NUFFNANG

Thursday 13 June 2013

Strategi Hari Pertama Parlimen – Mesyuarat Pertama

Strategi Hari Pertama Parlimen – Mesyuarat Pertama

Menurut arahan seorang pemimpin kanan PKR (seorang peguam), PR akan mengambil beberapa pendekatan menyerang dalam Sidang Parlimen nanti. Beberapa strategi sedang dikenalpasti, selain daripada agenda boikot yang akan dibincangkan secara lebih teliti.
Plan B
Jika boikot disifatkan tidak membawa kepada mileage politik, ada beberapa syrategi lain yang sedang diteliti. Antaranya adalah mencari punca untuk menggagalkan majlis angkat sumpah (bukan dengan kaedah boikot; tetapi strategi perundangan lain yang ada dalam Dewan Rakyat.
Strategi sama pernah digunapakai pada sidang 2008. Tan Sri Speaker diasak dengan pelbagai point of order yang lemah, khusus untuk menjadikan sidang gamat dan tidak teratur. Beberapa orang MP akan memainkan peranan sebagai top provocateur di dalam sidang nanti. Bukit Katil, Padang Serai dan beberapa lagi MP akan berperanan.
Beberapa strategi yang dikenalpasti:-
- Ganggu proses angkat sumpah. Membawa point of order tertentu yang tidak berkaitan dengan majlis. – Ganggu perlantikan Speaker. – PR akan mencalonkan satu nama untuk bertanding jawatan Speaker. Walaupun sudah tahu kalah, ianya tetap akan dilakukan untuk menganggu sidang. – Antara nama yang dikenalpasti adalah Teo Nie Ching (kononnya membawa agenda wanita) di dalam Parlimen. – Strategi sama akan dilakukan untuk jawatan Timbalan Speaker. – PR lebih yakin kali ini kerana BN akan kekurangan jurucakap yang hebat dan biasa dengan peraturan dewan. – Yang dirisaukan oleh PR hanya Shahrir Samad, Anuar Musa dan Bung Mokhtar. Yang lain disifatkan sebagai mediocre. – Menyerang isu PRU sejak dari minit pertama sidang.
4. Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti  yang  tersebut  di  bawah  ini;
(1) Tiap-tiap  ahli  yang  hendak  mencadangkan
nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak
dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih
jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan
terlebih  dahulu  iaitu  ahli  itu  suka  berkhidmat  jika
ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada
Setiausaha  dengan  bersurat  sekurang-kurangnya
empat  belas  hari  sebelum  mesyuarat.
(2)
Seseorang  ahli  dengan  berucap  kepada
Setiausaha, hendaklah mencadangkan seorang ahli
lain  atau  seorang  lain  yang  hadir  jadi  Tuan  Yang
di-Pertua  dan  hendaklah  dikeluarkan  usul
“Iaitu..
……………………………………………………………………
(sebutkan  nama  ahli  itu)  dipilih  jadi  Tuan  Yang
di-Pertua”
. Cadangan ini hendaklah disokong tetapi
tidak  dibenarkan  dibahas.
(3)
Jika  hanya  seorang  ahli  atau  seorang
lain  sahaja  yang  dicadangkan  dan  disokong  jadi
Tuan  Yang  di-Pertua,  maka  Setiausaha  hendaklah
memasyhurkan ahli atau seorang lain itu telah kena
pilih,  dengan  tidak  dikemukakan  bagi  diputuskan
oleh  mesyuarat.  Jika  lebih  daripada  seorang  ahli
atau seorang lain cadangkan dan disokong jadi Tuan
Yang di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan
pilihan  dengan  undi  bersurat.
(4)
Bagi  maksud  menjalankan  undi  bersurat,
Setiausaha  hendaklah  memberi  kepada  tiap-tiap
orang  ahli  yang  hadir  sekeping  kertas  undi  dan
ahli  ini  bolehlah  menuliskan  pada  kertas  itu  nama
ahli  atau  seorang  lain  yang  hendak  diundinya.
Kertas-kertas  undi  hendaklah  dilipat  supaya  nama
ahli atau seorang lain yang tertulis pada kertas itu
tidak  boleh  nampak  dan  hendaklah  ditandatangan
oleh  ahli  yang  mengundi  itu.
(5)
Kertas-kertas undi hendaklah dipungut oleh
Setiausaha  atau  oleh  siapa-siapa  pegawai  Majlis
yang  diwakilkan  olehnya  dan  hendaklah  dibilang
oleh Setiausaha di Meja Mesyuarat. Keputusan undi
itu  hendaklah  dimasyhurkan  oleh  Setiausaha.

source : gelagat anwar

No comments: