Dialog Sinar Boleh Jadi Bahas Nowhere2Hide
PENGANJUR kata dialog. Umum kata debat. Tun Dr Mahathir kata bahas. Mohamed Nazri Abdul Aziz kata Malaysia bukan “police state”.
Penganjur yang berani, gigih dan bebas adalah akhbar Sinar Harian.
Asalnya bahas itu dicadangkan hari ini, 25 Mac, di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Dr Mahathir setuju. Nazri setuju.
[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]
Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed Rahmat pun kata, Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi setuju.
Tapi nampaknya yang lebih berkuasa adalah OCPD Kuala Kangsar. Nama dia Ahmad Termizi Abdul Haq. Dia kata tak boleh.
Daripada kenyataan dia, kita bolehlah simpulkan yang polis tak yakin mereka mampu jamin keselamatan, keamanan, perlindungan hak dan kebebasan awam kalau bahas itu diadakan.
Saya rasa saya tak cukup cerdik nak faham maksud tersirat Tuan OCPD itu. Maklumlah ini bukan kes curi ayam, mengintai anak dara mandi atau curi pakaian dalam wanita.
Nazri tak puas hati. Dia kata Malaysia bukan “police state” – negeri di mana polis berkuasa.
Itu dia kata. Melainkan dia dungu atau kena sihir mandram, dia tentu perasan yang bos dia, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, sangat bergantung kepada polis.
Maka ulat-ulat pun merangkaklah keluar dari lubang-lubang kayu reput untuk menyokong bos MO1 mereka.
Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani kata Nazri tidak wakili kerajaan. Dia kata isu 1MDB dah dibincang dalam Parlimen.
Bincang macam mana kalau laporan Ketua Juruaudit Negara (Tan Sri Amrin Buang) diOSAkan?
Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa, pula kata Nazri bukan wakil Umno.
Jadi Nazri ni wakil siapa?
Nazri kata dia wakil Padang Rengas.
Dr Mahathir kata dia tak peduli apa yang mereka kata.
Yang dia peduli, dia akan dedah segala-gala yang dia tahu tentang 1MDB, Forest City dan jawab kerugian perniagaan mata wang Bank Negara yang Najib sedang siasat sekarang.
Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad, akan jadi pemudah cara (moderator).
Tapi kita jangan harap sangat. Geng “everything2hide” mungkin buat macam-macam helah untuk sabotaj bahas ini pasal mereka ada macam-macam yang nak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat jelata.
Macam mana pun kita kena asak sampai mereka ni jadi nowhere2hide – tak ada tempat nak sembunyi.
Wallahuaklam.
14 comments:
IGP: Penganjur debat Nazri - Dr M belum maklumkan polis
http://m.malaysiakini.com/news/376993
Dalam media semasa, mengikut kata IGP, debat yang akan diadakan di bulan depan perlu juga mendapat kebenaran polis.
Saya tertanya di sini,
Macamana dengan debat yang ada di sekolah-sekolah rendah dan menengah?
Adakah perlu juga mendapat kebenaran polis?
Apa sebenarnya beda antara debat Tun Mahathir dengan Nazri berbanding dengan debat di sekolah?
Macamana pula debat yang diadakan di warong-warong jual goreng pisang dan teh tarik?
Adakah Pak Haji-Pak Haji yang berdebat disaksikan oleh tukang jual air, tukang masak dan juga pengunjung lain perlu ke balai polis dulu mendapat kebenaran?
Polis yahudi siasat dn tangkap serta dakwa PM mereka yg korup. Polis melayu-islam hormat dan lindungi PM yg korup. We are just a failed race.
Tak tahu aku nak jawab camana dengan bibik aku bila dia tanya kenapa debat Mahathir vs Nazri.. ketua polis daerah pun boleh batalkan.
olih demikian utk mengimbangkan nya,saya cadangkan nazri memilih 2 orang rakan nya yg hebat2 utk bersekali berdepan dgn tun m.
perkara saperti ini selalu d atur dlm rancangan gusti d USA. kadang2 mereka atur kan lima lawan satu.
saya gelar temasya ini sebagai
'3 in 1' n '5 in 1'.
saya juga masih ingat lagi semasa menuntut d kolej d mana terdapat seornag penuntut kenik (kecil) berkelakuan amat angkuh bukan kerana dia gagah tetapi dia d lindungi olih rakannya yg bertubuh 'oversize'.
apabila ada yg berani berdepan dgn nya, maka rakan nya ini akan menjelma menyelamatkan keadaan.
serupa lah mcm nazri. acahan nya yg memakan diri,d sambut olih tun m tetapi d halang/d selamatkan olih kuasa yg lebih besar.
ini lah pattern orang2 'gagah' UMNO bila berdepan dgn tun m.
pahlawan 'tahi kucing' yg terpaksa membela 'lanun' bugis.
Tahni'ah banyak2 kak geng hampa terutama kad Mat Tehag Tongkang Yard kerana ulang tayang atau nama komerselnya "NOTHING TO HIDE 2", berkat usaha gigih dan teruih meneruih diiring du'a orang kena naya, Allah ta'ala telah bagi lagi satu kemenangan yg jitu, orang laa ni kata. Lantaran tu....kena istigfar banyak2 seperti dlm suroh Iza ja anasrullah yg maksud dia lebih korang :
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima (surah.my)
Dan dari surah al Insyiroh ("alam nasyroh") Allah ta 'ala firman yg bemaksud (secara kasag):
Apabila kita habih satu tugaih, cepat2 kena siap satu tugaih yg lain...dan pada Allah saja lah kita kena sangkut segala harap atau :
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (٧)
8
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ (٨)
(dari :https://intinebelajar.blogspot.)
Awai2 dulu aku nak mintak maghap kak hang sebab aku tak berapa setuju dgn hang bab sapa yg dok halang2 bahas, debat, wacana ka apa ka ataih ketua depa tu saja. Pasai nya tonggak2 dia dari jabatan2 hukum, penguatkuasaan dan kepala2 media depa bulih begerak sendiri kalu depa tengok atau rasa ketua depa dlm keadaan tergugat atau seakan akan tergugat. Kadang2 depa munkin betindak secara kelompok dan kadang2 secara sorang2. Ini munkin kerana dah wujud 'kesatuan kepentingan'. Mad bin Saleh munkin kata wujud pandangan (munkin bawah sedag atau 'sublimal') yg depa dok begayut kak satu "house of cards". Ini munkin jugak bedasag tindak tanduk pd peringkat asas ialah bekelakuan yg 'anomie'. Satu tagrip 'anomie' ialah :
"Anomie - Wikipedia
Anomie (/ˈænəˌmi/) is a "condition in which society provides little moral guidance to individuals". It is the breakdown of social bonds between an individual and the community, e.g., under unruly scenarios resulting in fragmentation of social identity and rejection of self-regulatory values."
Macam mana pon aku rasa laa, 'kesatuan kepentingan' depa ni munkin dlm basa mendiang Mao sebut "paper tiger" saja... aku teringat ayat 110, surah at Taubah yg pd asai nya rojok pd bangunan masjid atau 'edifice' yg dibina untuk menipu ummat (bukan ataih dasag taqwa) sebenagnya punca depa sendiri akan begaduh sesama depa atau. dlm tafsir "Islaminquran.com" maksodnya lebih korang :
"Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Kali ni aku nak mintak macam dlm suroh al Insyiroh tu, moga hampa cepat2 laksana banyak lagi kerja2 yg perlu dan sunggoh disebalik setiap kesulitan tu ada kemudahan, dan disebalik setiap yg payah tu, ada pemudahnya. (erti dia secara kasag)... wallahua'lam.
Wa sallam.
Aku
.
Sebenarnya bagi sayalah, yang penting bukanlah kejantanan sangat.
Dalam berita media, walaupun debat dibatalkan Nazri sanggop tunggu 4 jam untuk Tun di padang Rengas, mungkin hendak buktikan kejantanannya.
Cina sebelah rumah saya, anjing dia boleh tunggu depan rumah 12 jam depan pintu untuk buktikan kejantanannya.
Itu lagi hebat. Pantang saya lalu depan rumah, tak kacau apa pun dah menyalak macam nak gila nak buktikan pada boss dia yang dia anak jantan.
Sudah banyak pemimpin-pemimpin dunia ini orang perempuan, keberanian yang penting. Orang pondan pun sekarang sudah banyak berani.
Sifat keberanian, sifat waras pemikiran, sifat ikhlas, sifat amanah dan jujur, ini merupakan sifat manusia yang penting.
Sifat kejantanan sahaja tak cukup.
Negara kecil seperti Malaysia yang rakyatnya hanya 30 juta, pendatang Bangladesh 5 juta boleh berhutang hampir mencecah 1 trilion. Banyaknya negara sekarang berhutang. Kutip cukai GST 40 bilion setahun pun masih tak cukup lagi. Berbilion-bilion penjimatan duit kerajaan akibat pemansuhan subsidi barang keperluan asas pun masih tak cukup. Potong biasiswa dan pembiayaan pendidikan, potong peruntukan dan bajet sana-sini pun masih tak cukup.
Siapa yang akan tanggung semua hutang-hutang ni? Kita semualah siapa lagi. Takkan orang yang buat tahi hutang tu tak bayar. Dia dengan family dia sah-sahlah tak bayar. Rakyat negara ni lah nanti yang akan tanggung. Bila kita mati, anak kita pula yang akan tanggung. Lepas tu pas kat anak kepada anak kita kalau tak habis lagi bayar.
Zaman sekarang kalau berlaku kenaikan harga barang, tak ada naik sikit-sikit. Sekali naik kaw-kaw naik. Tengoklah di sekeliling kita sekarang. Kenaikan harga barang. Mana ada naik sikit-sikit. Semua naik harga melampau-melampau. Ikan kembung ikan yang rakyat marhaen selalu makan sekarang dah 20 ringgit sekilo. Gula dulu harganya seringgit lebih, la ni dah nak dekat 3 ringgit sekilogram. Minyak masak, beras, tepung, barang-barang keperluan asas pengguna di Malaysia semuanya harga dah makin naik.
Minyak petrol satu lagi. Harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang secara puratanya dah murah. Sekitar 45 dollar setong macam tu tapi harga minyak di pam-pam minyak tak reflect harga minyak mentah yang semakin murah di pasaran dunia. Harga petrol di pam-pam sekarang harganya seolah-olah seperti harga minyak mentah dunia berada pada paras 70 atau 80 dollar setong.
Bila ditanya kenapa jadi macam tu, jawapannya oh tu harga minyak yang belum ditapis. Kalau dah ditapis harganya akan naik. Habis tu zaman Mahathir dan Pak Lah dulu rakyat isi minyak kereta guna minyak mentah yang belum ditapis ke? pasal zaman mereka harga petrol di pam-pam minyak reflect harga minyak mentah di pasaran dunia. Kalau naik harga di pasaran dunia maka naiklah harga petrol di pam-pam. Begitulah juga sebaliknya.
Cuma zaman Mahathir lain sedikit. Rakyat tak terbeban dengan perubahan harga minyak dunia pasal ada pemberian subsidi. Bila adanya subsidi, rakyat membayar minyak petrol pada harga yang murah sedikit.
La ni asal bagi ucapan bukan main lagi mengungkit. Kerajaan terpaksa kutip cukai GST kerana kerajaan terpaksa membelanjakan around 24 bilion untuk kemudahan kesihatan rakyat dengan pulangan semula kepada kerajaan yang tidak seberapa. Zaman dia jer ke rakyat pergi hospital free. Dulu pergi hospital kena bayar ke?
Kerajaan dulu tak mengungkit-ngungkit pun berbelanja untuk kemudahan kesihatan rakyat, kerajaan sekarang mengungkit-ngungkit pulak. If you care so much about the balance sheet then don't be in the government in the first place. Go into business. Rakyat zaman sekarang paling banyak menyumbang duit kepada kerajaan melalui cukai GST, boleh pulak dia mengungkit-ngungkit bila duit tu digunakan untuk kebajikan rakyat.
Ada kementerian perdagangan dalam negeri kepenggunaan pun seolah-olah macam tak ada fungsi. Kerja apa yang mereka buat pun tak tahu sampai kehidupan pengguna sekarang macam cacing kepanasan. Duk seronok makan gaji saja. Tak buat apa-apa kerja.
Dato pernah tulis...mungkin sokong Nazri pd Bos menjadi "sokong bawa rebah"
Nmpk gaya begitulah.
Belum apa2 lagi....dia dah balun Bos bila dia tuduh..."Negara sudah mcm 'Police State'...".
NOTA:
Sebenarnya dia tak 'balun' tetapi dia bercakap benar.
Itu yg Bos Bugis & Jawa panik.
Panik bila dia mula meracau....nanti susah Rahman Dahlan...Annuar Miss..Johari..Salleh Keruak...Utusan...dan nak bloggers Macai termasuk dari Manchester nak 'defend'.
Pads Sy dia (Nazri)...hanyalah 'chief' dlm Umno tetapi bila berhadapan dgn 'CHIEF SEBENAR'berumur 91 tahun... tentu dia kecut telor.
Yg pending seluruh rakyat negara...dari Bos Bugis...Jawa dan ulat2 kayu sudah dengar apa Nazri kata/TUDUH.
Tuduhan dtg dari seorg MENTERI SENIOR terhadap kerajaan...yg dia juga wakili.
Itu belum lagi berbahas.
Ini yg BUGIS takut sngat....Takut 'loose cannon menembak dan muntah yg benar dan bukan2 bila sudah 'kantoi' dgn hujah2 Tun semasa bahas nanti.
Kini...Nazri kena buktikan pd semua termasuk Zam....Bahawa dia bukan2 'pondan' spt Bugis dan dia seorg lelaki sejati...dan dia memang "chief'.
Justeru itu...org2 yg paling Takut adalah...Bos dan kuncho termasuk IGP jika Bahas ini berlaku.
Wallahualam
LaM 5:15 PM antara lain kata 'Polis Yahudi siasat dan tangkap serta dakwa PM mereka yg korup. Polis Melayu-Islam hormat dan lindungi PM yg korup. We are just a failed race.'
1. Tepat sekali LaM.
2. Bangsa Yahudi adalah suatu bangsa yang tahan lasak di dunia sebab mereka dapat membezakan antara apa itu manusia sebagai "ciptaan" TuhanNya dan apa itu "peranan" manusia yang dicipta olih manusia itu sendiri dalam masyarakat.
3. PM itu hanya la gelaran sahaja untuk describe "peranan" seorang manusia itu dalam masyarakat...seterusnya seperti gelaran2 lainj atau peranan2 lain seperti jawatan Presiden, Chairman, King, Baron, Lord, Sir, Tun2, Tan Sri2, Datuk2, Mufti2, Pope, Rabbi, Ustaz dan seterusnya...hanya gelaran sahaja bila menjawat peranan dalam masyarakat macam juga yang orang2 biasa yanag digelar sebagai para nelayan, petani, tukang jual mee goreng, tukang potong rumput dan seterusnya.
4. Itu sebabnya bangsa Yahudi kuat sejak dari zaman Firaun lagi hingga la Holocaust...hingga hari ini pun President Amerika tidak ada gelaran apa apa, macam juga PM atau bekas PM Israel.
5. Bagi bangsa Yahudi, PM itu tidak korup sebab itu adalah jawatan yang dicipta olih perlembagaan mereka. Jawatan itu tidak bolih korup. Yang korup adalah manusia yang dilantik jadi PM.
6, Dalam Islam pun begitu (surah Al-Hujarat ayat 13), tetapi Melayu pandai baca AlQuran saja, tidak tau membezakan antara jawatan dengan si penjawat. Ini la kelemahan orang Melayu.
7. Jadi bagi kebanyakan orang2 Melayu yang di Malaysia dan juga di Indonesia...yang penting ialah si penjawat itu mesti lah orang Melayu Islam, walaupun perangai nya terang2 macam perangai Iblis dan Syaitan.
8. Dalam masyarakat orang2 Melayu itu tadi, Iblis dan Syaitan itu adalah mahkluk jahat yang ada satu mata, kurang lebih macam pirates of the Caribbean.
9. Sebenar mahkluk Iblis dan Syaitan ini adalah manusia biasa yang kita pernah nampak macam di Wall Street...pakai necktie dan three piece Savile Row suits...dan tidak kurang juga, ada pula yang pakai jubah putih macam lebai siap dengan janggut dan kopiah putih...ada dua tanda hitam di dahinya tanda dia kuat sembahyang..."arwah abah aku kata itu lah tanda syaitan didahi"
10. Yes Lam..."We are just a failed race"...sebab Polis kita, AG kita, MACC kita dsbnya tidak dapat membezakan peranan seorang PM dengan penjawatnya...begitu juga peranan Mufti dengan penjawatnya...begitu juga peranan nelayan dengan orang nelayan itu.
11. Kita orang2 Melayu ada macam macam bentuk pembesar Islam...dengan titles dan peranan masing2...tetapi, bagi mereka Islam itu tadi adalah untuk jawatan, wang dan kuasa sahaja.
12. Itu la Nabi ada pernah berpesan untuk kita awasi manusia2 yang "menjual-beli" Islam...ini sudah ada didepan mata kita sekarang ini.
13. Kesimpulan nya, kita harap kerajaan yang baru selepas PRU14 itu akan dapat mengubah secara fundamental masyarakat Malaysia untuk lagi robust dan tahan lasak.
Debat padang rengas.. Nazri kata Ok, Zahid kata go ahead, Nurjazlan kata no problem...until the police get involved.
did you get the hidden message the 3 guys are trying to send to somebody... I wonder if the somebody well aware of it beside the bashing of Tun M on 1mdb during the debate.
Hendak berbahas isu 1MDB
Pertahan pencuri dan filem porno
Tak ker nahas dan gla babi