NUFFNANG

Tuesday, 17 June 2014

GEMPAQ !! TEMBELANG ANWAR SUDAH PECAH !!

GEMPAQ !! TEMBELANG ANWAR SUDAH PECAH !!

Penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berfikir secara mendalam apakah perlu lagi mereka memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu setelah segala tembelangnya diketahui umum di peringkat antarabangsa. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, sudah terang lagi bersuluh segala kesalahan Ketua Pembangkang itu di peringkat antarabangsa, justeru perkara tersebut wajar dijadikan penilaian jelas untuk penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat rumusan terhadap pemimpin mereka itu. 
Beliau hairan kerana walaupun satu dunia tahu segala tembelang 'pakar putar alam' tersebut bermain sandiwara mengaburi kegiatan yang telah dilakukan, namun masih terdapat insan di negara ini mahu menuruti segala kerakusan pemimpin tersebut dalam mengejar impian politik dirinya. 
"Orang ramai terutama penyokong fanatik Anwar seharusnya buka mata dan menilai kembali pemimpin mereka itu, layakkah dia diangkat sebagai pemimpin utama negara setelah berkali-kali cuba memburukkan nama Malaysia di mata dunia. 
"Itu belum lagi dikira masalah peribadi dirinya yang terlibat dengan pertuduhan kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang menyaksikan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

source : dr mim 

No comments: