NUFFNANG

Thursday 14 May 2015

[PANASS!! DEMI ANWAR, LIM KIT SIANG ANAK BERANAK DAN PAKATAN RAKYAT, PAS PECAH-BELAH!] Ahmad Awang Sah Cabar Hadi, Husam Dijangka Tarik Diri

[PANASS!! DEMI ANWAR, LIM KIT SIANG ANAK BERANAK DAN PAKATAN RAKYAT, PAS PECAH-BELAH!] Ahmad Awang Sah Cabar Hadi, Husam Dijangka Tarik Diri

May 14,2015 - by 

AIDCNews – 14/5/15 – Bekas naib presiden PAS Ustaz Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.
Ahmad dilaporkan Malaysiakini berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.
“Parti ini mengamalkan demokrasi dan kami mahu memperkukuhkan parti,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.
Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.
MalaysiaGazette melaporkan berkeungkinan Datuk Husam Musa akan memberi jalan kepada Ahmad untuk mencabar Hadi, sementara beliau pula dijangka akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atau mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden.
“Mungkin Husam mahu mencuba nasib jawatan nombor dua atau lebih selesa kekal pada jawatan Naib Presiden PAS sahaja.
“Menurut pemerhati politik, Ahmad yang juga bekas Naib Presiden PAS dan bekas Presiden Ulama Malaysia ‘dihantar’ bagi usaha mengekalkan kerjasama Pas dengan Pakatan Rakyat (PR) teruk utuh.
“Usaha-usaha itu dilakukan kerana Abdul Hadi sejak kebelakangan ini agak ‘renggang’ dengan PR terutama dalam banyak isu-isu dalaman berkaitan PKR dan DAP.
“Malah dalam PAS sendiri sudah ada ‘bunyi-bunyi’ sesetengah kumpulan yang tidak mahu lagi kepimpinan Abdul Hadi kerana tidak sekata dengan PR.
“Bagaimanapun, bukan mudah untuk menewaskan Abdu Hadi. Sokongan pimpinan dan ahli pro ulama sudah berakar umbi dalam PAS,”lapornya
source : aidc

No comments: