580314-71-5206). Maka jatuhlah kemaluan para Anwarinas ini. Tetapi sedikit pun mereka tidak berasa bersalah atau menyesal, malah mereka teruskan pulak dengan pembohongan lain.

Ini berlaku bila Presiden pepatung PKR Wan Azizah membuat kenyataan beliau tidak saperti Datin Sri Rosmah Mansor. Ini berkaitan dengan tohmahan konon Datin Sri Rosmah Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta. Sedangkan penjelasan telahpun diberi dengan detail membuktikan pembohongan tersebut (untuk detail sila layari laman www.apanama2020.blogspot.com). Namun Wan Azizah masih mahu terus mempergunakan pembohongan tersebut.

Sedangkan Wan Azizah sendiri sehingga kini masih belum mengemukakan jamOmega yang ditemui bersama China-Doll, walaupun Wan Azizah beriya-iya mendakwa jam Omega itu ada dalam simpanan beliau. Apalah susah sangat nak tunjuk jam Omega itu, jika benar ada pada beliau. Hakikatnya tidak ada, kerana semasa Johari Abdul menyaksikan videoklip tersebut bersama Datuk Eskay, jam Omega itu telah ditunjukkan kepada beliau. Dan Johari Abdul hanya mampu ketawa sahaja, walaupun nada ketawanya tidak macam Almarhum Tan Sri P.Ramlee.

Virus pembohongan dan putar-belit ini sudah sampai keperingkat sakaratul dikalangan pembangkang sekarang. Seluruh dunia terkejut bagaimana virus ini sudah melanda parti yang mengaku Islam, PAS. Pembohongan Mat Sabu, Timbalan Presiden yang baru dinobatkan kaum Anwarinas, bahawa beliau dirempuh oleh landrover polis pada 09.07.2011 lepas terbongkar bila dengan izin ALLAH, rupanya ada kamera cctv sedang merakam insiden beliau jatuh motor sendiri.

Tapi yang lebih teruk bila Presiden PAS yang berserban tebal sendiri memberitahu satu dunia bahawa parti yang dipimpinnya tidak lagi mahu memperjuangkan negara Islam kerana "rupanya negara Islam tidak ada dalam Quran"; walaupun beliau jugalah orang mengeluarkan amanat di Kg Banggol Pradong memaki UMNO kerana tidak mahukan perlaksaan hudud kononnya. Sehingga berlaku peristiwa cerai berai, solat dua imam, keluarga berpecah gara-gara amanat beliau; kemuncaknya terbunuhnya Ustadz Ibrahim Libya pada 19.11.1985 dalam peristiwa Memali kerana antara lain memperjuangkan negara Islam.

Itu belum lagi kita kisahkan cerita kelentong putar-belit pimpinan biaDAP saperti Karpal Singh, yang pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menuduh Anwar Ibrahim sebagai kaki homoseks & liwat, tau-tau sekarang menjadi loyer Anwar dalam kes liwat!? Yang mendesak Anwar bertaubat setelah pembohongan 16 September terbongkar, tau-tau sekarang mengangkat Anwar menjadi kalipahnya!

Oh ya, bila cakap pasal pembohongan dan putar-belit ini, siapa boleh lupa pembohongan 16 Sept. Satu dunia kena bohong dengan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan. Rupanya pembohongan ini sudah menjadi darah daging dan sebati dengan kaum Anwarinas ini. Dan yang paling malang, pembohongan dan putar-belit mereka ini sudah tidak ada batasan dan sempadan; sehingga dibulan Ramadhan yang mulia penuh keberkatan ini pun mereka teruskan juga aktiviti pembohongan ini.

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa kita sedang berdepan dengan politiking dan politikus paling kotor yang dunia pernah tengok. Tengok bagaimana mereka lakukan pembohongan demi pembohongan, putarbelitan demi putarbelitan dalam isu himpunan haram 09 Julai. Kalau ALLAH pun mereka boleh jual, kalau anak bini pun mereka boleh gadai, Raja pun mereka boleh kelentong, cuba bayangkan apa yang kaum al-kazeeb ini mampu lakukan? Sampai teman ingat Ya'juj & Ma'juj pun tak jadi turun sebab yang dah turun ni lagi teruk daripada Ya'juj & Ma'juj. Mungkin Ya'juj & Ma'juj ingat bos mereka Dajjal Mata Satu dah datang kot.

Apa pun, teman cukup yakin virus pembohongan dan putar-belit ini bukan sahaja akan berterusan, malahan akan menjadi lebih parah. Mereka tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Mereka tahu sokongan rakyat makin berkurangan. Berdasarkan kayu ukur dalam beberapa pilihanraya kecil dan Pilihanraya Negeri Sarawak, mereka tahu mereka pasti hancur dalam PRU 13. Kalau dilihat dari kehadiran penyokong dalam kes liwat Anwar pun mereka tahu yang sokongan untuk mereka sekarang tinggal seciput je. Sebab itu mereka perlu lakukan gerakan pre-emptive dan psy-war yang SPR itu kotor, daftar pengundi itu kotor, pilihanraya itu kotor, dan semua institusi utama kerajaan juga kotor. Dengan cara itu, bila mereka benar-benar hancur tumbang dalam PRU 13 nanti, dengan mudah mereka akan berkompang keseluruh dunia bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 13 nanti adalah tidak sah kerana kononnya pilihanraya kita kotor.

Dan ini semua untuk menghalalkan mereka menjadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir, untuk memberi justifikasi rusuhan haram untuk menjatuhkan kerajaan secara haram, secara politik jalanraya, setelah mereka gagal melakukannya melalui politik pilihanraya.

Kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira apa agama dan kaum, marilah kita bersatu menolak kaum pembohong ini. Mari kita sapu-bersih mereka yang mengamal politik pembohongan dan putar-belit ini. Diatas runtuhnya pembohongan mereka, kita dirikan negara merdeka, bersatulah semua rakyat Malaysia, pertahankan negara daulatkan hak kita.
Persoalan besar yang seluruh rakyat Malaysia perlu tanya ialah: sedang iblis & syaitan dikurung dibulan Ramadhan ini, siapa sebenarnya mereka-mereka ini yang terus melakukan perangai iblis & syaitan ini. Atau adakah mereka sebenarnya iblis & syaitan yang bertopengkan manusia? Tepok dada tanyalah iman masing-masing. Selamat berpuasa, semoga beroleh taqwa. Ameen!

Adios amigis, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
04 Ramadhan 1432
04 Ogos 2011



source : zulkifli noordin



No comments: