NUFFNANG

Tuesday 19 May 2015

[NAJIB IS CRACKING UP!] ... "Pandikar malukan saya, beri gambaran saya pembohong" - Tun M

[NAJIB IS CRACKING UP!] ... "Pandikar malukan saya, beri gambaran saya pembohong" - Tun M

KUALA LUMPUR: "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan."

Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.

"Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.

"Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.

"Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.

"Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign," katanya di pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.

"Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya," katanya.

Di dalam ucapannya semasa melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata Pandikar tidak berpuas hati dengan hiasan dalaman di pejabat Parlimennya yang berada di dalam keadaan teruk dan mungkin juga itu antara sebab untuk beliau menyatakan 'hasrat untuk meletakkan jawatan.'

Dakwaan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan speaker Dewan Rakyat itu disangkal oleh Pandikar.

Hari ini Pandikar seperti biasa mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13.

No comments: