NUFFNANG

Tuesday 26 April 2011

Anwar is ‘Male Y’, says prosecutor / SAH ANWAR ADALAH LELAKI Y! / Anwar Lelaki Y / Lelaki Y Anwar / Lelaki Y Sah Adalah Anwar Ibrahim / Pendakwa namakan Anwar sebagai 'Lelaki Y' / Klip Video Anwar, Aku Nak Share Dengan Korang Semua. /

Anwar is ‘Male Y’, says prosecutor

UPDATED @ 07:44:21 PM 25-04-2011
April 25, 2011
Anwar had refused to provide a DNA sample. — file pic
KUALA LUMPUR, April 25 — The “Male Y” DNA profile found in samples from Mohd Saiful Bukhari Azlan’s anus belongs to Datuk Seri Anwar Ibrahim, the High Court here heard today.
Lead prosecutor Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden said the DNA samples taken from three items in a cell where Anwar spent the night in on July 16, 2008 matched with the “Male Y” DNA profile.
“It confirms the unknown contributor Male Y is Datuk Seri Anwar. This shows there is a prima facie case,” he said in his submissions on whether Anwar should be called to enter his defence in the Sodomy II trial
Yusof also said Anwar was the sole detainee in the lockup at the time when the items — a “good morning” towel, toothbrush and mineral water bottle — were retrieved.
Chemist Dr Nor Aidora Saedon and Supt Amidon Anan were called earlier this month to identify the items to be marked as exhibits.
Government scientist Dr Seah Lay Hong testified last month that she had found two unknown male DNA profiles from samples retrieved from around Saiful’s anus, one of which she had earlier called “Male Y”.
Anwar had refused to provide DNA samples in his first sodomy trial in 1998 for fear they could be manipulated.
Former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim also claimed last January that DNA evidence was fabricated in Anwar’s first sodomy trial.
The DNA Identification Act 2008 was passed to compel suspects to provide DNA samples, despite protests from Pakatan Rakyat (PR) lawmakers.
In fending off the defence’s attacks on Saiful’s credibility as a material witness in the trial, Yusof said today the former Anwar aide was a “sincere, firm, steadfast and credible” witness.
He said that Saiful’s testimony provided a complete chronology of events during the afternoon of June 26, 2008.
Anwar’s lawyers had argued that Saiful’s failure to escape from the scene suggested he was lying about the act being non-consensual or having taken place.
“The failure of Saiful to run away from location of sodomy did not mean offence did not take place.
“His evidence has proven charge against accused.
“Saiful went there for a purpose which was not disputed by defence,” said Yusof in reference to Saiful’s testimony that he went there to pass some documents to Anwar.
He said the signs were apparent that Saiful was a victim of a sexual crime, especially since he was given “preferential treatment” by Anwar.
“It is safe for court to act on evidence alone. The complainant has ‘no axe to grind’ with the accused,” said Yusof.
He also said that based on the testimony given by Saiful, the use of the KY Jelly lubricant during the alleged sodomy was “vividly narrated.”
Yusof stressed the lack of injuries to Saiful’s anus was consistent with of the use of lubricant and because no “undue force” had been applied by Anwar.
The trial will resumes tomorrow morning with Yusof continuing his submissions.
Anwar, the 63-year-old PKR de facto leader, is currently facing sodomy charges for the second time in his life.
He has denied the charge, describing it as “evil, frivolous lies by those in power” when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years’ jail and whipping upon conviction.
The trial began 18 months after Anwar was charged in court in August 2008.
He was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences.
He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife.
He led the loose pact of PKR, DAP and PAS to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008.


VIDEO SEKS ANWAR DI LUAR TABI'IE! SAH ANWAR ADALAH LELAKI Y!



Apa lagi Anwar? Aku nak tengok apa lagi sang penjilat kunyit Anwar nak spin! Ptuiihhh!

KUALA LUMPUR, 25 April – Pihak pendakwa dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pemimpin pembangkang itu.

Dalam hujahnya pada akhir kes pendakwaan, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia Nor Aidora Saedon terhadap sampel DNA yang diambil dari bilik lokap yang digunakan oleh Anwar dan oleh Dr Seah Lay Hong terhadap sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.

“DNA itu sepadan dengan kajian profil yang dibuat terhadap semua sampel oleh dua ahli kimia berkenaan dan ia selari dengan keterangan yang diberi oleh Mohd Saiful,” kata Mohamed Yusof.

source : House PK

Anwar Lelaki Y



ANWAR Ibrahim hadir di mahkamah bagi mendengar penggulungan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.


Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.

Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.

''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.

Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.

Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.

Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.

''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.

Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

source : utusan



Lelaki Y Anwar

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bharian.com.my
2011/04/26

Profil DNA sperma diperoleh daripada badan Saiful sepadan sampel dari lokap 

KUALA LUMPUR: Persoalan berhubung identiti Lelaki Y yang air maninya ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, terjawab semalam apabila Mahkamah Tinggi diberitahu ia adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya, berkata profil DNA air mani Lelaki Y itu berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada berus gigi putih, tuala kecil Good Morning dan botol plastik air mineral Cactus yang diambil daripada lokap tempat Anwar ditahan semalaman pada malam 16 Julai 2008.
Beliau berkata, apabila Anwar dibebaskan keesokannya, dia adalah tahanan terakhir ditahan di lokap Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK) dan disahkan satu-satunya individu yang ditahan di situ sebelum tiga barangan itu diambil oleh pasukan forensik. 

Katanya, saintis forensik yang juga Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Dr Seah Lay Hong dalam keterangannya mengesahkan kesan air mani mengandungi sperma diambil melalui tiga calitan daripada dubur luar dan dalam Mohd Saiful, berasal daripada sumber sama. 

Beliau berkata, Ketua Unit Paterniti DNA Divisyen Forensik JKM, Nor Aidora Saedon yang diminta menjalankan ujian perbandingan kemudian mengesahkan profil DNA diperolehnya melalui tiga barangan itu berpadanan dengan profil DNA Lelaki Y. 

“Sehubungan itu, jelas bahawa pihak pendakwaan tanpa ragu-ragu lagi berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh untuk dipanggil membela diri,” katanya ketika mengemukakan hujah kes pendakwaan semalam. 
Mohd Yusof juga berkata, keterangan tiga pakar HKL, iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan, bahawa berdasarkan kepada sejarah Mohd Saiful dan calitan diambil daripada duburnya menunjukkan kemasukan zakar berlaku seperti yang diceritakannya. 

Beliau berkata, keterangan Sheue Feng menunjukkan calitan yang diambil daripada bahagian dubur itu mengandungi kesan air mani, yang bermakna organ lelaki bertemu dengan bahagian dubur, sekali gus menunjukkan berlaku kemasukan apabila meninggalkan sperma di bahagian itu. 

”Daripada keseluruhan bukti dikemukakan setakat ini, adalah penting bahawa pihak pendakwaan sudah mengemukakan bukti mencukupi bagi menunjukkan ada kemasukan dalam dubur Mohd Saiful. Ini cukup untuk membolehkan tertuduh dipanggil membela diri dan jika memilih untuk mendiamkan diri, maka di perlu disabitkan kesalahan,” katanya. 

Mengenai kegagalan Mohd Saiful memberitahu pemilik kondominium berhubung kejadian itu, membuat laporan polis pada hari sama atau melarikan diri ketika tertuduh ingin mengambil kesempatan terhadapnya, mahkamah diberitahu, ia tidak bermakna kejadian liwat tidak berlaku. 

Beliau berkata, ada lebih penjelasan daripada kegagalan itu, antaranya akibat rasa takut sehingga tidak boleh menolak kerana tertuduh adalah majikan dan seorang yang dikagumi serta layanan istimewa yang diterimanya. 

”Mohd Saiful dalam keterangannya ada menemui beberapa individu, antaranya bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor, bapa saudaranya, Tuah Mohd Alip dan kenalan keluarga Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar tetapi dinasihatkan tidak membuat laporan polis dan perlu diingatkan beberapa individu di unit kondominium bersebelahan ketika kejadian adalah rakan tertuduh. 

”Berdasarkan kepada fakta dan situasi itu, kegagalan mangsa melarikan diri atau mengadu mengenai kejadian perlu difahami dan ia tidak menjejaskan kredibiliti sehingga menyebabkan keterangan beliau tidak boleh diterima,” katanya. 

Mohd Yusof juga menegaskan keterangan melalui rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan imej jelas mangsa dan kehadirannya di kondominium ketika kejadian liwat didakwa berlaku mengukuhkan lagi keterangan beliau. 

Katanya, selain berpeluang melakukan kesalahan liwat itu, rentetan kejadian mendedahkan ‘mens rea’ (elemen jenayah) tertuduh apabila meminta mangsa membincangkan hal kerja di kondominium sedangkan ia boleh dilakukan di pejabat. 

Beliau berkata, Mohd Saiful juga diminta membawa pelincir ‘KY’ ke kondominium itu walaupun tiada alasan baginya berbuat demikian kerana mesyuarat hanya membincangkan jadual kerja. 

”Adalah penting diingatkan bahawa keterangan Mohd Saiful memberikan cerita lengkap bermula daripada pertemuan pertama dengan tertuduh kepada pekerjaannya sebagai pembantu peribadi sehingga kejadian diliwat pada 26 Jun 2008. Keterangan Mohd Saiful bahawa persetubuhan di luar tabii itu berlaku atas permaidani atas lantai di bilik tidur utama beralaskan tuala menggunakan pelincir jenama KY, juga tidak disangkal sama sekali oleh peguam tertuduh,” katanya.

source : bharian

Lelaki Y Sah Adalah Anwar Ibrahim

25 April 2011, Sah, lelaki 'Y' adalah Anwar Ibrahim. Ia berdasarkan profil DNA daripada tiga bahan bukti yang mengandungi DNA Anwar sepadan dengan air mani ditemui pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.









Misteri siapa lelaki Y terungkai di akhir kes pendakwaan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu siang tadi.Dalam keterangan saksi pendakwaan sebelum ini, tiga objek, tuala good morning, botol air mineral dan berus gigi dianalisis untuk sampel DNA.


Manakala calitan diambil dubur pengadu, mempunyai kesan air mani . Peguam Cara Negara Dua, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin dalam hujahnya berkata, hasil ujian kimia kedua-duanya sepadan dengan DNA tertuduh. Apa lagi helah Anwar Ibrahim selepas ini? Membuat penafian lagi?

source : angin perubahan

Pendakwa namakan Anwar sebagai 'Lelaki Y'
Hafiz Yatim
Apr 25, 11
4:30pm
Kongsi 292
Pendakwa dalam perbicaraan liwat II - buat pertama kalinya - bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Lelaki Y' - pemilik DNA yang tidak dikenali sebelum ini, yang ditemui dalam dubur pengadu.


Peguamcara 11 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Anwar ialah satu-satunya orang yang ditahan dalam sel lokap pada 16 Julai 2008.


azlanDNA itu ditemui pada tiga barangan di situ yang didapati sepadan dengan DNA yang ditemui di kawasan rektum rendah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Sumber DNA tersebut sehingga ini dinamakan sebagai 'Lelaki Y'.


"Ini mengesahkan bahawa "Lelaki Y" itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie," katanya sambil menambah bahawa kes tersebut telah 'melampaui keraguan yang munasabah'.


Beliau seterusnya berhujah bahawa dua laporan ahli kimia bebas menunjukkan berlaku penetrasi. [Baca berita penuh]


Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam hujahnya, Yusof berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia Nor Aidora Saedon terhadap sampel DNA yang diambil dari bilik lokap yang digunakan oleh Anwar dan oleh Dr Seah Lay Hong terhadap sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.


"DNA itu sepadan dengan kajian profil yang dibuat terhadap semua sampel oleh dua ahli kimia berkenaan dan ia selari dengan keterangan yang diberi oleh Mohd Saiful," kata Yusof.


Beliau berkata Dr Seah mengesahkan bahawa air mani yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful berasal daripada satu sumber sahaja, yang pada awalnya dirujuk sebagai "lelaki Y". 


Katanya profil DNA (lelaki Y) itu kemudiannya didapati sepadan dengan profil DNA yang diperoleh dari tiga barang bukti (tuala good morning, botol air mineral dan berus gigi) dan berasal daripada benda yang sama serta daripada sumber yang sama.


Mohamed Yusof berkata berdasarkan padanan yang serupa itu, pihak pendakwa telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa wujud kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu beliau perlu membela diri.


Mengenai isu kelewatan Mohd Saiful membuat laporan polis, beliau berkata seperti yang diketahui, Anwar dan Mohd Saiful mempunyai hubungan majikan-pekerja, dan mangsa juga menjadikan Anwar sebagai idolanya sejak kecil lagi.


"Mohd Saiful diberi layanan istimewa dengan diperuntukkan sebuah bilik di pejabat baru Anwar, berbanding rakan sekerjanya yang lebih senior," kata Yusof.


Bagaimanapun, perkara itu tidak menjejaskan kredibiliti Mohd Saiful dalam memberi keterangan tentang kejadian yang berlaku di unit kondominium berkenaan pada 26 Jun 2008.


Beliau berkata, sebelum itu, mereka telah berjumpa di pejabat Ibrahim Yaacob (ketua staf Anwar) pada kira-kira pukul 10.30 pagi pada hari berkenaan dan pada tengah harinya, Mohd Saiful diminta menghantar satu sampul surat kepada Anwar di Kondominium Damansara pada kira-kira pukul 1.45 tengah hari.


Mohamed Yusof berkata semasa perbicaraan tertutup, Mohd Saiful menerangkan secara terperinci bagaimana aksi itu berlaku dan Anwarlah yang memintanya membawa bersama jeli KY.


"Itulah sebabnya tidak berlaku kecederaan pada bahagian dubur Mohd Saiful, tidak kiralah sama ada aksi seks itu berlaku dengan keizinan atau tanpa keizinan," kata Yusof. 


Beliau berkata semua itu terkandung dalam laporan proforma (sejarah perubatan) yang dicatat oleh Dr Ruzain Rahimi, di mana mangsa (Mohd Saiful) memberitahu doktor berkenaan bahawa bahan pelincir telah digunakan, dadanya diramas dan berlaku penetrasi serta ejakulasi.


Mengenai isu tiga orang doktor yang pada mulanya membuat kesimpulan tidak berlaku penetrasi, Yusof berkata ia hanyalah berdasarkan pemeriksaan klinikal, walaupun mereka telah mendapat laporan daripada ahli kimia Dr Seah dua hari sebelumnya.


Beliau berkata, ketika itu, tiga doktor berkenaan tidak mengetahui tentang tempat palitan berkenaan diambil, sehinggalah mereka ditunjukkan laporan oleh ahli kimia semasa pemeriksaan utama.


Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

source : malaysiakini



Klip Video Anwar, Aku Nak Share Dengan Korang Semua.


Aku tak tau sapa yang buat klip video ni, kepada orang buat tu terima kasih aku ucapkan, dalam klip video ni, di tunjukan macam mana anwar berpusing-pusing mencarai jawapan untuk mengelakan diri dia dari bersumpah muhabalah.


Dalam klip video ni juga, ada ulasan dari ustaz asri mengenai sumpah muhabalah dan hukum hudud yang kerap di mainkan oleh pas, aku tak pasti la korang dah tengok ke belum video ni, tapi bagus untuk kita tengok macam mana gelabahnya anwar bila orang suruh dia bersumpah kalau betul dia tak liwat saiful.



No comments: