Kami tidak takut didakwa’
KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.
Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.
Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.
“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.
“Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.
Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.
“Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.
Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.
source : utusan
OMEGA SEKS! ANWAR KE LUAR NEGARA UNTUK PEMBEDAHAN KOSMETIK?
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sepandai-pandai Anwar berkonspirasi, akhirnya terkantoi juga.
Tindakan Anwar mengelakkan pertanyaan wartawan tentang komennya berkenaan pendedahan panas oleh Raja Petra Kamaruddin bahawa dalang konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor mungkin sekali membuktikan dialah sebenarnya yang menyebarkan dakyah tidak berasas tersebut demi untuk memburukkan keperibadian Datuk Seri Najib.
Anwar memberi alasan akan menjawab persoalan itu sejurus selepas keputusan pilihan raya Negeri Sarawak tetapi sehingga sekarang pun kelibat batang hidungnya pun tidak kelihatan. Apakah ertinya semua ini?
Pihak polis pula telah mendedahkan mereka mungkin akan meneruskan pendakwaan terhadap orang yang mendedahkan video seks itu kepada sekumpulan wartawan. Di manakah keadilannya sedangkan Parti Keadilan Rakyat mementingkan keadilan?????
Amatlah tidak adil sekiranya trio Datuk "T" yang telah mendedahkan video seks di mana pelakunya 100% mirip ketua pembangkang tetapi pelaku seks lucah itu dibebaskan begitu sahaja untuk bermaharajalela dan mungkin boleh melanggani lagi pelacur lain pula.
Mungkin juga tindakan mengejut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba-tiba bergegas meninggalkan Sarawak walaupun keesokkannya adalah hari penentuan samada Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak atau tidak berkaitan dengan pemergiannya ke 111, Harley Street.
Untuk pengetahuan para pembaca, di alamat tersebut terletaknya sebuah klinik ekslusif hanya untuk orang kaya-kaya macam Anwar Ibrahim membuat pembedahan kosmetik. Apakah ini bermakna Anwar Ibrahim ingin membuat 'lipo suction' untuk membuang lemak-lemak tepu di perutnya yang boroi bagi menjelaskan kepada pengikutnya itu bahawa dia sebenarnya mempunyai '6 packs' di perut?
Tetapi sebab Anwar ni suka sangat berkonspirasi, mungkin juga dia mengupah doktor di sana supaya mengubah mukanya menjadi muka orang lain supaya tidak dikenali ramai dan senang untuk dia melarikan diri dari Malaysia daripada menghadapi tuduhan liwat 2 dan juga tuduhan melanggani pelacur kelas atasan yang berharga RM2,000 semalam.
Mohd Zahid Md Arip, ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata pihak berkuasa tidak harus pilih kasih dalam kes video seks ini. Pendakwaan ke atas 'pelakon' lucah itu juga perlu dibuat kerana hubungan seks di antara individu di dalam video itu dengan pelacur upahan itu memang berlaku. Apakah ini bermakna pihak polis pun memihak kepada Anwar Ibrahim?
Sementara itu, tindakan trio itu yang terdiri dari bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim menyatakan mereka tidak takut didakwa malah sanggup melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan rakaman video seks itu adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut.
Pepatah Melayu ada mengatakan: Berani kerana benar, takut kerana salah. Tingkah-laku yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memang diragui kerana beliau bukan sahaja tidak mahu bermubahalah, malah dengan duitnya yang banyak berbondong-bondong sehingga dapat menjalani pembedahan kosmetik di London, tidak sanggup bersumpah tidak meliwat atau tidak melanggani pelacur kelas atasan di hadapan Kaabah!!
Oleh : Harun Hisham - Malaysia-Instinct

No comments:
Post a Comment