NUFFNANG

Saturday 2 May 2015

[HARAP PDRM CEPAT SIASAT DAN AMBIL TINDAKAN SEGERA!] ... Ahli Kelab Myvi Pertahan Rakan, Nafi Mereka Berlumba?!!

[HARAP PDRM CEPAT SIASAT DAN AMBIL TINDAKAN SEGERA!] ... Ahli Kelab Myvi Pertahan Rakan, Nafi Mereka Berlumba?!!




MALANG sememangnya tidak berbau tapi jika ‘sudah terang lagi bersuluh’ mengapa masih hendak pertahankan sesuatu yang salah?




Rata-rata memikirkan nasib dua kanak-kanak yang menjadi anak yatim piatu selepas kehilangan kedua ibu bapa termasuk adik bongsu mereka yang baru berusia enam bulan dalam kemalangan awal pagi semalam gara-gara tindakan enam buah kereta Perodua Myvi yang dilaporkan merupakan ahli satu kelab kereta berlumba sesama sendiri.
Bagaimanapun, muncul seorang ahli daripada Myvi Familia Club yang cuba mempertahankan rakan-rakannya yang terlibat dalam perlumbaan haram yang disebut-sebut ramai saksi.
Wanita dikenali sebagai Yana ini mendakwa berita yang tersebar mengenai perlumbaan yang berlaku antara kereta Myvi adalah tidak benar.
Katanya, ahli kelab berkenaan yang turut berada di tempat kejadian lebih mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa lima lagi pemilik kereta Myvi menghilangkan diri selepas kemalangan jika mereka tidak bersalah?

Apatah lagi beberapa saksi yang berada di tempat kejadian sendiri mengesahkan enam Myvi tersebut sedang berlumba dan memandu dengan kelajuan yang tinggi.Tak pasal-pasal kenyataan Yana yang disifatkan ‘tak masuk dek akal’ itu menerima kritikan dan kecaman netizen di laman sosial.

Apa pun, kami tidak dapat menahan air mata apabila menonton rakaman video di bawah yang memaparkan anak mangsa tidak henti-henti menangis kerana ibu bapanya sudah tiada.
Source : sportmusang

No comments: