NUFFNANG

Wednesday, 4 June 2014

MAHFUZ MENGAMUK BILA DAP SALAHKAN HUDUD DI TELUK INTAN.

MAHFUZ MENGAMUK BILA DAP SALAHKAN HUDUD DI TELUK INTAN.

KUALA LUMPUR, 4 JUN: PAS jelas kecewa apabila pihak mereka dipersalahkan oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo susulan kekalahan mengejut calon DAP di Teluk Intan baru-baru ini.

Susulan kenyataan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media jelas berang dan bertindak menyelar tindakan Ahli Parlimen DAP tersebut.

Dalam sidang media itu, Mahfuz mahu Gobind mencari kelemahan parti DAP terlebih dahulu sebelum menyalahkan pihak PAS. Mahfuz turut sarankan Gobind melakukan kajin terperinci benarkah Hudud menjadi punca utama kekalahan DAP baru-baru ini.

Sambil menyifatkan alasan tersebut tidak masuk akal, Mahfuz yakin bahawa kekalahan DAP di Teluk Intan disebabkan faktor lain dan bukannya Hudud sebagai punca utama.

"Kalau kata orang Cina tak undi DAP sebab hudud, itu sesuatu yang pelik sebab semua orang tahu DAP memang dari dulu lagi konsisten tak sokong hudud pun".

"Tak kan orang Cina tak percaya kepada DAP menentang hudud. Lain lah kalau orang Cina tak undi calon PAS sebab PAS mahu laksanakan hudud," katanya Ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada media.

Mahfuz turut memberitahu bahawa jika benar Hudud dijadikan punca, mengapa di PRK Bukit Gelugor kaum Cina tidak pula menolak DAP seperti yang didakwa oleh beliau.

"Kita harap DAP membuat kajian menyeluruh dari semua aspek. Kita tidak menolak faktor pengundi luar yang tidak pulang dan orang tempatan yang tidak keluar mengundi", tamabah Mahfuz lagi.

Sebelum ini, Gobind dalam satu sidang media jelas kecewa dengan penurunan undi sebanyak 25% dari kaum bukan Melayu di Teluk Intan sambil mendakwa bahawa punca penurunan itu disebabkan oleh isu perlaksanaan Hudud yang cuba dibawa PAS sebelum ini.

“Saya berpendapat bahawa kontroversi di pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang ketara terhadap kekalahan kami (DAP) di Teluk Intan,"ujar Gobind.-UtaraNews.com
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/06/mahfuz-mengamuk-bila-dap-salahkan-hudud.html#sthash.KPp1K5d9.dpuf
source : utara news

No comments: