NUFFNANG

Friday, 8 April 2011

Kalau mereka semua tengok, saya percaya mereka akan keluar menangis… / Saya pun faham dan sangat bersimpati dengan Wan Azizah… / Misteri jam Omega Anwar…Wan Azizah kata ada padanya tapi tak mau tunjuk dalam sidang akhbar / PANAS ! Kenyataan Bloggers Tentang Video 18SX Anwar Ibrahim Di dalam Utusan Malaysia!!

Kalau mereka semua tengok, saya percaya mereka akan keluar menangis…
Sebelum mesyuarat Kabinet putuskan sama ada perlu atau tidak tubuh Suruhanjaya Diraja siasatan video seks babitkan seorang lelaki menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim, elok juga cadangan ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin diambil kira.

Bekas pemimpin PKR itu mahu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara membenarkan video itu ditayangkan kepada semua pemimpin utama pembangkang terlebih dahulu.
“Jika mereka tengok dan percaya lelaki dalam video yang buat seks adalah Anwar, tak perlulah kerajaan tubuh suruhanjaya itu. Kalau mereka tak percaya, bolehlah ( ditubuhkan),” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, petang Khamis.
Hadir sama ahli parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim.
Menurut Zulkifli, biarkan pemimpin utama pembangkang tegok, fokus dan analisis sendiri bagi mengenalpasti siapa lelaki itu yang Anwar sudah nafikan bahawa bukannya beliau.

Secara seloroh beliau berkata,” Kalau mereka semua tengok, saya percaya mereka akan keluar menangis,”.

Bagaimanpun, Zulkifli yang mengaku sudah menonton video yang disiarkan YouTube dan internet, mahu semua pihak serah kepada polis meneruskan siasatan mengenalpasti lelaki dalam video itu.
Dalam pada itu, beliau tidak menyalahkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail memertahankan Anwar dengan menafikan lelaki dalam video itu suaminya.
“Wan Azizah pilih kesetiaan daripada kebenaran. Itu hak dia sebagai isteri. Tetapi sebagai presiden parti, beliau bertanggungjawab pada pemimpin dan penyokong parti yang mempercayainya,” ujarnya.
Katanya, Wan Azizah sepatutnya berterus terang mengenai jam tangan Omega milik Anwar yang didakwa ada padanya.
“Dulu masa kes liwat satu dan liwat dua, mungkin beliau tak tengok dengan mata sendiri dan dia tak tahu. Kali ini dia dah tengok video dan tahu jam itu ada padanya atau tidak,” katanya.
Beliau sekali lagi mencabar Azizah supaya memujuk Anwar menyerahkan sampel darah untuk ujian DNA dan tunjuk jam yang beliau dakwa ada dalam simpanan.
Katanya, ini peluang mereka membersihkan nama keluarga dan jalan pintas Anwar ke Putrajaya.
Zulkifli turut menyelar Wan Azizah yang memanggil sidang media tetapi melenting apabila wartawan memintanhya menunjukkan jam tersebut.
Zahrain pula menjelaskan bahawa Anwar masih menggunakan taktik lama dengan membawa masalah peribadinya kepada mahkamah rakyat.
“Beliau suka gunakan rakyat untuk bela nasibnya...dulu kes liwat, sekarang kes video seks. Bagi saya, rakyat sekarang nak tahu apa yang sebenarnya.,” katanya.
Tambahnya,” kita tak mahu apa yang Anwar dan Wan Azizah kata. Sebab itu perlu polis teruskan siasatan dan jika perlu tubuhlah Suruhanjaya Diraja,”. -7/4/2011 
source : agendaily

Saya pun faham dan sangat bersimpati dengan Wan Azizah…



Tengok sampai habis dulu. Jangan setakat tengok sekali imbas seminit lebih laungkan keyakinan.
Begitu komen Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang lelaki dalam video seks yang sedang hangat diperkatakan, bukan suaminya.
“Jangan setakat dia tengok video yang seminit lebih itu dengan sekali imbas, dia sudah katakan itu bukan suaminya. Dia kena bersikap terbuka. Biarlah proses siasatan berjalan dulu, barulah kita tahu kebenarannya,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen, Selasa.
Beliau berkata demikian setelah menyerahkan dua surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Ibrahim berkata, buat masa ini tiada siapa dapat menentukan kebenarannya,kecuali Suruhanjaya Diraja yang dicadangkan oleh pelbagai pihak, yang boleh berbuat demikian.
Ditanya apakah kenyataan beliau bermaksud pengakuan Wan Azizah sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar, Ibrahim bersetuju.
“Memang betullah. Kenyataan Wan Azizah awal sangat. Tapi kita pun fahamlah. Ia antara kebenaran dan suaminya.
“Saya pun faham dan saya sangat bersimpati dengan Wan Azizah, tapi kita kena bersikap terbuka. Yang bersalah tetap bersalah dan jika orang itu tidak bersalah, kebenaran akan muncul.
“Kalau terbukti orang itu memang teraniaya, dia akan menjadi seorang yang hebat. Kemenangan itulah perjuangannya,” kata Ibrahim lagi.
Ibrahim berkata, beliau juga bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin bahawa perkara yang pahit memang sukar nak diterima.
Diminta mengulas sikap pembangkang yang tidak bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja, Ibrahim secara berjenaka berkata beliau akan cadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu suruhanjaya keupayaan yang menetapkan supaya hanya isu yang menguntungkan pembangkang sahaja boleh dibawa ke suruhanjaya.
Ibrahim berkata surat pertama yang diserahkan kepada Nazri ialah nota desakan Perkasa supaya penubuhan Suruhanjaya DiRaja mengenai video seks yang didedahkan oleh Datuk Trio disegerakan.
“Ia sudah menjadi isu nasional dan semakin rumit. Rakyat perlu mengetahui keadaan sebenar,” katanya.
Surat kedua bersabit kematian penolong pengarah kastam, Ahmad Sarbani Ahmad yang ditemui mati di ibupejabat SPRM di Kuala Lumpur.
“Perkasa mengambil berat perkara ini dan mencadangkan supaya sebuah suruhanjaya atau inkues diadakan.
“Kami telah membuat penyiasatan awal dan mendapati kehadiran penolong pengarah kastam itu pada hari kejadian adalah atas dasar sukarela untuk menukar pengakuan. Dia tidak dipanggil oleh SPRM tetapi datang secara sukarela.
“Saya difahamkan mana-mana agensi bertanggungjawab ke atas keselamatan orang yang disoal jika berlaku apa-apa kejadian semasa dia dalam tahanan.
“Tetapi jika sesuatu berlaku di luar masa tahanan, ia bukan di bawah tanggungjawab agensi berkenaan. Bagaimanapun suruhanjaya atau inkues perlu diadakan untuk membersihkan nama SPRM sebelum bermacam-macam tuduhan yang tidak baik dilemparkan ke atas mereka.
Sementara itu, Nazri berkata cadangan penubuhan Suruhanjaya DiRaja mengenai video seks akan dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat ini.
Bagaimanapun berhubung kes kematian penolong pengarah kastam itu, beliau berkata, adalah lebih baik punca kematian itu disiasat oleh polis terlebih dahulu. – 7/04/11.
source : agendadaily


Misteri jam Omega Anwar…Wan Azizah kata ada padanya tapi tak mau tunjuk dalam sidang akhbar
Datuk Seri Wan Azizah Ismail adakan sidang akhbar di rumanya di Segambut Dalam di Kuala Lumpur pagi ini.

Biasanya sidang akhbar di adakan di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya.

Mungkin agaknya beliau nak asingkan soal peribadi dakwaan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks dengan pelacur China yang didedahkan oleh Datuk T dengan parti.

Lebih 50 wartawan dan jurugambar dalam dan luar negara hadir.Hadir sama ketua peguam kes liwat Anwar,Karpal Singh,Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,Nurul Izzah dan anak-anaknya yang lain.
Sidang akhbar ini adakan berikutan penyebaran klip ringkas selama 1.47 minit di youtube petang Isnin.

Azizah berkata beliau dan keluarganya sudah melihat klip berkenaan.

Dakwa Presiden PKR itu lelaki dalam video itu bukan Anwar kerana susuk badannya berbeza.

Juga dakwannya ia bukti jelas SETAKAT INI Anwar tak salah.

Azizah seperti selalunya dakwa ini semua plot UMNO.

Apa yang agak menarik ialah isteri Anwar itu nampak kurang senang bila wartawan Agendadaily tanya beliau mengenai jam Omega yang didakwa oleh Datuk Sharzly Eskay Abdullah,salah seorang anggota Datuk T ada padanya setelah diambil balik dari pelacur China yang didakwa cuba curi.

Anwar didakwa menanggalkan jam berkenaan semasa adegan seksnya.Mereka yang sudah menonton video itu dakwa nampak pelacur itu sedang ambil jam berkenaan masa Anwar masuk ke tandas selepas adegan seks.

Eskay dakwa semasa mencari balik jam berkenaan atas permintaan Anwar yang sudah balik rumah,beliau temui wire dan alat perakam video dalam laci dalam bilik berkenaan.

Menurut Eskay jam Omega itu sudah diserahkan pada pihak polis.
Ikut ceritanya ujian DNA boleh dilakukan pada jam berkenaan berdasarkan liputan peluh dan daki bagi menentukan Anwar pemilik jam berkenaan.
Ada khabar yang kata terdapat lambang kerajaan Arab Saudi pada jam berkenaan –ia dikatakan hadiah dari seseorang dari negara itu untuk Anwar.

Menjawab soalan berkenaan Wan Azizah kata jam itu ada padanya.
Tetapi apabila seorang wartawan sebuah akhbar Cina kemudian memintanya menunjukkan jam berkenaan, Azizah kelihatan kurang senang dan mengeluarkan ayat, “Mengapa saya mesti tunjukkan kepada awak?”.Anaknya, Nurul Izzah kemudian mencelah, “Adakah awak seorang pendakwa?”
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim turut membebel mengalihkan perhatian mengenai soal jam tangan berkenaan dengan mencelah dan mempersoalkan mengapa wartawan bertanya soalan sedemikian.
“Soalan anda menunjukkan anda tidak menghargai keadilan. Hakikatnya saya berada di sini ialah untuk melihat sama ada media-media ini bertanyakan soalan demi kepentingan negara atau cuba memainkan isu ini,” katanya.

Sidang akhbar selama kira-kira setengah jam ditamatkan sejurus itu atas alasan Nurul Izzah nak ke Parlimen.

Eskay juga mendakwa beliau masih ada simpan SMS Anwar dalam telefon bimbitnya minta beliau jaga jam berkenaan dulu setelah jumpa balik di bilik itu.

Sementara itu ditanya mengenai cadangan Karpal Singh supaya video itu ditayang di Parlimen,Wan Azizah enggan jawab.

Karpal Singh mencelah kata beliau mahu ia jadi exhibit dan dimasukan dalam hansrad Parlimen.

Namun Nurul Izzah mencelah kata ia tidak relavan lagi kerana klip video sudah masuk ke youtube.
Pada peringkat awal sidang media yang bermula kira-kira 10.30 pagi, Azizah membacakan kenyataan akhbar dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Para wartawan sudah berkumpul di situ sejak 9.30 pagi dan dikehendaki mendaftar serta menunjukkan pas media sebelum dibenarkan masuk.
Dalam kenyataan itu, Azizah berkata beliau sekeluarga telah menonton sebahagian video yang dipaparkan dalam youtube dan mereka yakin pelakon dalam video itu bukan Anwar.
Azizah berkata susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar.
“Siapa yang lebih mengenalinya jika bukan keluarganya. Sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.
“Oleh itu kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional,” katanya.
Ditanya apakah yang membuat beliau mengubah fikiran menonton video di YouTube itu sedangkan pernah mengumumkan tidak mahu menontonnya, Wan Azizah berkata keputusan itu dibuat setelah dia diberitahu video itu tidak menunjukkan adegan lucah.
“Saya doktor dan sudah biasa tengok mayat dalam keadaan bogel. Saya memang nak tengok sebab mereka kata mana nak tahu kalau saya tak tengok sendiri. No. Anwar dalam penjara, apa lagi dia buat. Dia exercise. It’s not him.”
Azizah menganggap penyebaran video berkenaan ada kena mengena dengan Pilihanraya Negeri Sarawak kerana kelantangan Anwar mengutuk Tan Sri Taib Mahmud selain pihak pendakwa sudah merasakan kes liwat semakin tidak memihak kepada mereka.
Azizah seterusnya mengatakan penyebaran video berkenaan tidak menggoyahkan Pakatan Rakyat, sebaliknya semakin membangkitkan semangat mereka.

Sementara itu Anwar masih berada di Sarawak ketika sidang media diadakan.

Mengikut twitternya pagi Selasa: Sibu-singgah sebentar di Miri jumpa jentera.Ke Lawas-jelajah jauh kependalaman Sarawak.

Untuk rekod agak jarang Anwar terus menerus berada untuk sesuatu kempen pilihanraya begitu lama.Biasanya beliau pergi dan balik.

Anwar juga dikatakan telah membatalkan kehadiran ke beberapa majlis di semenanjnung yang beliau sudah setuju sebelumnya.
source : agendadaily


PANAS ! Kenyataan Bloggers Tentang Video 18SX Anwar Ibrahim Di dalam Utusan Malaysia!!



ISU video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang semakin panas.

Selepas pendedahan oleh trio Datuk T baru-baru ini, Isnin lepas klip video tersebut dimuat naik di YouTube dan ditonton oleh ribuan pelayar di seluruh dunia, termasuk menerusi puluhan blog yang membuat pautan ke laman video dalam talian tersebut.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang telah menonton sendiri klip video itu menafikan lelaki dalam visual tersebut suami beliau kerana lenggok dan susuk tubuhnya tidak sama.

Bagaimanapun, beberapa blog telah menunjukkan bukti-bukti jelas yang boleh dikaitkan dengan pemimpin kanan pembangkang terbabit antaranya blog Minda Intelek Melayu (novandri.blogspot.com),

Blog tersebut membuat perbandingan gaya rambut lelaki di dalam klip video seks tersebut dengan gaya rambut di dalam gambar pemimpin kanan terbabit.

"Seperti rakan-rakan politik Anwar Ibrahim yang lain, mereka tidak menyentuh muka, senyuman dan stail rambut Anwar Ibrahim.

"Lihat di atas dan apakah anda sekalian nampak kesamaan dan juga perbezaan muka di dalam video 18SX dan Anwar Ibrahim sendiri?" katanya.

Bukti serupa didedahkan oleh Kamal Farsya (kamalfarsya.blogspot.com), MyKMU (mykmu.net), Duke of UMNO (dukeofumno.blogspot.com) dan beberapa blog lain.

Gerakan Anti PKR (gerakan-anti-pkr.blogspot.com) pula mempersoalkan keberadaan jam Omega milik pemimpin kanan pembangkang terbabit yang sehingga kini gagal ditunjukkan oleh Wan Azizah walaupun mendakwa ia berada dalam simpanan beliau.

Jam tersebut dianggap bukti penting penglibatan pemimpin terbabit dalam visual video tersebut kerana sebelum ini Datuk Shazryl Eskay Abdullah, iaitu salah seorang trio Datuk T mendakwa beliau telah memperoleh jam yang tertinggal di dalam bilik hotel berkenaan dan kini telah diserahkan kepada pihak polis.

Justeru, penulis blog ini berkata, ia adalah bukti kukuh kerana jam semahal Omega mempunyai nombor siri yang tidak boleh ditukar dan digantikan dengan yang baru.

"Dalam sidang media Wan Azizah menyatakan jam Omega masih ada dalam simpanannya, namun tidak mahu menunjukkan kepada wartawan. Sedangkan minggu lepas Anwar telah membuat laporan polis jamnya hilang? Apa yang telah berlaku?

"Kepada keluarga Anwar, terutama sekali Kak Wan, berlaku jujurlah dalam hal ini. Rakyat mahukan cerita yang benar dan pemimpin yang amanah.

"Andai Anwar benar-benar teraniaya dan layak diangkat sebagai pemimpin, insya-Allah masanya akan tiba sedikit masa lagi. Maka kami rakyat mahukan penjelasan kukuh dengan bukti-bukti kukuh bahawa Anwar tidak bersalah," katanya.

Beberapa blog lain turut mempersoalkan keberadaan jam tersebut antaranya Ruang Bicara Faisal (ruangbicarafaisal.blogspot.com), Musram Rakun (musramrakunman.blogspot.com) dan Malaysia Heaven (malaysiaheaven.blogspot.com).

source : M.I.M

No comments: