NUFFNANG

Wednesday 25 June 2014

HOT DAN PANASSS!! Gereja Berpendapat Larangan Guna Kalimah Allah Hanya Untuk Herald Tidak Untuk Al-kitab.

HOT DAN PANASSS!! Gereja Berpendapat Larangan Guna Kalimah Allah Hanya Untuk Herald Tidak Untuk Al-kitab.


Sebarang percubaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam apa-apa bentuk media boleh
ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mengacau bilau serta menjejaskan keharmonian masyarakat
di Malaysia.

Pengamal Undang-undang Encik Azril Mohd Amin berkata, pendirian pihak gereja untuk
terus menggunakan kalimah Allah kecuali dalam The Herald adalah bertentangan dengan kehendak
dan semangat Perkara 11(4) Perlembagaan.

Mahkamah Persekutuan mengikut sebagaimana yang telah diputuskan Mahkamah Rayuan iaitu
budi bicara oleh Menteri Dalam Negeri didapati secara objektifnya adalah betul.

“Benar penghakiman itu secara khusus hanyalah untuk penerbitan Herald sahaja.



“Walau bagaimanapun, Majlis Gereja-Gereja dan penganut Kristian perlu mengambil iktibar bahawa
pengunaan perkataan Allah untuk merujuk terjemahan ‘God’ sebagai Tuhan dalam agama Kristian
adalah menjadi perkara sensitif kepada umat Islam.

“Ianya boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan umat Islam,” katanya.

Semalam, Persekutuan Kristian Malaysia menegaskan bahawa masyarakat Kristian akan terus
menggunakan kalimah “Allah” kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald selepas Mahkamah
Persekutuan menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapat kebenaran merayu keputusan
Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam ‘The Herald’.

Tegas Encik Azril, kenyataan bersifat provokasi sebegitu ternyata bertujuan menghina dan
berisiko mengundang tindak balas umat Islam terhadap pihak gereja.

“Mereka perlu maklum, di peringkat Mahkamah Rayuan, hakim telah menegaskan bahawa perkataan
Allah tidak merupakan sebahagian daripada pengajaran Katolik.

“Jika gereja berkeras untuk menggunakan perkataan Allah, maka Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Rayuan mempunyai banyak hujah untuk memihak kepada umat Islam,”
ujar beliau ketika dihubungi ISMAweb.

No comments: