[tghha, pas dan zahid...aper sudah jadi?...] ... ZAHID CAKAP LAIN, NAJIB CAKAP LAIN. KERAJAAN TAK JADI PULA BENTANG RUU355
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kata Kerajaan nak bentang sendiri RUU355 sampai sanggup hilang "segelintir kawan" yang Umno bersahabat sejak Merdeka.
Tetapi bos Zahid buat kenyataan lain pula malam ini.
Kata bos Zahid, Najib Razak, kerajaan TIDAK akan BENTANG RUU355.
Tak kan Najib tak perasan kenyataan Zahid?
Hadi Awang, bagaimana pula?
Kalau kerajaan bentang, diluluskan, pasti jadi undang-undang.
Tapi kalau takat Hadi saja bentang, entah jadi undang-undang, entah habis takat Rang Undang-Undang Ahli Persendirian.
PERHIMPUNAN RUU355 dah buat. Baju ungu pun dah pakai. Jadi macam mana ni?
Kita tunggu penjelasan Hadi Awang dan Nik Abduh yang masih terasa kekalahan tempohari di kawasan Allahyarham bapa beliau, Pengkalan Chepa.
No comments:
Post a Comment