NUFFNANG

Thursday 30 March 2017

KAN DAH PESAN, JANGAN PIKUL BIAWAK... KAN DAH KENA KENCING

KAN DAH PESAN, JANGAN PIKUL BIAWAK... KAN DAH KENA KENCING


PAS tentunya kini sudah tahu apa rasa apa warna apa bau terkena
kencing biawak, kencing berdepan,  kencing di muka.

Kena kencing selepas PAS menolak BERSATU...

Kena kencing selepas Hadi gelar UMNO
biawak..

Turut terkena tempias ialah seorang 
pemimpin kanan umno yang sebelum 
ini terlepas cakap.. Sanggup bersama 
pas walau hilang kawan lama. 

Semasa mahu memnentangkan Hudud
di Parlimen awal 2016, PAS keluar dari
Pakatan Rakyat atas dakwaan DAP tiada
hak untuk menentang usul PAS mengenai
hudud walaupun bersetuju hak mereka
untuk tidak menyokong di Parlimen. 

Keputusan kerajaan untuk membentangkan
RUU355 dibawa ke mesyuarat Barisan
Nasional (?) Kenapa urusan kerajaan
tidak dibawa ke kabinet sebaliknya ke
komponen parti? 

Sudah tentu umno mahu memaklumkan
bukan umno yang tolak bukan kerajaan
yang tolak tetapi komponen BN.  Umno
tak salah maa.. 

UMNO tidak pula mengambil sikap bodoh
sombong seperti PAS untuk bergaduh
sesamarakan komponen BN apabila mereka
tidak bersetuju umno/kerajaan
membentangkannya. Keputusannya umno
mendahului keputusan barisan Nasional dari
remeh temeh selera PAS.

Apakah itu petanda umno tidak Islamic
seperti PAS atau jawapan yang paling
budiman dan syahdu,  PAS menghormati
dan memahami pendirian umno?
Kikikiki

Kalau ikut liga bolasepak FAM yang kebetulan
masih ditakok lama,  PAS adalah pasukan
yang paling corot,  nasib baik ada parti Kadir Sheikh Fathil paling bawah. 

Nasib baik PAS Selangor tak ikut rentak lebai malang yang mahu
memutuskan kerjasama dengan PKR. 



Ini semua cerita malang buat PAS tetapi tidak semestinya sama duka
sama sedih buat Hadi Awang,  politik adalah permainan/game  !!!

Untuk PAS Hadi jadi PAS Nik Aziz dan berada di landasan yang betul
semula, lepaskan Hadi Awang,  Nik Abduh dan konco konconya di
muktamar nanti.

Tuan Ibrahim Tuan Man pengganti yang layak. 


No comments: