Pas Kebajikan: Politik didahulukan, Islam dikemudiankan…
Sungguh luar biasa prinsip dan perjuangan Pas sekarang. Imej Pas telah berubah sepenuhnya. Pas sudah tidak lagi seperti dahulu yang memperjuangkan Islam dan menjadi sebuah parti pembangkang yang sihat. Pas kini bagaikan sudah di”beli” dengan menjual sekali prinsip perjuangan yang suatu masa dahulu cukup saya segani.
Pas kini sudah bertukar baju. Dari memperjuangkan Islam secara konsisten dan memastikan sistem “check and balance” di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Pas kini berubah kepada dasar Islam yang lebih liberal. Pas kini terlalu terbuka hingga sanggup menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal di Malaysia. Semua ini berlaku selepas perginya Allahyarham Ustaz Fadhil Noor…
Masih ingat lagi kisah penggunaan kalimah “Allah” oleh The Herald Tribune yang pernah mencetus kontroversi di negara ini tidak lama dahulu? Ketika itu, puak-puak kuffar laknatullah alaihim memperjuangkan penggunaan kalimah “Allah” di dalam suntingan Bible dan akhbar terbitan mereka. Mereka mencanang ke seluruh negara, kononnya, itu hak mereka…
Ketika itu, seluruh umat dan NGO Islam bangkit menentang penggunaan kalimah “Allah” oleh kuffar laknat itu. Tanyalah Zulkifli Noordin. Ketika itu, meskipun beliau masih bersama PKR, beliau sanggup membelakangkan ketua dan sahabat karibnya, Anwar Ibrahim, untuk mempertahankan kalimah “Allah” di negara ini. Beliau mengambil risiko untuk dimarah oleh Anwar dan sedia bertanggungjawab dengan tindakannya itu.
Ketika itu juga, Pas yang mula dikuasai oleh golongan liberal yang diketuai oleh Khalid Samad mula memperlihatkan “belang”nya. Mereka mengaku Islam, tapi menyokong pula penggunaan kalimah “Allah” oleh kuffar itu. Malah di dalam parlimen, Khalid Samad sanggup bertekak bergaduh dengan seniornya yang juga merupakan bekas imam besar masjid negara, Ustaz Taib Azamuddin dan Ustaz Harun Taib, ketua Dewan Ulama Pas sekarang.
Sayang sungguh Khalid pada Kristian! Kononnya, dia bersikap terbuka, “open minded” kata orang putih, dan dia berbangga dengan sikap “open minded”nya itu…
Kisah perjuangan Khalid Samad dan konco-konconya tidak habis disitu. Muncul pula kisah murtad yang dipelopori oleh Ambiga. Khalid Sama mencelah lagi dan menyokong perempuan yang tidak kenal erti hormat pada agama Islam, sensitiviti beragama dan perlembagaan itu. Kali ini, Zulkifili Noordin tidak dapat menahan sabar dan membangkang usaha tersebut. Hasilnya, dia dihadapkan ke jawatankuasa disiplin atas desakan DAP, dan dipecat dari PKR…
Situasi itu dipanaskan lagi dengan isu Kitab Injil berbahasa Melayu ketika Pilihanraya Negeri Sarawak, baru-baru ini. Bermati-matian Khalid Samad dan Pas menyokong isu itu di Sarawak. Kononnya, Kerajaan BN diskriminasikan agama Kristian. Tujuannya, mereka mahu memenangi hati pengundi di Sarawak yang majoritinya beragama Kristian. Sanggup jual diri kerana gilakan kuasa?
Dalam hal itu, BN telah menjelaskan bahawa kitab itu hanya untuk terbitan di Sarawak dan Sabah sahaja. Itupun tertakluk kepada pemerintahan Kerajaan Negeri memandangkan kedua negeri Boneo itu memiliki kuasa autonomi sendiri. Hasilnya, kitab itu hanya dibenarkan di Sarawak dan Sabah, manakala diharamkan di Semenanjung Malaysia. BN tak tipu rakyat dan tidak hipokrit. BN adil dalam melaksanakan polisinya demi kepentingan rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama ini. Maklumlah..BN kan berpengalaman luas!
Kini, Khalid Samad jadi pejuang Gereja pula. Rasanya, kalau tak silap saya, hampir semua gereja yang berada di Shah Alam sudah dilawati Khalid. Sebab itu namanya sinonim dengan “gereja”. Dalam mempertahankan Gereja, Khalid kini sanggup membelakangkan Islam dan bekas ketuanya, Hasan Ali. Malah di dalam mesyuarat khas PAS berkenaan “perbicaraan” Hasan Ali mengenai isu insiden pemeriksaan JAIS – DUMC, dikhabarkan Khalid mahu Hasan digugurkan dari memegang jawatan Exco Selangor dan dikenakan tindakan disiplin.
Rentetan dari peristiwa di atas, yang menghairankan saya, Pas hanya mengikut rentak Khalid Samad, DAP dan PKR. Pas lupa pada prinsip perjuangannya yang asal. Saya tahu Pas sudah menukar slogan “Negara Islam” kepada “Negara Kebajikan”. Tapi itu tidak bermakna Pas boleh membelakangkan prinsip perjuangan Islam kerana mereka juga beragama Islam!
Janganlah kerana sayangkan kuasa, sayangkan konsesi politik Pakatan Haram dan sayangkan DAP atau PKR, hingga Pas sanggup melacurkan agama Islam. Pas perlu ingat, bukan mereka saja yang beragama Islam. Kami juga muslim dan beriman kepada Allah! Jika Pas terus bersikap begini, maka benarlah slogan yang berbunyi “DAP ganti Pas”! Pas dan DAP sudah sama saja sifatnya sekarang.
Jelas sekali Pas kini sudah terlalu liberal. Liberal Pas membawa mereka ke satu fahaman yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim iaitu pluralisme. Dan pluralisme pula diiktiraf sebagai satu fahaman yang sesat. Mungkin sebab itulah Pas berani menyokong Ambiga yang menyokong IFC, sebuah badan yang memperjuangkan kesamarataan agama. Sedangkan jelas sekali bahawa kedudukan Islam adalah sebagai agama yang terunggul di Malaysia dan tidak boleh disama ratakan dengan agama lain serta tidak boleh dipertikaikan lagi.
Wahai Pas! Berubahlah kembali ke jalan Allah. Bersatulah demi Islam. Matlamat tidak menghalalkan cara dan matlamat Pas untuk berkuasa tidak menghalalkan Pas untuk menjual Islam sebagai prinsip dan pegangan hidupnya. Pas wajib bermuhasabah. Inilah jadinya bila ulama cuba menjadi ahli politik. Kuasa politik didahulukan, Islam dikemudiankan…
source : perak today
No comments:
Post a Comment