NUFFNANG

Thursday 21 May 2015

[#NAJIBISCRACKINGUP : PANASS BERAPI!  ARTIKEL YANG MESTI DIBACA DAN VIDEO CLIP YANG MESTI DI TONTON OLEH SELURUH AHLI UMNO DAN UMAT MELAYU-ISLAM DI TANAHAIR INI! ] Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB

[#NAJIBISCRACKINGUP : PANASS BERAPI!  ARTIKEL YANG MESTI DIBACA DAN VIDEO CLIP YANG MESTI DI TONTON OLEH SELURUH AHLI UMNO DAN UMAT MELAYU-ISLAM DI TANAHAIR INI! ] Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB



Kesimpulannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun membuat pendirian yang amat jelas berhubung skandal 1MDB serta langkah serta merta yang harus diambil demi masa depan parti, kerajaan dan negara.

Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan yang begitu jelas dihadapan beberapa pemimpin tertinggi Umno dan Kerajaan serta ratusan pemimpin akar umbi bahawa seluruh lembaga pengarah 1MDB harus dipecat dan 'POLIS dipanggil untuk menyiasat mereka'

Kepada mereka yang masih percaya bahawa masalah negara pada masakini ialah kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, sila fikir semula. Ini adalah masalah besar yang akan membuat kita terjerumus dengan beban hutang yang jauh mengatasi kemampuan. 

Hentikanlah cemuhan dan cacian keatas Dr Mahathir. Media arus perdana, terutamanya TV3 hanya cuba menegakkan benang yang sudah kuyup. 

Secara peribadi saya agak lega kerana masih ada lagi pemimpin tertinggi negara yang mampu melihat serta memahami isu sebenar yang cuba diselesaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Masih ada harapan rupanya.

Kepada penyokong akarumbi yang tidak tahu apa-apa serta 'langau jadian' yang sentiasa mengelilingi Perdana Menteri dan Presiden Umno, sedar lah bahawa bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nasihat punahsihat. 

Saya percaya, Najib Razak tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dalam kadar segera jika beliau benar-benar sayangkan Umno, Barisan Nasional dan negara kita Malaysia. 

Undurlah Datuk Seri Najib Razak, anda sudah menjadi beban kepada kami.

p/s Sila sampaikan luahan hati Timbalan Presiden Umno ini kepada rakyat. Masalah kita akan selesai bila Umno dan Tan Sri Muhyiddin menentukan siapa akan menjadi Timbalan beliau. Insyaallah!
Source : apanama

No comments: