NUFFNANG

Wednesday 5 June 2013

British diajar Mahathir guna Buy British Last... Sekarang ni kita ajar orang Islam/Melayu Buy Muslim/Malay First and Buy Chinese Last....

British diajar Mahathir guna Buy British Last...Sekarang ni kita ajar orang Islam/Melayu Buy Muslim/Malay First and Buy Chinese Last....




Tun Dr. Mahathir ....

.... marah dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.

Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang Heathrow.


Selain daripada itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain [bukan Khalid Ibrahim ye ... kah kah kah] supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan mereka.


Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. 

London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain.




Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. 

Beliau juga lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.

Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini sebagai contoh mentality colonial  yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern Economic Review, October 30, 1981].

Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek, October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September 25, 1981]

Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti menaikkan yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka terhadap operasi `Dawn Raid’ ini telah menyebabkanDr. Mahathir melakukan kempen `Buy British Last’. 

Baca kisahnya di SINI


Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far Eastern Economic Review, October 9, 1981].

Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di Malaysia.



Selepas 5 bulan kempen `Buy British Last’ berjalan, pada Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington dan Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi tidak membuahkan hasil. 

Ini memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen `Buy British Last’ dan menyelesaikan isu CHOGM.

Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport [The far eastern economic review, April 14, 1983].
Baca sepenuhnya di GAP SINI

Senang ajer nak ajar mereka yang nak huru hara, hentam mangkuk nasi dia.



Kalau kita berani, bersatu dan bersungguh-sungguh, kita akan dapat balik ekonomi kita kerana kita pegang pasaran. Ini bukan politik parti saja, ini adalah maruah bangsa dan ummah.

Boikot Air Asia
Buy Chinese Last, Buy Others
Hidup Melayu! Allahu Akbar!
source : the unspinners

No comments: