NUFFNANG

Thursday 12 June 2014

WAHAI PAS DAN PKR !!! Hudud : DAP Ikrar Gagalkan Usaha UMNO Selangor

Hudud : DAP Ikrar Gagalkan Usaha UMNO Selangor


alt

KUALA LUMPUR 12 Jun - DAP berikrar akan membantah sebarang usaha mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor termasuk wakil Adun UMNO dalam membawa usul melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut.
Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, DAP mengulangi pendirian bahawa hukum syariah itu bertentangan dengan dasar yang termaktud menerusi perlembagaan negara.

“Kami sudah berulang kali katakan, kami berpendapat bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan Perlembagaan.

“Justeru kami menentang sekeras-kerasnya cadangan memperkenalkan undang-undang syariah itu dinegeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong turut menegaskan, undang-undang jenayah hanya boleh diluluskan oleh Parlimen dan bukannya Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
alt

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik mencadangkan kajian untuk memperkenalkan hukum hudud di Selangor akan dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin depan.

Cadangan itu diserahkan oleh Kamarol Zaki kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada minggu lalu.

“Ia diserahkan minggu lalu oleh Inmind bagi pihak saya,” katanya Kamarol Zaki.

Ianya dibincangkan menerusi Institut Perkembangan Minda (Inmind) yang merupakan sebuah agensi yang dilantik oleh Adun Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum ianya diserahkan kepada Speaker untuk dibawa cadangan ke sidang DUN.

Hannah turut mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan.

“Saya masih belum membuat keputusan sama ada untuk membenarkan mereka membahas isu ini atau tidak,” katanya.

source : rakyatnews.my

No comments: