NUFFNANG

Tuesday, 23 February 2016

[Nazri]Jangan Kurang Ajar - Khairuddin

[nazri]Jangan Kurang Ajar - Khairuddin

pilihanraya kini   


Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihati Datuk Seri Nazri Aziz supaya tidak sewenangnya bersifat kurang ajar terhadap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipilih oleh perwakilan UMNO.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Nazri yang dilihatnya seperti ‘kelam kabut’ dan takut apabila Muhyiddin menyuarakan pelbagai perkara termasuklah isu wang derma RM2.6 billion, wang SRC (International) RM42 juta serta kes skandal 1MDB.

“Kenapa Nazri Aziz nampak kelam kabut dan takut sangat apabila timbalan presiden umno bercakap secara hakikat mengenai isu wang derma RM2.6 billion, wang SRC (International) RM42 juta serta kes skandal 1MDB yang menjadi isu polemik di negara kita?

“Nazri Aziz jangan kurang ajar dengan timbalan presiden Umno yang dipilih oleh perwakilan Umno. Inilah budaya kurang ajar yang sedang menyusup serta merosakkan parti Umno,” kata Khairuddin dalam kenyataan di Facebooknya pada Isnin malam.

Seperti dilaporkan, Nazri mencadangkan supaya Muhyiddin dikenakan tindakan tegas berikutan masih terus ‘menyerang’ Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri juga dikatakan akan mencadangkan perkara tersebut pada mesyuarat majlis minggu ini supaya bekas timbalan perdana menteri itu digantung keahliannya.

Tambahnya, sebagai timbalan presiden parti yang dipilih secara sah, Muhyiddin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu yang membelenggu pemikiran rakyat.

“Rakyat mahukan kebenaran. Rakyat nak tahu secara sahih, terang, jelas serta mendalam khususnya kes skandal yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

“Apakah salah kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin nak beri pencerahan kepada rakyat mengenai kes skandal 1MDB yang telah menyebabkan beliau dipecat tanpa alasan yang kukuh?,” soal Khairuddin.

source : pilihanrayakini

No comments: