NUFFNANG

Sunday 17 May 2015

[PEMINTAAN LAWAK ANTARABANGSA PAS KEPADA DAP!]... Hudud: PAS Minta Kit Siang Mohon Maaf....

[PEMINTAAN LAWAK ANTARABANGSA PAS KEPADA DAP!]... Hudud: PAS Minta Kit Siang Mohon Maaf....

MACHANG: PAS meminta Penasihat DAP Lim Kit Siang memohon maaf kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud semasa menyampaikan ceramahnya di Kelantan, negeri yang melaksanakan undang-undang Islam itu.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Nik Zawawi Salleh berkata Lim sepatutnya lebih berhati-hati dalam ceramahnya di Padang Perdana di sini pada 10 Mei lepas, yang dianjurkan PAS Kawasan Kota Bharu.

Lim sepatutnya menghormati dasar PAS setelah dijemput bercermaah diKelantan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini, Sabtu.

"Beliau tidak sepatutnya bercakap begitu dan (Lim sepatutnya) lebih berhati-hati," katanya apabila diminta mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kenyataan Lim itu.

Akhbar melaporkan bahawa dalam ceramah berkenaan, Lim menjadikan dua negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90  peratus penduduk beragama Islam, namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Lim dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

Nik Zawawi berkata PAS sentiasa menghormati dasar DAP, dan pada masasama berharap DAP menghormati dasar PAS berasaskan persefahaman yang terbentuk dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata walaupun PAS boleh menyanggah banyak dasar-dasar yang diperjuangkan DAP, tetapi PAS tidak pernah berbuat demikian semata-mata kerana menghormati parti itu.

No comments: