NUFFNANG

Wednesday, 29 March 2017

[artikel menarik...bacalah...] ... MAHATHIR DAN LIM KIT SIANG

[artikel menarik...bacalah...] ... MAHATHIR DAN LIM KIT SIANG


Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Dengan sukacitanya saya terbitkan sekali lagi karangan di bawah ini yang pertama  kali saya masuki dalam blog ini pada 16hb Jun, 2016. Semoga kandungannya masih relevan hingga ke hari ini. Selamat membaca.


MELAYU ITU HEBAT BANGSANYA

1. Masukan dalam blog pada kali ini bertujuan untuk menghapuskan rasa TAKUT yang ada pada orang Melayu dalam hidup berpolitik. Yang perlu ditakuti oleh bangsa Melayu ialah perasaan takut itu sendiri.
 
2. Melihat kepada struktur masyarakat Malaysia, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam masukan blog ini bertajuk 'Melayu Itu Hebat Bangsanya' pada 13 November, 2014 dan diulangi masukannya pada 5 Mei, 2016, jelaslah betapa mustahil  untuk menghapuskan penguasaan Melayu dan Bumiputra dalam negara Malaysia.


TRAUMA BANGSA MELAYU
3. Walau bagaimana pun, kerana UMNO selalu mengingatkan mengenai peristiwa 13 Mei, 1969, 47 tahun yang lalu, generasi lama masih dalam trauma kerana merasakan kemungkinan adanya ancaman yang berterusan kepada kuasa politik Melayu.  Peristiwa ini telah selalu diingatkan kepada ahli-ahli Umno dan generasi muda orang Melayu setiap kali diadakan pilihanraya.

4. Takut kepada China yang hendak ambil kuasa politik Melayu sudah menjadi satu trauma yang tidak menguntungkan Melayu.

5. Tun Dr. Mahathir pula, setelah menang untuk kawasan Kota Setar dalam pilihanraya umum tahun 1964, telah kalah di kawasan Pendang, kepada Tuan Haji Yusof Rawa, dalam pilihanraya umum 1969, sementara Lim Kit Siang pula telah menang dalam pilihanraya umum 1969 itu. 

6. Lim Kit Siang pula, sejak tahun 1969 telah menang dalam pilihanraya umum, di mana saja beliau bertanding samada di Melaka, Penang, Perak dan Johor, kecuali dalam pilihanraya umum 1999 di mana beliau telah kalah di kawasan Bukit Bendera.

7. Oleh itu, Lim Kit Siang menjadi simbol kemenangan bagi masyarakat China sehingga menggambarkan ada ancaman untuk menumbangkan kuasa politik Melayu dan Bumiputra.
8. Oleh kerana DAP, di bawah pimpinan Lim Kit Siang, dianggap sebagai parti warisan peninggalan parti PAP yang kini memerintah Singapura, dengan jayanya, maka kejayaan Singapura menjadi sebuah Negara bandaraya yang maju dan terkemuka di dunia telah mendorong rasa takut kalangan Melayu dan Bumiputera atas kemungkinan Malaysia juga diperintah oleh DAP. 

9. Jika itu berlaku maka golongan Melayu dan Bumiputra akan terbela dan tidak seperti Melayu di Singapura. Pada analisa terkini anggapan ini tidak semuanya benar jika diperhitungkan sikap genetik Melayu dan Bumiputra itu sendiri yang masih tidak berjaya dengan memuaskan walaupun diperintah oleh bangsanya sendiri.

10. Setelah peristiwa berdarah 13hb Mei, 1969 Parlimen telah digantung dan Malaysia telah diperintah oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) atau NOC (National Operation Council). Pemerintahan MAGERAN ini telah tamat dengan adanya pilihanraya pada tahun 1974.

11. Perdana Menteri Malaysia di waktu itu kekal pada Tunku Abdul Rahman walaupun tampuk pemerintahan sudah diketuai oleh Timbalannya Tun Abdul  Razak selaku pengerusi MAGERAN.

12. Tun Abdul Razak hanya boleh menjadi Perdana Menteri setelah mendapat mandat dalam satu pilihanraya umum.

13. Sebelum pilihanraya umum diadakan pada tahun 1974 Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan dwi-fungsi iaitu untuk (1) Membasmi kemiskinan dan (2) Mesyusun semula masyarakat supaya satu-satu kaum itu tidak terbatas penglibatannya dalam satu-satu jenis kegiatan ekonomi sahaja.

14. Kerana matalamat 'dwi-fungsi' inilah, yang ditambah dengan keinginan semua pemimpin parti-parti politik untuk memastikan peristiwa 13 Mei, 1969 tidak berulang lagi maka diwujudkan gabungan parti-parti dalam BARISAN NASIONAL. Parti-parti yang dulunya bertelagah dengan berjaya disatukan dalam Barisan Nasional.

15. PAS yang telah mengkafirkan ahli-ahli UMNO pada tahun 1962 dapat berkerjasama dengan UMNO tujuh tahun kemudian walaupun pendekatan UMNO terhadap Islam tidak berubah. Yang berubah ialah sikap PAS yang menyokong 'dwi fungsi' DEB dan hasrat untuk mewujudkan keamanan dalam Negara.

16. DEB mempertahankan semua kandungan Peerlembagaan Malaysia dan memperjelaskan lagi bidang tindakan yang boleh membantu Melayu dan Bumiputra dalam menjayakan rancangan penyusunan masyarakat.

17. Usaha inilah yang dikatakan 'affirmative action' yang bertujuan untuk membantu kaum yang lemah dalam satu-satu bidang kegiatan ekonomi untuk membolehkan kaum itu terlibat jua dalam bidang kegiatan ekonomi yang halal secara keseluruhan. 

18. Oleh kerana seseorang yang menjadi Ahli Dewan Rakyat tidak boleh sekaligus menjadi Ahli Dewan Negara maka hanya mereka yang menjadi Ahli Dewan Rakyat, atau yang dipilih dalam pilihanraya, yang mengenali Lim Kit Siang secara dekat.

19. Sebagai pemimpin parti pembangkang adalah menjadi tugas Lim Kit Siang mencari kecacatan dan kesalahan dalam amalan kerajaan Barisan Nasional. Jika tidak bukanlah pembangkang namanya.

20. Antara Ahli Parlimen dan mantan Ahli Parlimen yang masih peduli dengan suasana politik masakini ialah:                 


TOKOH-TOKOH UMNO SEZAMAN DENGAN LIM KIT SIANG.

21a. Tun Dr. Mahathir Mohamad - Menjadi Ahli Parlimen kawasan Kota Setar mulai tahun 1964 - 1969. Menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1974 dan seterusnya menang dalam pilihanraya tahun 1974, tanpa bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen dan terus dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Industri mulai tahun 1978. Menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Hussein Onn sepeninggalan Tun Abdul Razak dan pada 16 Julai, 1981 menjadi Perdana Menteri ke 4 pada umur 55 tahun. Beliau pernah memangku jawatan Menteri Kewangan dua kali dari 1998 - 1999 dan dari 2001 - 2003.

21b. Tan Sri Rafidah Aziz - 1978 (Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam 1976, Timbalan Menteri Kewangan dari 1977-1980, Menteri Perusahaan Awam dari 1980-1987 dan Menteri MITI 20hb Mei, 1987

21c. Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah - 1974 (Menteri Kewangan dari 5hb Mac, 1976 hingga Julai, 1984.

21d. Tun Abdullah Ahmad Badawi - 1978 (Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah dari 1978 - 1980, Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dari 1980 -1991. Menjadi Menjadi Kewangan dari 2003 -2008.

21e. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak - 1976 (Ahli Parlimen Pekan menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal di London pada 14hb Januari, 1976) - Mulai 1978 - 1980 menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos). Menjadi Menteri Kewangan dari 2008 hingga sekarang.

21f. Tun Daim Zainuddin - 1983 - 1986 menjadi Ahli Parlimen di Kuala Muda, dari 1986 - 2004 jadi Ahli Parlimen di Merbok. Menteri Kewangan dari 14 Julai, 1984 - 14 Mac, 1991. Kali kedua menjadi Menteri Kewangan dari 19 Januari, 1999 - 31 Mei, 2001. 

21g. Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjadi ahli UMNO pada 29hb Mac, 1982. Bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh tahun 1982. Menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1982 seterusnya mulai 1983 - 1985 menjadi Menteri Belia & Sukan. Menteri Pertanian dari 1985 -1986. Menteri Pendidikan dari 1986 - 1990 seterusnya dari 1990 - 1998 menjadi Menteri Kewangan. Dari 1hb Disember, 1993 - 2hb September, 1998 menjadi Timbalan Perdana Menteri.
                             
21h. Saya turut menjadi Ahli Palimen mulai tahun 1974. 


LIM KIT SIANG

22. Lim Kit Siang pula mempunyai rekod sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka dari 1969 - 1974, dari 1974 - 1978 menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka 1982 - 1986, dan dari 1986 - 1999 mejadi Ahli Parlimen Tanjung, Penang, dari 2004 - 2013 menjadi Ahli Parlimen Ipoh, dari 2013 hingga sekarang menjadi Ahli Parlimen kawasan Gelang Patah, Johor. Beliau kalah di dalam kawasan Bukit Bendera, Penang dalam pilihanraya tahun 1999. Lim pernah dipejarakan selama 17 bulan, di bawah undang-undang ISA dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.

23. Yang jelas bagi kita ialah Lim Kit Siang itu pernah menang dalam pilihanraya di Melaka, Penang, Perak dan juga Johor walaupun Johor  dikatakan kubu kuat UMNO dan BN. Yang kurang mendapat perhatian kita ialah beliau pernah dikalahkan oleh Chia Kwang Chye dalam pilihanraya tahun 1999 di kawasan Bukit Bendera, Penang.


DATUK SERI CHIA KWANG CHYE

24. Calon yang pernah mengalahkan Lim Kit Siang ialah Datuk Seri Chia Kwang Chye dalam pilihanraya tahun 1999 di kawasan Bukit Bendera, Penang. Chia pernah menjadi Setiausaha Agong parti GERAKAN  dan dipilih menjadi Naib Presiden GERAKAN pada tahun 2008.  Beliau menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera dari tahun 1995 - 1999 dan seterusnya mengalahkan Lim Kit Siang untuk terus menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera dari 1999 - 2004. Beliau menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Multimedia dan Komunikasi setelah mengalahkan Lim Kit Siang pada tahun 1999 dan seterusnya menjadi  Timbalan Menteri dari 2004 - 2006.

25. Dari senarai di atas nampaklah antara yang bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1974 ialah Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan saya jua.

26. Setelah menang pilihanraya umum pada tahun 1974 Tengku Razaleigh Hamzah tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet sebaliknya menumpukan perhatian kepada penubuhan, pengurusan dan pengendalian beberapa perbadanan dan GLCs seperti PERNAS, PETRONAS dan BANK BUMIPUTRA. 

27. Selain dari mengenal Lim Kit Siang melalui ucapan-ucapannya dalam Parlimen dan dalam pilihanraya beliau juga telah menulis 34 buah buku, dan 21 darinya telah saya baca. Senarai tajuk buku-bukunya boleh didapati di akhir karangan ini.

28. Dari senarai bukunya itu jelaslah Lim Kit Siang paling banyak mengarang buku yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional di zaman Tun Dr. Mahathir. Beliau mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir dalam 27 buah buku; di bawah Tun Hussein Onn dalam 2 buah buku; di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam 1 buah buku dan di bawah Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak dalam 4 buah buku.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD IALAH ANTARA TOKOH POLITIK YANG BERJAWATAN YANG PALING BANYAK MENULIS BUKU DALAM SEJARAH DUNIA

29. Adalah jelas bahawa yang mampu menyaingi Lim Kit Siang dalam bidang penulisan buku hanyalah Tun Dr. Mahathir. Malahan, tidak ada seorang pun tokoh politik, yang memegang jawatan politik, dalam sejarah dunia, yang pernah menulis buku sebanyak yang ditulis oleh Tun Dr. Mahathir. 

30. Tun Dr. Mahathir boleh dikenali dari penulisan buku-bukunya yang sangat banyak, sejak terbitnya buku pertamanya: 'THE MALAY DILEMA', dari kumpulannya yang telah dibukukan dan juga dari blognya yang sangat popular bukan saja untuk pembaca dalam Negara tetapi juga oleh peminatnya di seluruh dunia. 

31. Pada dasarnya orang yang sepatutnya paling membenci Lim Kit Siang ialah Tun Dr. Mahathir dan orang yang sepatutnya paling dibenci oleh Lim Kit Siang dan rakan-rakan-nya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

32. Begitu juga tokoh-tokoh politik lain yang pernah dipenjarakan di bawah ISA di zaman Tun Dr. Mahathir. Merekalah yang sepatutnya paling benci Tun Dr. Mahathir.

33. Sementara tiada seorang pun yang boleh menafikan bahawa Tun Dr. Mahathir mengenali Lim Kit Siang, tidak ada juga tokoh UMNO dan PAS, dalam sejarah, yang boleh menafikan semangat dan jiwa Tun Dr. Mahathir, yang tidak boleh dinafi sangat mencintai bangsanya, sebagaimana yang telah beliau bermadah dalam sajaknya, 'PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI'. 

34. Di dalam buku-buku karangan Lim Kit Siang dia tidak pernah mengecam matlamat 'membasmi kemiskinan' sebagai salah satu dari dua matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

35. Adalah jelas bahawa dalam buku-bukunya Lim Kit Siang mengecam cara pelaksanaan usaha untuk 'menyusun semula masyarakat', khususnya elemen rasuah yang pernah berlaku dalam pelaksanaan berbagai projek sejak UMNO memerintah samada dalam PERIKATAN atau BARISAN NASIONAL.

36. Kita sendiri tidak pernah menafikan adanya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kesilapan dalam berbagai projek yang telah dilaksanakan dalam masa yang panjang kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional yang terus memerintah.

37. Sebagaimana yang pernah saya katakan dalam ucapan di merata tempat pihak kerajaan, yang saya menjadi sebahagian dari anggotanya, sentiasa peka dengan teguran-teguran pembangkang dan mengambil perhatian di mana jua didapati ada kebenarannya, walaupun, sebagai kerajaan yang berkuasa ianya tidak menjadi kelaziman untuk menghebohkan kesilapan, atau membenarkan teguran-teguran pembangkang, tetapi hanya sekadar mengambil tindakan pembetulan yang diperlukan. 

38. Apa yang penting ialah: 

38a. Semua tuduhan yang dibuat atau diketengahkan oleh ahli-ahli pembangkang telah kami teliti, dan 

38b. Semua keputusan kerajaan diketahui oleh anggota Kabinet, dan 

38c. Ianya tidak dirahsiakan dari Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO baik melalui taklimat dan penerangan yang diberi, atau dalam menjawab soalan yang diketengahkan. 

38d. Pertanyaan yang diketengahkan oleh pembangkang juga semuanya berjawab di dalam parlimen. 

39. Kami tidak takut kerana WE HAVE NOTHING2HIDE


PEMIMPIN SEBAGAI PENYELESAI MASALAH

40. Banyak definasi telah diberi kepada erti kepimpinan. Saya telah mencadangkan supaya pemimpin itu didefinasikan sebagai penyelesai masalah. Definasi ini boleh menyumbangkan martabat kepada erti kepimpinan

41. Dengan difinasi ini maka bukan semua tokoh yang ada pengikut boleh dianggap sebagai pemimpin. Ali Baba, dengan 40 pencuri yang menjadi pengikutnya, tidak boleh digelar pemimpin, kerana beliau membawa masalah kepada masyarakat dan tidak menyelesai sebarang masalah.
 

LIM KIT SIANG MENENTANG RASUAH

42. Lim Kit Siang bolehlah dianggap sebagai pemimpin kepada kaumnya kerana usahanya untuk menghapuskan rasuah dan apa saja yang difikirnya sebagai tidak adil kepada kaumnya.
43. Pada saat ini dalam sejarah Malaysia adalah salah untuk kita membenci WADAH PERJUANGAN Lim Kit Siang. Beliau adalah jagoh yang tidak pernah letih menentang RASUAH. RASUAH adalah musuh utama negara dan bangsa.

44. Malahan manusia yang paling RASUAH dan yang patut dibenci oleh bangsa Melayu adalah dari kalangan bangsa Melayu sendiri.


ZAMAN DAP GAGAL MEMERINTAH

45. Parti DAP yang diasas dan dipimpin oleh Lim Kit Siang, yang kini beliau menjadi penasihatnya, TIDAK PERNAH memerintah mana jua negeri sejak merdeka di bawah Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir. 

DAP MULA TAWAN NEGERI
DI BAWAH PERDANA MENTERI
TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

46. DAP hanya berjaya menawan kerajaan negeri di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya.  Tidak hairanlah jika mereka takut dan trauma menghadapi DAP.

47. Malahan DAP berjaya di sesetengah kawasan pilihanraya dengan bantuan PAS. Dan PAS juga dalam sesetengah kawasan pilihanraya kerana sokongan DAP.

DAP TERUS MENGUASAI
SEBUAH KERAJAAN NEGERI
DI BAWAH PERDANA MENTERI
DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK

48. Oleh itu adalah lojik bagi Najib menakutkan UMNO terhadap DAP kerana itulah gambaran perasaannya kerana tidak mampu menghalang DAP dari bertapak dalam kerajaan negeri sejak Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri dan beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sehingga seterusnya menjadi Perdana Menteri.
49. Seseorang ketua parti yang menanam perasaan takut kepada DAP dan Lim Kit Siang kerana ketua itu tidak mampu menahan mereka dari menguasai kerajaan negeri bukanlah satu tindakan dari seorang ketua yang bijak; kerana seseorang pemimpin yang bijak perlu berkeupayaan untuk tidak membenarkan DAP untuk mengambil alih kerajaan negeri.

50. Jika seseorang pemimpin UMNO itu ingin memuliakan nama pemimpin yang dipinjamkan oleh Allah swt kepadanya, maka beliau harus berjaya menghalang DAP dari memerintah mana jua negeri jika kemengan DAP itu dianggap sebagai satu masalah.


YANG PALING MENGENALI LIM  KIT SIANG

51. Tun Dr. Mahathir paling mengenali Lim Kit Siang selain dari Tengku Razaleigh Hamzah dan saya sendiri. Kami bersama bertanding dalam pilihanraya umum 1974.
52. Kami mengenal dan tidak takut kepada Lim Kit Siang sebagaimana beliau juga tidak takut kepada kami. 

53. Hanya tokoh dan watak yang RASUAH sahaja yang patut terus takut kepada Lim Kit Siang kerana beliau adalah musuh kepada PERASUAH.


PAKATAN TENGKU RAZALEIGH
DENGAN LIM KIT SIANG

54. Malah Tengku Razaleigh sendiri, beberapa bulan yang lalu, telah berjaya mendapatkan kerjasama dan sokongan DAP, khususnya Lim Kit Siang, supaya anggota parlimen dari parti mereka turut menyokong Tengku Razaleigh dalam usaha menjatuhkan Dato' Seri Najib dengan menanda-tangani 'Statutory Declaration' sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan DAP di negeri perak dahulu. 

55. Malahan Tengku Razaleigh juga telah mendapatkan sokongan dari pemimpin PAS Dato' Haji Hadi Awang yang, mengikut Tengku Razaleigh telah bersetuju untuk mengenepikan 'HUDUD' dan bekerjasama dengan Tengku Razaleigh asal nama parti yang memerintah di bawah Tengku Razaleigh tidak menyebut perkataan 'PERPADUAN' dan pihak DAP juga tidak mendapat portfolio yang penting dalam kerajaan pimpinan Tengku Razaleigh jika berjaya diwujudkan nanti. 


KERJASAMA DATUK SERI ANWAR
DENGAN LIM KIT SIANG
56. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah berjaya menggabungkan DAP di bawah pimpinan penasihatnya Lim Kit Siang dengan PAS di bawah pimpinan Dato' Hj. Hadi Awang, dan PKR di bawah pimpinan isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail, untuk mengalahkan Barisan Nasional, dengan undi popular, dalam pilihanraya umum ke 13. 



KERJASAMA DATO' SERI NAJIB
DENGAN DATO' HAJI HADI AWANG

57. Kini kita dengar pula wujudnya kerjasama antara Najib dan Hadi. PAS di bawah pimpinan Dato' Asri Hj. Muda telah mengkafirkan UMNO pada tahun 1962 di bawah pimpinan ayahnya Tun Abd. Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO. Dato' Hj. Hadi Awang pula telah memperkuatkan pengkafiran UMNO ini dengan apa yang dikatakan sebagai AMANAT HAJI HADI yang diumumkan di Kampung Banggol, Peradog, Kuala Trengganu pada 7 April, 1981 di waktu UMNO di bawah pimpinan Tun Hussein Onn (PM dari 15 Januari, 1976 hingga 16 Julai, 1981). Apakah ikhlas kerjasama Hadi dengan anak Tun Abd. Razak dan anak saudara Tun Hussein Onn. 

58. Sedutan dari ucapan Hj. Hadi dalam majlis di atas ialah:

"Saudara-saudara sekalian percayalah, 

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peratuan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini keranakalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

59. Apakah ertinya Hj. Hadi berkawan dengan DAP untuk mengalahkan Barisan Nasional dalam konteks AMANAH HADI?

60. Apakah ertinya Hj. Hadi setuju kerjasama dengan Tengku Razaleigh untuk mengenepikan 'HUDUD' jika tertubuh kerajaan campuran di bawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

61. Apakah ertinya Hj. Hadi berkerjasama dengan Najib kerana menganggap 'derma RM2.6 bilion' yang Najib terima dalam akaun peribadinya, bukan dari Arab, tetapi dari 1MDB, boleh dianggap selaras dengan'derma kita adalah jihad' sebagaimana yang terkandung dalam.

62. Apakah sikap Hj. Hadi terhadap penasihat kafir yang ramai di keliling Najib sehingga 1MDB ditubuhkan; dan dengan JAMINAN RAHSIA dari KABINET, Najib, sebagai Menteri Kewangan, telah menjamin dan melayani rancanganYAHUDI GOLDMAN SACHS untuk MEMINJAM RM42 billion dengan bayaran KOMISYEN 10% dan RIBA lebih 6% . Wang pinjaman RM42 billion ini pula telah digunakan untuk URUSAN PELABURAN TIDAK CERDIK dan MERUGIKAN dan sebahagian daripadanya untuk memodalkan biaya membuat FILEM LUCAHbernama 'The Wolf of Wall Street' dengan belanja ratusan juta. Apakah semua ini JIHAD dan selaras dengan tuntutan ISLAM. 

63. Apakah AJENDA HUDUD hanya satu usaha untuk MENGABURI MATA RAKYAT.

64. Ada yang bertanya pada saya 'jika mencuri sejumlah kecil kena hukuman potong tangan, apakah jumlah curi itu perlu berbilion supaya itu boleh boleh dianggap sebagai TUNTUTAN ISLAM atau JIHAD. Wallahu'aklam

JHO TAEK LOW
DAN BUKAN LIM KIT SIANG YANG PATUT DIBENCI DAN DITAKUTI

65. Jika rakyat Malaysia, tidak semestinya yang berbangsa Melayu, ingin untuk mencari seorang China sebagai musuh untuk dibenci, maka mereka perlu mengalihkan perhatian kepada Jho Taek Low. 

66. Dan bukan Lim Kit Siang

67. Jho Teik Low yang merugikan Negara dan menyiksakan rakyat.

68. SELURUH DUNIA mengetahui peranan Jho Taek Low dalam drama skandal 'embazzlement', 'money laundering' dan rasuah sekitar 1MDB yang telah banyak ditulis dan ianya boleh diperolehi dengan memasuki internet. 


69. Jenayah sekitar persoalan 1MDB ini bolehlah diibaratkan sebagai seorang wanita bernama Ce' Wan Emdibi, yang dibela oleh Yahudi GOLDMAN SACHS, berlumuran RIBA sebagai darah yang siasia diperahkan darinya. Seterusnya saya turunkan satu petikan ibarat dalam bahasa Inggeris yang disampaikan kepada saya.

70. Satirically, someone suggested that Arul Kanda Kandsasamy can be compared to a FUNERARY UNDERTAKER chosen to prepare for the burial of a half-dead body of Ce’ Wan Emdibi, born of a second marriage, Jewish groomed as a non-Muslim Malay lady, who was brutally raped in New York, London, Zurich, Abu Dhabi, Singapore and Hong Kong by Malays, Jews, Indians, Chinese and Arab swindlers. Arul's job was to resuscitate the half-date victim, after having been drained of its borrowed blood by stupid contribution to usurpers, and blood transfusion was contributed by the Malaysian public through their blood bank in the form of FELDA, LUTH, KWASP EPF, LTAT and other GLCs. thereby depleting the blood of these institutions; even with the cooperation of the police, the investigating auditors, the lawyers and parliament in trying to hide the rot which stinks, Arul, as funerary undertaker, who was supposed to dress up the body and remove the scars, by surgery, and the stinks, by perfumes, provided by the various agencies, still had to distance himself from the cops and hand over the semi conscious body for adoption by the treasury, whose taxes, tolls, and withdrawal of subsidies is to maintain the body for adoption. Let us hope that the body is not infected by any venereal disease.


MASA DEPAN MELAYU 

71. Setelah kita gantikan Lim Kit Siang dengan Jho Taek Low, sebagai tokoh China yang ingin kita benci, apakah masa depan bangsa Melayu? Pemikiran saya dalam perkara ini telah saya bincang dengan panjang lebar dalam masukan blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk 'FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA' dan kemudiannya dimasukkan kembali pada 31hb January, 2016 atas tajuk yang diubah kepada 'MELAYU SELEPAS TSUNAMI EKONNOMI 1MDB.


72. Sepanjang saya terlibat dengan GERAKAN MENYELAMATKAN MALAYSIA dengan menyokong DEKLARASI RAKYAT saya berkesempatan mengenali dari dekat semua tokoh Melayu dari berbilang parti pembangkang di peringkat persekutuan dan parti pemerintah di Kelantan, Pulau PInang dan Selangor, yang rasa cinta mereka kepada ugama, bangsa dan negara tidak pernah pudar. 


73. Oleh itu jaminan untuk pengekalkan keutuhan masa depan politik bangsa Melayu bergantung kepada ramainya Melayu di dalam Parlimen dari parti apa sekalipun. Mereka boleh dan mampu bekerjasama asalkan faktor RASUAH TIDAK DIJADIKAN SIMEN UNTUK PERPADUAN. Wallahu'aklam.

SENARAI BUKU KARANGAN LIM KIT SIANG

ZAMAN TUN HUSSEIN ONN
DPM dari 13.08.1973 - 15.01.1976 PM dari 15.01.1976 - 16.07.1981

1. 1978 - Time Bombs in Malaysia
2. 1978 - DAP and Labour Issues


TUN DR MAHATHIR B. MOHAMAD
DPM dari 15.01.1976 -  16.07.1981 PM dari 16.07.1981 - 31.10.2003

3. 1982 - Malaysia In The Dangerous 80s.
4. 1983 - Constitutional Crisis in Malaysia
5. 1983 - This Day In The Last 18 Months
6. 1984 - The BMF Scandal
7. 1984 - Harris Salleh - Politics & Morality
8. 1985 - Human Rights In Malaysia
9. 1985 - Malaysia - Crisis Of Identity
10. 1986 - BMF - The Scandal Of Scandals
11.1987 - The North-South Highway Scandal
12. 1990 - Prelude To Operation Lalang
13. 1991 - The Dirtiest General Elections In The History Of Malaysia.
14. 1991 - Selected Speeches & Press Statements - Vol. 1
15. 1992 - Samy Vellu and MAIKA Scandal
16. 1992 - Battle For Democracy
17. 1992 - Vijandran Pornographic Videotape Scandal II
18. 1994 - The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal
19. 1994 - The Highland Tower
20. 1994 - Pendedahan Skandal Kewangan - Siapa Petualang FELCRA.
21. 1994 - Land Acquisition Act - Abuses, Injustices, Reform
22. 1997 - I. T. For All
23. 1997 - Cyberlaws In Malaysia
24. 1998 - Economic & Financial Crisis
25. 1998 - Political & Economic Crisis In Malaysia
26. 1999 - The Budget That Was Never Passed
27. 2000 - Constitutional Case Of The Millenium
28. 2001 - BA & Islamic State
29. 2002 - No To 929


TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
DPM dari 29.01.1999 - 31.10.2003 PM mulai 31.10.2003 - 03.04.2009

30. 2008 - Cries Of Sabah


DATO' SERI NAJIB B. TUN ABD. RAZAK
DPM dari 07.01.2004 - 03.04.2009 PM dari 03.04.2009 hingga sekarang

31. 2009 - Unmasking Najib
32. 2009 - Monther Of All Scandals: The RM12.5 Billion PKFZ Rip-Offf
33. 2009 - Time Bombs In Malaysia - 30th Anniversary Edition
34. 2009 - Cabinet Decision On ETeMS (PPSMI) A Raw Deal
 
 
PENERBITAN PERSAMA PADA 16hb JUN, 2016
 
PENERBITAN KEDUA PADA 26hb MAC, 2017

No comments: