NUFFNANG

Thursday 13 June 2013

Grand Design ‘Pembunuhan’ DAP, Chew Mei Fun Kembali Aktif Berpolitik ?

Grand Design ‘Pembunuhan’ DAP, Chew Mei Fun Kembali Aktif Berpolitik ?

AIDCNews – 13/06/13 – Grand design DAP yang mahu ‘membunuh’ secara besar-besaran aktivis-aktivis MCA dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) barangkali membangkitkan semula semangat penjuangan parti kaum Cina tertua itu.
Chew Mei Fun
Lim Keng dalam akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 8 Jun 2013 menyebarkan berita kepulangan semula bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang sebelum ini pernah meletak jawatan dalam parti itu.
Pada 8 April 2010, Chew meletak jawatan Ketua Wanita MCA dan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat.
Sebelum ini, pada 28 Mac 2010 semasa Pemilihan MCA 2010, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks dilantik sebagai presiden.
Chua berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis dan Chew mengotakan janjinya melepaskan jawatan Ketua Wanita MCA pada 8 April 2010.
Serentak dengan peletakan jawatan itu, Chew juga berkata dia akan melepaskan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat yang disandangnya itu.
Beliau juga mengumumkan akan melepaskan jawatan senator.
Pengajaran Kes Chua Jui Meng
Selepas MCA tewas teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12, ada di kalangan aktivis MCA sudah menganggap parti itu sudah tidak relevan dan menganggap ‘model PKR’ sesuai untuk masa kini.
Ini dibuktikan apabila bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng telah mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR pada 18 Julai 2009.
Beliau turut mengumumkan melepaskan jawatannya sebagi ketua MCA bahagian Bakri, Johor.
Namun, model PKR, parti berbilang kaum tidak seperti tertulis di atas kertas kerana hakikat sebenar parti itu dikawal secara multak oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sokongan Anwar, Jui Meng dilantik sebagai Ketua PKR Johor.
Walaupun berstatus Ketua PKR Johor, namun beliau tidak mempunyai kuasa untuk memilih kawasan parlimen – Gelang Patah yang mahu ditandinginya.
Melibatkan kawasan majoriti pengundi Cina, kuasa sebenar bukan di tangan Anwar, tetapi keputusan mutlak di tangan DAP.
Ekoran pencalonan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah, menyebabkan Jui Mengmerajuk dan menghilangkan diri dan jawatannya terpaksa dipangku oleh Timbalannya, Dr Ahmad Faidhi Saidi.
Tidak cukup dengan itu, Jui Meng turut dituduh sebagai dalang yang mensabotaj DAP di Johor.
lebih memeritkan lagi apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh membangkitkan semula kaitan Jui Meng dengan MCA.
“Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya.
“Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan ‘ibu politiknya’ tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik,” kata Karpal.
Walaupun gagal mendapat Parlimen Gelang Patah dan Bakri, akhirnya, Jui Meng terpaksa menerima simpati politik apabila apabila ditawarkan kerusi bekasan DAP iaitu Parlimen Segamat.
Beliau bertanding menentang calon BN, Datuk Dr. S. Subramaniam di kawasan parlimen yang pola pengundi Cina 45.56% Melayu 44.28% India 9.87% lain-lain 0.29%.
Jui Meng turut mengakui tidak pernah mengunjungi kawasan Segamat sebelum ini, sambil berkata: “Matilah saya kali ini jika orang Melayu beri undi hanya 11 peratus kepada DAP seperti pilihan raya yang lalu”.
Beliau turut mengaku bahawa beliau enggan bertanding pada PRU 13 setelah kecewa tidak dapat bertanding di Gelang Patah yang diberikan kepada Kit Siang.
Justeru jelasnya pilihan raya kali ini akan menjadi yang terakhir baginya, tidak kira beliau menang atau kalah.
Ketika DAP berjaya memenangi 13 kerusi parlimen daripada 14 kerusi yang dipertandingkan di Johor, Jui meng tewas kepada calon BN di Parlimen Segamat dengan majoriti 1,217 undi.
Banyak faktor di sebalik kekalahan Jui Meng itu. Salah satunya adalah sabotaj DAP.

source : AIDC

No comments: