Sex video: Datuk T trio enter mosque with bullet-proof vests; Eskay swears oath
By WONG PEK MEI
KUALA LUMPUR: All three members of Datuk T entered Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, for an oath-taking ceremony and the trio appeared to be wearing bullet-proof vests under their clothes.Only Datuk Shazryl Eskay Abdullah completed the sumpah laknat (oath-cum-curse) ceremony at about 4.20pm Friday.Eskay swore that Datuk Seri Anwar and himself were the men in the sex video and that Anwar was the actor in it.He said: “If I have committed slander then Allah will lay a curse on me."Chaos broke out again among the crowd when the three were escorted out.Earlier, chairman Abdul Razak Husin had said that he had been informed the ceremony was cancelled and had asked the rowdy crowd to leave.But the trio, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, turned up at about 4.10pm.On Thursday, Eskay had dared Datuk Seri Anwar Ibrahim to take the oath, together with him, that the person resembling Anwar in the sex video was indeed the opposition leader.The businessman had also invited those “who doubt the truth” to witness the ceremony at the Amru Al-As mosque in Bandar Baru
Trio Datuk tiba untuk sumpah laknat
29/04/2011 5:03pm
Kuala Lumpur 27 April - Trio Datuk T tiba ke Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Baru pukul 4.12 petang dan kini sedang bersembahyang sunat.
Mereka dijangka melakukan sumpah laknat tidak lama lagi. -
source : Utusan
Sex video: Datuk T trio enter mosque with bullet-proof vests; Eskay swears oath
By WONG PEK MEI
KUALA LUMPUR: All three members of Datuk T entered Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, for an oath-taking ceremony and the trio appeared to be wearing bullet-proof vests under their clothes.
Only Datuk Shazryl Eskay Abdullah completed the sumpah laknat (oath-cum-curse) ceremony at about 4.20pm Friday.
Eskay swore that Datuk Seri Anwar and himself were the men in the sex video and that Anwar was the actor in it.
He said: “If I have committed slander then Allah will lay a curse on me."
Chaos broke out again among the crowd when the three were escorted out.
Earlier, chairman Abdul Razak Husin had said that he had been informed the ceremony was cancelled and had asked the rowdy crowd to leave.
But the trio, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, turned up at about 4.10pm.
On Thursday, Eskay had dared Datuk Seri Anwar Ibrahim to take the oath, together with him, that the person resembling Anwar in the sex video was indeed the opposition leader.
The businessman had also invited those “who doubt the truth” to witness the ceremony at the Amru Al-As mosque in Bandar Baru
Shazryl Eskay lafaz sumpah laknat
2011/04/29
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul sebentar tadi berhubung rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing.
Upacara itu bermula pada jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang.Shazryl melafazkan sumpah laknat itu bagi pihak dua yang lain iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim yang turut hadir pada upacara itu.Sebelum ini, pengerusi masjid itu mengumumkan upacara berkenaan dibatalkan berikutan kekecohan di ruang solat berikutan bantahan daripada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).
2011/04/29
source : bharian
Eskay selesai lakukan sumpah laknat
29/04/2011 5:00pm
KUALA LUMPUR 29 April - Datuk Shazryl Eskay Abdullah selesai melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada petang ini.
Sambil memegang al-Quran beliau memulakan sumpah dengan mengucap dua kalimah syahadah kemudian diikuti dengan wallahi wabillahi watallahi.
Di dalam sumpah laknat itu Eskay menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Turut hadir dalam upacara sumpah laknat itu ialah Tbekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim. -
source : Utusan
Oleh Wan Faizal Ismayatim, Haspaizi Mohd Zain dan Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismailbhnews@bharian.com.my
2011/04/30
Penyokong PKR buat kacau dalam masjid elak Eskay lafaz pengakuanKUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam mengotakan janjinya apabila melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, di hadapan sebahagian penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum itu mencetuskan kekecohan bagi menggagalkan majlis berkenaan.Ditemani dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, Shazryl Eskay melafazkan sumpah itu jam 4.15 petang, bagi membuktikan dakwaannya yang pelaku dalam video seks didedahkannya sebelum ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.Malah, mereka bertiga yang tiba melalui pintu belakang masjid dengan tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jam 4.05 petang, turut mengenakan jaket kalis peluru bagi tujuan keselamatan selain dikawal ketat beberapa pengawal peribadi dan anggota polis.
Sebaik tiba, trio terbabit menunaikan solat sunat di bahagian depan dewan masjid berhampiran mimbar dengan kawalan ketat sambil disaksikan puluhan wakil media serta penyokong pembangkang yang menunggu kehadiran mereka sejak selesai solat Jumaat.
Selesai menunaikan solat sunat, ketiga-tiga mereka berpaling dan duduk berdepan dengan wakil media dan belum sempat melafazkan sumpah, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Syamsul Firdaus, duduk di hadapan mereka sebelum menasihati bahawa sumpah laknat bagi menuduh zina tiada dalam hukum syarak kecuali membabitkan suami isteri.
Kira-kira lima minit selepas itu,
Shazryl Eskay yang memakai kemeja merah hati,
memegang al-Quran dan
mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali
sebelum melafazkan sumpah
disaksikan Timbalan Imam masjid berkenaan, Ezhan Shahril.
Lafaz sumpah Shazryl Eskay adalah seperti berikut:
“Pada hari ini 29 April 2011, saya Shazryl Eskay Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismilahirahmanirahim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.
“Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku, assalamualaikum,” katanya.
Sebaik selesai lafaz itu, ketiga-tiga mereka bangun sebelum diserbu wakil media yang bertanyakan soalan dan pada masa sama, beberapa penyokong PKR kelihatan menyerbu mereka menyebabkan trio terbabit segera dibawa keluar oleh pengawal peribadi serta anggota polis.
Ketika menuju ke kenderaan, berlaku tolak-menolak antara penyokong PKR dengan pengawal peribadi trio berkenaan sehingga mengakibatkan keadaan menjadi tegang sebelum ketiga-tiga mereka memasuki kenderaan dan bergegas meninggalkan perkarangan masjid.
Terdahulu, sebaik selesai solat Jumaat, orang ramai dan penyokong PKR yang menyangkakan trio berkenaan berada di dewan masjid mula berasak ke bahagian depan sebelum keadaan menjadi kecoh apabila sebahagian mereka bersorak sambil melaungkan kata-kata kesat terhadap Datuk Trio.
Tanpa menghiraukan kesucian masjid, sebahagian mereka mengeluarkan kata-kata seperti ‘mana setan tu’, ‘hidup macam orang putih, undang-undang orang putih, tapi nak sumpah guna al-Quran dan beberapa penyokong PKR bukan Islam turut memasuki dewan masjid berkenaan bagi menimbulkan kekacauan.
Turut kedengaran laungan ‘qazaf, bukan sumpah’ dan ‘Anwar zina’ sebelum berlaku kekecohan apabila penyokong PKR diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, enggan keluar dari dewan masjid walaupun diminta berbuat demikian oleh ahli jawatankuasa masjid bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Kira-kira jam 2.30 petang, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin, naik ke mimbar dan menggunakan alat pembesar suara meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid bagi mengelak kesucian rumah ibadat tercemar.
Ketika petugas media sedang melakukan persiapan untuk merakam majlis berkenaan, beberapa penyokong PKR sekali lagi cuba menimbulkan kekecohan dengan mempersoal tindakan pihak polis, membuatkan sebahagian wakil media berang dan meminta mereka bertenang.
Sementara di pekarangan masjid, enam penyokong PKR membawa sepanduk tertulis ‘qazaf, bukan sumpah’ sambil beberapa lagi lelaki melaungkan reformasi dan ‘Hidup Anwar’.
Keadaan kembali tenang jam 3 petang apabila Shamsul Iskandar bersama puluhan penyokong PKR mula meninggalkan perkarangan masjid, namun mereka masuk semula sebaik mendengar cakap-cakap yang Datuk Trio akan tiba pada bila-bila masa untuk melafazkan sumpah.
Selepas itu, polis dilihat menutup pagar utama masjid bagi mengelak orang yang tidak berkenaan daripada memasuki kawasan itu selain anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula mengambil tempat bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Beberapa minit sebelum ketibaan Datuk Trio, anggota polis turut berkawal dalam dewan masjid termasuk menutup pintu bagi mengelak lebih ramai pihak yang tidak berkenaan berada di dalam kawasan itu.
Teks penuh sumpah laknat
Assalamualaikum,

bismillahirahmanirahim (mengucap dua kalimah syahadah 3 kali),
pada hari ini 29 April 2011 saya Shazryl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut,
bismillahirahmanirahim...
wallahi, wabillahi, watallahi
aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011
dan
Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut,
sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku,
Assalamualaikum.
source : bharian
No comments:
Post a Comment