NUFFNANG

Sunday 3 May 2015

[#PRK P044 PERMATANG PAUH: PANASS! PENJELASAN ISMAIL SABRI!] PRK P044 Permatang Pauh - Bijak Cara Ismail Sabri Jawap Tuduhan Bodoh Izzah...

[#PRK P044 PERMATANG PAUH: PANASS! PENJELASAN ISMAIL SABRI!] PRK P044 Permatang Pauh - Bijak Cara Ismail Sabri Jawap Tuduhan Bodoh Izzah...

Petang semalam bertempat di Tapak Perda City Mall, Menteri Pertanaian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan gerak kerja kempen membantu calon UMNO BN bagi PRK Parlimen Permatang Pauh Suhaimi Sabudin.

Ismail Sabri mengatakan kenyataannya mengenai penolakan peruntukan pertanian sekiranya PKR menang dalam PRK Permatang Pauh bukanlah "rasuah" Pilihanraya akan tetapi kerana lebih mudah bagi pengundi untuk mendapatkan bantuan daripada Menteri BN berbanding wakil Pembangkang.

Mempertahankan dirinya daripada tuduhan rasuah daripada Nurul Izzah anak Anwar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bukanlah peguam yang bijak menafsirkan sesuatu kenyataan dikeluarkan menyalahi peraturan Pilihanraya.

"Itu interpretasi dia. Dia bukan peguam..." kata Ismail Sabri.
 


"Sebenarnya saya membandingkan antara wakil rakyat Barisan Nasional dan wakil rakyat Pembangkang. Lebih mudah untuk membantu melalui wakil rakyat BN daripada melalui wakil rakyat Pembangkang," katanya lagi.

Nurul Izzah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Ismail atas kenyataannya yang akan menolak peruntukan pertanian jika PKR memenangi PRK Permatang Pauh kenyataan Menteri itu umpama rasuah yang melanggar Perkara 10(a) Akta Pilihan Raya 1954.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata Nurul Izzah hanya memberikan tafsiran undang-undangnya sendiri.

Menteri itu semalam mengingatkan pengundi di Permatang Pauh melupakan terus sebarang bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jika PKR terus menang di kawasan itu.

Beliau sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon BN, Suhaimi Sabudin berjaya mengalahkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Soal pertanian, calon kita akan boleh bangkitkan di Parlimen. Tambahan pula ini adalah kawasan pertanian.

"Saya pasti akan luluskan semua yang diminta Suhaimi, jika beliau minta," katanya.



"Biasanya wakil rakyat Pembangkang tidak akan minta tolong dari Menteri BN. Mungkin kerana ego mereka akhirnya pengundi yang rugi.

"Selama saya jadi Menteri tidak ada wakil rakyat Pembangkang jumpa saya untuk minta pertolongan untuk pengundi mereka walaupun sering jumpa di Parlimen.

"Jadi saya tekan jika nak pilih wakil rakyat eloklah pilih yang boleh membantu. Jadi pilih calon BN," kata Ismail Sabri. Beliau juga berkata, pemimpin Pembangkang suka mencari salah orang lain dan terlupa apa yang sudah mereka lakukan.

"Mungkin di negeri Pembangkang banyak projek diluluskan melalui wakil rakyat BN?" soalnya dengan nada sinis.

Sementara itu sewaktu berlangsungnya majlis Road to HPPNK 2015 yang dirasmikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakop, calon BN Suhaimi Sabudin dengan rasa rendah diri merayu diberikan peluang untuk kesekian kalinya dipilih sebagai wakil rakyat Parlimen Permatang Pauh. Beliau menyatakan komitmennya untuk membantu menyelesaikan masalah kaum Peladang, Penternak dan Nelayan disini.


Menteri Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan kenyataannya mengenai penolakan peruntukan pertanian sekiranya PKR menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bukanlah "rasuah" pilihan raya akan tetapi kerana lebih mudah bagi pengundi untuk mendapatkan bantuan daripada menteri Barisan Nasional (BN) berbanding wakil pembangkang.
Mempertahankan dirinya daripada tuduhan rasuah daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata ahli Parlimen Lembah Pantai itu bukanlah peguam yang bijak menafsirkan sesuatu kenyataan dikeluarkan menyalahi peraturan pilihan raya.
"Itu interpretasi dia. Dia bukan peguam.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bukan-rasuah-lebih-mudah-dapat-bantuan-daripada-bn-kata-ismail-sabri#sthash.6SICo1Yl.dpuf

No comments: