NUFFNANG

Friday, 22 April 2011

Teman Video Sex Anwar Sudah Ditemui / INDIVIDU DALAM VIDEO BANYAK YANG SERUPA DARI BERBEZA... / video seks, Pelaku masih bebas, pembawa bukti akan didakwa / Video Seks :’Sepadan Dengan Anwar Ibrahim’ – Agensi penyiaran Korea Selatan / Ummi bertembung dengan anwar dan wan azizah dalam satu kapalterbang / CHECKMATE! PELAKON ITU ADALAH ANWAR!!! Anwar Memang Anugerah Tuhan

Teman Video Sex Anwar Sudah Ditemui
Menurut Metro, polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video sex dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.
Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China. Wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan yang dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota.
Agensi penyiaran Korea Selatan sahkan identiti sudah sepadan. (baca sini)
Jika wanita terbabit tampil untuk mengakui bahawa dia adalah orang dalam video terbabit, apakah pula alasan yang hendak diberikan oleh Anwar Ibrahim? Apakah akan ada dakwaan bahawa wanita yang dalam video adalah lebih buncit daripada wanita yang ditemui di kolej swasta tersebut?.
Sejak tewas di Sarawak pada 16 April 2011, sehinggalah ke hari ini, Anwar masih lagi pusing dunia untuk mencari helah dan alasan untuk dibawa pulang bagi menipu rakyat. Malanglah bagi orang yang terus ditipu oleh Anwar, mereka seolah membenarkan perkara yang salah menjadi halal. Sedarlah, sampai bila perlu percaya dengan orang yang sering menipu seperti Anwar.

INDIVIDU DALAM VIDEO BANYAK YANG SERUPA DARI BERBEZA...

Rakyat Malaysia kini tertumpu kepada siasatan Polis mengenai kesahihan video seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang. Selain itu, rakyat juga tertunggu-tunggu pengesahan sama ada benar Anwar Ibrahim adalah individu didalam video tersebut.

Walaupun Anwar menafikan dia yang berada didalam video porno tersebut, didapati wajah dan gerak tubuh individu didalam video itu memang menyerupai Anwar. Namun kuasa untuk mengesahkan perkara itu masih lagi berada ditangan pihak Polis.

Dalam sibuk-sibuk rakyat Malaysia berteka teki sama ada betul atau tak individu dalam video itu adalah Anwar, Berita Harian hari ini melaporkan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan telah mengesahkan orang yang melakukan hubungan seks dengan pelacur China didalam video tersebut SEPADAN dengan Anwar Ibrahim.

Keputusan analisis dari agensi itu diperolehi oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Agensi penyiaran tersebut membuat padanan berdasarkan perincian saiz tubuh Anwar yang terdapat dalam rekod pihak Polis. Ini meguatkan lagi dakwaan umum bahawa Anwar benar-benar melakukan perkara terkutuk itu.

Sebelum ini, pihak Polis telah mengesahkan video aksi seks tersebut adalah video asli dan bebas dari sebarang manipulasi. Dan kini, analisis visual dan teknikal video berkenaan juga mendapati ia sepadan dengan Ketua Pembangkang.

Selepas ini, apa lagi alasan yang penyokong pembangkang mahu gunakan untuk menafikan kebenaran yang semakin terserlah. Mereka sendiri yang bersembahyang hajat memohon kebenaran, tetapi apabila kebenaran itu hadir, mereka sendiri pula yang bermati-matian menafikannya.

Dipihak Anwar pula, dia dan keluarganya sendiri langsung tak berusaha mempertahankan diri dari isu video seks ini. Jika mereka berada dipihak yang benar, kenapa Anwar atau Wan Azizah langsung tak mahu menyaman Trio Dato T atau bersumpah laknat menafikan mereka terbabit?

Seperkara lagi, ulamak-ulamak PAS juga banyak yang membisu dan seolah-olah tak mahu membuat kenyataan mengenai isu video seks Anwar. Mereka sepatutnya mendesak Anwar menjelaskan keadaan sebenar ataupun mencari penyelesaian mengikut kaedah Islam.

Sekadar menafikan sambil menunjukkan perut yang kempis, mana cukup untuk menutup mulut dan persepsi yang sedang berlegar dikalagan rakyat Malaysia terutamanya penyokong-penyokong Pakatan. Persoalan mengenai jam Omega pun tak terjawab, takkanlah rakyat nak percaya dengan mitos perut kempis Anwar?
Nampaknya, penyokong dan pengikut Anwar harus bersedia untuk menghadapi realiti yang Anwar akan kembali ke Sungai Buloh. Dan kali ini, dia akan tinggal disitu untuk tempoh yang panjang dan karier politiknya pasti akan berkubur.

source : pilihan anda



video seks, Pelaku masih bebas, pembawa bukti akan didakwa

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam. (http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitapelajarkolejswasta/Article)


Baca seterusnya.


Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.


“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.


“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.


Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.


Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.


Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

source : waadat
                 

Video Seks :’Sepadan Dengan Anwar Ibrahim’ – Agensi penyiaran Korea Selatan

KUALA LUMPUR: Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.
Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.
Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer)
Sumber memberitahu Berita Harian, keputusan analisis dikeluarkan 9 April lalu dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.
Selain itu, polis juga sudah mengenal pasti lokasi rakaman berkenaan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir ibu negara, selain menyiasat wanita warga asing dalam rakaman video itu, di percayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), di sini.
“Polis hanya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti keshahihan sama ada lelaki dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bukan”, katanya semalam.
Katanya, siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, dipercayai milik Anwar yang ditemui dalam bilik video berkenaan dirakam, tetapi setakat ini ia dikesan dibeli di Taiwan pada tahun 2004.
“Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar untuk polis mengenal pasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” katanya.
Mengenai lokasi rakaman, sumber itu berkata, siasatan kini hampir selesai selepas polis menjalankan pemeriksaan di kondominium berkenaan, termasuk soal siasat terhadap 40 individu sebelum menyerahkan keputusan siasatan awal kepada Pejabat Peguam Negara.
Selain itu, polis akan memberikan tumpuan awal penyiasatan terhadap ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim yang dipercayai turut berada dalam rakaman itu.
Mereka mungkin juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayangkan rakaman video lucah.
Pada 23 Mac lalu, mereka bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, membuat pengakuan merekalah ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video berkenaan kepada media.
Polis mungkin akan memanggil Anwar sekali lagi bagi memberi keterangan selepas kali pertama beliau diarahkan berbuat demikian ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 22 Mac lalu.
Perkembangan terbaru mengenai keputusan itu dijangka diumumkan Polis Bukit Aman dalam masa terdekat selepas hasil siasatan kes diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara – Berita Harian, 21 April 2011
Pelaku aksi seks perlu dihukum kerana perbuatan keji
KUALA LUMPUR 20 April – Pelaku dalam rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang, sepatutnya turut dihukum atau diambil tindakan tegas memandangkan dia telah melakukan perbuatan yang keji.
Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan itu perlu terutama jika pemimpin pembangkang yang dikaitkan terbukti merupakan pelaku dalam rakaman video itu kerana perbuatannya tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin.
“Saya bersetuju pihak yang menayangkan video itu patut diambil tindakan, tetapi ingin ditekankan juga kita harus tegas terhadap pelaku atau pelakon dalam video itu. Harus ada komitmen bahawa ia perbuatan yang jijik.
“Sesiapapun yang buat perkara itu apatah lagi melibatkan seorang pemimpin rakyat perlu dihukum sekeras-kerasnya,” katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, hari ini – utusan
source : anwaraidc

ASSALAMMUALAIKUM,APA KHABAR SEMUA, MAAF DAH LAMA TAK MENULIS,SIBUK YG AMAT

Assalammualaikum, apa khabar semua, di harap anda semua berada dalam rahmat dan hidayah dari yg maha esa siapa yg benar siapa yg salah, teruskan doa tanpa henti, saya baru saje habis baca yasin di malam jumaat yg mulia ni, sedekah kan buat rasululah dan keluarga, pada arwah bapa, bonda,keluarga, agama, bangsa dan negara.

Dah lama saya tak menulis, kerana terlalu sibuk yg amat dipanggil berceramah disana sini di seluruh negara terutama membantu bn berkempen di sarawak, tak disangka sambutan penduduk sarawak ke atas saya di luar jangkaan mereka menjerit-jerit memangil nama saya, bertepuk sorak tanpa henti dan menyahut hampir kebanyakan ayat saya dengan semangat juang yg berkobar kobar seolah olah mcm saya pulak calun disitu.

diantara kawasan yg menang di mana saya turut serta membantu seperti di demak laut,masin mulut saya , dimana saya kata inshaalah dr hazlan menang dan bakal Yb, akhirnya diizinkan oleh Allah, begitu juga di sibu, kg nangka,dalam keadaan hujan lebat orang ramai tak berganjak mendengar ceramah saya dan alhamdulilah dr anuar menang disitu.Amin, amin pertolongan allah pada yg benar walau kami di fitnah yg amat dahsyat oleh dajal dajal diakhir zaman.

pengalaman yg tak dapat saya lupakan ketika menyeberangi sungai dengan bot kecil, ditengah malam yg gulita untuk pergi ke kampung pendalaman dimana dibawahnya dikatakan beribu buaya bahkan baru dua bulan membaham seorang imam dan kanak kanak 12 tahun mengikut cerita orang disitu. kecut perut saya mendengarnya, tetapi demi tutuntutan perjuangan menegakkan kebenaran , saya hanya bertawakal pada allah semoga perjalanan kami dilindungi.

Aljurb begitu gigil untuk bertembung dengan saya setelah pengalaman perit dia di kerdau dahulu, dimana mana kawasan yg sepatutnya kami bertembung sijuburin memendekkan ceramah hanya 15 minit sebelum bergegas pulang.Siputar alam mcm tu lah dah nak masuk kubur pun masih nak buat kerja terkutuk dan menghuru harakan negara, dia peduli apa,kot mana pun dia anak beranak tetap kaya raya , kalau tak mana datang duit hidup dimahligai yg berjuta ringgit dengan segala perabut mewah di banglo disegambut tu,kata konon bila berhenti hanya proton cabuk, tapi poorah, cakap mcm lidah biawak .

Namun tanpa diduga saya satu kapalterbang dengan dia serta isteri munafik dia tu , dah 12 tahun tak bertembung muka , akhirnya didepan mata, tapi sisepat kering tunduk setunduk tunduknya, mungkin malu dek isu video seks laki dajalnya dengan pelacur tapi saya sempat menghemburkan satu perkataan yg tepat dengan sidajal lalu dia tunduk saje takut dimaki seterusnya.

Apa pun penyokong tegarnya nak kutuk saya, saya tak peduli, yg penting saya tau saya dipihak yg benar lagi benar.

Dato najib, saiful dan saya dah pun bersumpah laknat didepan ribuan manusia menafikan semua fitnah dajal yg melampau, tapi mereka terus memfitnah, maka tak kan saya ampunkan perbuatan mereka itu didunia dan diakhirat, biarlah mereka terima hukum karma dari allah.Kenapa si dajal sampai hari ni takut sangat nak bersumpah laknat, sedangkan ketika rasululah difitnah oleh kaum nasrani, beliau juga telah masuk kedalam masjid dan memegang mushraf yakni alquran sambil melafazkan waulahi, wabilahi, wataulahi, so kenapa pulak nak dikeji dan dipertikaikan sumpah kami.Lu pikir lah sendiri, kalau hati dah hitam kerana dek dosa dan hati serta lidah yg jahat, maka sudah pasti tidak diberi hidayah oleh Allah swt.

Apa pun buat penyokong setia saya terimakasih yg tidak terhingga di atas nasihat, sokongan, serta doa.Alhamdulilah, moga allah terus melindungi bumi bertuah ini dari dajal diakhir zaman dan pengkhianat negara seperti an war aljurb.

Temui anda di lain lembaran.

No comments: