[Kepada Muhyiddin pula, jangan jadi PENGECUT, BACUL, PONDAN, DARAI, POEN atau BAPOK...] ... NAZRI PERLU DESAK NAJIB BUAT PEMILIHAN UMNO SINGKIR MUHYIDDIN & MUHYIDDIN TIDAK LEBIH DARI PREBET PENCEN
"Jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, saya sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keanggotaannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan datang." - Menteri Pelancongan Nazri Aziz.
Marahnya Nazri. Biasalah. Kalau nak mudah dapatkan publisiti, inilah caranya.
Marah kerana Muhyiddin Yassin masih membangkitkan mengenai SUMBANGAN RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib Razak dan isu 1MDB.
Persoalannya kenapa perlu Muhyiddin YassinMELETAKKAN JAWATAN sebagai Timbalan Presiden Umno?
Bukan Nazri yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden? Bukan Najib yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden?
Kita, 3.5 juta AHLI UMNO, yang memilih Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno. BUKAN NAJIB, BUKAN NAZRI.
Kalau Nazri rasa beliau hebat dan berani bersuara - beliau patut meminta NAJIB mengadakan pemilihan Umno dan meminta ahli Umno MENYINGKIRKAN Muhyiddin semasa pemilihan.
Muhyiddin diPILIH oleh Umno, dan bukan diLANTIK oleh Nazri dan Najib.
Kepada Muhyiddin pula, jangan jadi PENGECUT, BACUL, PONDAN, DARAI, POEN atau BAPOK.
Buat keputusan apa yang beliau mahukan. Jangan HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.
Jangan jadi seolah-olah PEMIMPIN TIADA PEDOMAN.
Muhyiddin kena buat keputusan, apa yang beliau mahu.
Mahu menyelamatkan negara? Mahu menjadi Perdana Menteri? Mahu bermain golf? atau mahu DUDUK RUMAH.
Muhyiddin kena cerminkan diri beliau. Apaka beliau seorang yang boleh diberi taraf pemimpin?
Atau hanya seorang yang sudah berusia yang sudah hilang bisa dan perlu berpencen.
Ditendang oleh presiden parti bukan perkara baru di dalam Umno.
Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tengku Razaliegh Hamzah tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam pemilihan Umno. Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara, dituduh meliwat, dituduh berzina, tetapi hayat politik beliau masih segar bugar.
Muhyiddin diPECAT sebagai TPM hanya semata-mata membangkitkan isu yang melibatkan Najib yang mana rakyat turut sama membangkitkan isu yang sama.
Rakyat bersama beliau - tetapi Muhyiddin LESU, PENGECUT.
Ketika riuh rendah hendak diPECAT oleh Majlis Tertinggi Umno sebelum Perhimpunan Agong Umno tahun lepas, Muhyiddin lari pergi bercuti dan bermain golf di Jepun. Inikah sifat seorang pejuang?
Apabila baru-baru ini dilarang memberi ucapan di majlis sukan sekolah pun mahu mengadu. Kehadiran tidak ramai pun sudah rasa kecewa.
Siapa yang mahu menghadiri majlis Muhyiddin jika beliau sendiri TIADA HALUAN dan berperwatakan LESU.
Siapa mahu menjaga periuk nasi mereka yang menghadiri majlis Muhyiddin jika beliau sendiri tidak tentu arah akan perjuangan beliau.
Anwar Ibrahim adalah pemimpin dan pejuang.
Alang-alang nak berjuang, berjuang betul-betul. Anwar Ibrahim tidak perlukan pengikut untuk berjuang. Disokong oleh anak beranak beliau sudah cukup untuk mengugat Umno.
Parti yang ditubuhkan beliau hampir-hampir menghancurkan Umno. Kalah di Perak, kalah di Kedah, kalah di Pulau Pinang, dan hari ini PKR masih memerintah di Selangor.
Apakah perjuangan kamu, Muhyiddin?
Setakat balik ke Pagoh mengadu dibuang oleh Najib? Menunggu jawatan PM jatuh ke riba? Mengharapkan Dr Mahathir keseorang berjuang dan jawatan jatuh ke pangkuan beliau?
Buat lah keputusan. Kalau hendak berjuang, berjuang betul-betul demi agama, bangsa dan negara. Jadi JENERAL. Ketuai barisan perjuangan.
Hari ini, Muhyiddin tidak lebih hanya dilihat sebagai Prebet Pencen.
No comments:
Post a Comment