DAP Akui Pihak Gereja Silap.
Filed Under ( DAP ) by pisau on 11.8.11
Pisau pernah menulis pertembungan diantara Anglo Saxon ekstremis kristian dan bukan kristian di dalam DAP , apa yang berlaku didalam parti chauvanis ultra kiasu rasis ini sebenarnya lebih kepada pertembungan 2 puak .
DAP dikuasai sepenuhnya oleh golongan ekstremis kristian,manakala pemimpin bukan kristian dipandang sebagai kelas kedua dimata pimpinan atasan parti.
Gerakan kristian ekstremis didalam DAP sudah lama bertapak semenjak tertubuhnya DAP.Namun gerakan ini nampak makin ketara dan lebih vokal selepas PRU12 dan makin agresif ketika kempen di Sibu. Gerakan misionari DAP turut menghasut Kristian Katolik dan DAP turut menghasut Father dan Bishop mazhab Anglican, SIB, Methodist, SDA dan asakan ini berlaku cukup hebat semasa Pilihanraya negeri Sarawak.
Kempen di Sibu telah menyaksikan eletis sidang Injil DAP turut menampilkan dua orang PKR Chua Jui Meng(bekas MCA) dan Tan Kee Wong anak kepada David Tan Chee Khoon(ex Gerakan) bergabung ,dalam kempen mereka mengunakan Al-Kitab sebagai dalil bahawa gerakan mereka ini adalah sebahagian perjuangan suci kristus,kata kata seperti 'hand of god' (tangan tuhan)yang mengerakkan DAP agar memerangi Barisan Nasional dan dalam masa yang sama menyerang pengundi Cina yang menolak tuhan Yesus Kristus.
Apabila timbulnya isu gereja baru baru ini,berlaku lagi pertembungan 2 fraksi didalam DAP,apabila kelompok bukan kristian DAP mengambil peluang untuk menghentam fraksi yang diketuai oleh GuanEng.
Baca Unspinner:
DAP Selangor yang bermesyuarat semalam menjadi panas dan bertelagah apabila kumpulan penganut Buddhist yang diketuai Speaker Dato Teng Chang Kim menyalahkan kumpulan penganut Kristian yang diketuai Theresa. Walaupun pendirian mereka di awam berlainan sekali, rata-rata mesyuarat memperakui kesilapan pihak gereja yang tidak berlesen.Anda boleh lihat bagaimana ekstremis DAP menekan dan mendesak agar Dr Hassan Ali dilucutkan jawatan exco agama.Sebenarnya didalam kerajaan pakatan siapakah lebih berkuasa dalam menjaga akidah umat Islam? Hasan Ali ,Jais atau Ekstremis Kristian DAP?
Keputusan mesyuarat adalah untuk tidak memanjangkan isu ini dan tunngu keputusan Menteri Besar yang dijangka lepas Hari Raya.
DAP masih marah kepada Dato Dr Hassan Ali dan menuntut MB melucutkan jawatan exco.
Difahamkan Anwar tidak mempersetujui. Dia takut kesan lebih teruk kepada Pakatan Rakyat. Untuk melucutkan Hassan Ali, Anwar hanya akan tunggu pilihanraya umum.
Anwar mungkin sedar rata-rata reaksi orang Melayu Islam amat marah sekali kepada MB Selangor kerana gagal mempertahan JAIS dan sebaliknya sedia meminta maaf kepada gereja tanpa melihat laporan JAIS atas tekanan dari Theresa Kok, Dr Xavier dan Elizabeth Wong. -Selanjutnya klik sini
Pisau kata " ultra kiasu rules pakatan"
Read more: http://www.pisau.net/2011/08/dap-akui-pihak-gereja-silap.html#ixzz1UgZEtU8O
No comments:
Post a Comment