NUFFNANG

Thursday, 19 June 2014

10 Syarikat Gergasi yang kawal hampir segalanya yang anda beli

10 Syarikat Gergasi yang kawal hampir segalanya yang anda beli

[Klik gambar untuk besarkan]

10 syarikat gergasi dunia hakikatnya mengawal pengeluaran hampir kesemua produk yang kita beli; bermula daripada produk isi rumah, hinggalah ke makanan haiwan, sampailah kepada pakaian jeans. Carta di atas menerangkan segalanya.

Berdasarkan carta yang dihasilkan Reddit di atas, yang juga disebut sebagai "Illusion of Choice", 10 syarikat gergasi ini mewujudkan rantaian pengeluaran yang bermula di salah satu daripada 10 syarikat multinasional.

Mungkin anda pernah dengar nama-nama besar syarikat tersebut, tetapi adalah menakjubkan apabila memikirkan pengaruh yang dimiliki syarikat-syarikat gergasi ini.

Ini semua mencetuskan perdebatan betapa perlunya kita sebagai rakyatMalaysia untuk menyokong produk keluaran syarikat tempatan walau sekecil mana pun syarikat tersebut.

Namun berdasarkan superbrands.com, 10 jenama produk yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia setakat Disember 2013 adalah;

1. Google
2. 100 Plus - F&N Singapore
3. Double A - Thailand
4. Air Asia - Malaysia
5. Ogawa - Jepun
6. Gardenia - Pandan Loop, Singapore
7. Energizer - Amerika Syarikat
8. Panasonic - Jepun
9. Maggi - Switzerland
10. MEPS

Hanya satu jenama dalam senarai di atas milik syarikat Malaysia, itupun tiada yang boleh dibanggakan. Bernas yang dimiliki Syed Mokhtar pun hanya memiliki 30% saham dalam Gardenia sekaligus tidak menjustifikasikan Syed Mokhtar sebagai pemilik Gardenia Malaysia. Jadi apa yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia selain jenama Petronas; yang tidak pun masuk dalam senarai "Top 10 Malaysia Favorite Brands".

Please support our local small producers!!

source : paneh miang

No comments: