NUFFNANG

Wednesday, 3 February 2016

[kejatuhan najib bermula dan kedah bakal jatuh ke tangan pas! tahniah najib!!] ... Najib & Basha Dikutuk Hebat Oleh Warga Siber

[kejatuhan najib bermula dan kedah bakal jatuh ke tangan pas! tahniah najib!!] ... Najib & Basha Dikutuk Hebat Oleh Warga Siber


Selepas Mukhriz undur pengguna 
media sosial persoal bila giliran Najib

Rata-rata pengguna media sosial
terutama juga rakyat Malaysia terkilan
dengan peletakan jawatan Datuk Seri
Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar
Kedah susulan kemelut politik Kedah
dan mempersoalkan bilakah nasib yang
sama bakal menimpa Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.

– Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.


Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar
Kedah hari ini mendorong pengguna media sosial bertanya bila Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak pula akan meletak jawatan.

Ketika frasa "MB Kedah" mula trending di ruang maya Twitter, rakyat Malaysia
menggunakan laman mikro-blog itu menyatakan kekecewaan mereka ke atas
nasib yang menimpa Mukhriz.

Mereka mendakwa, rakyat sudah hilang sokongan terhadap Najib, namun
beliau masih berkuasa tetapi seorang pemimpin seperti Mukhriz, yang menurut
mereka masih mendapat sokongan orang ramai, dipecat.

"Rakyat nak tukar PM, Kedah MB kena tukar pulak. Yet another disappointment,"
tulis Wee Su Lin di akaun Twitternya @sulinwee.

Sementara huzairieyahyaa (@HuzairieYahya96) menulis: "We need new PM, not
new Kedah MB (Kami perlukan PM baru, bukan MB baru)."

Seorang pengguna Twitter dengan nama @ajijudinnn turut menulis sajak pendek
berbunyi: "Pergi kedai cari teh kundur, Ternampak Mukhriz membeli tauhu, Ku
harapkan Najib undur, Tup tup dapat MB baru".

Sementara itu, pengguna lain mengejek menteri besar yang baharu, Datuk Seri
Ahmad Bashah Md Hanipah, memetik pengakuan beliau sendiri yang beliau tidak
sama taraf dengan Mukhriz, yang memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran
perniagaan dari Sophia University, Tokyo, Jepun dan ijazah dalam bidang
pengurusan dari Universiti Boston, Massachusetts.

"Tahniah Ahmad Bashah untuk jawatan MB Kedah yang baharu. This goes to
say education means nothing when it comes to politics (Ini bermaksud, pendidikan
tidak ada maknanya dalam bidang politik),” kata hilmy yakap (@hilmyyakap).

Mark Adam (@matkhadam) pula berkata, pelantikan Bashah membuatkan
beliau teringin memohon jawatan sebagai menteri besar Perlis, berbekalkan
kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dimilikinya.

"Serius la Kedah mb baru ngaji takat srp ja? Aku pun nak apply jadi mb perlis guna
spm ja la nanti," tulisnya.

"Motivasi hari ini. Jangan berhenti bermimpi. Think big (Berfikiran jauh).
SRP can be a Menteri Besar (boleh jadi menteri besar). Kuikuikui Kedah MB," 
kata MHS @_secism.

Pengguna Twitter juga meramalkan pelantikan Bashah itu akan membawa kepada
berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Kedah.

"Mukhriz diganti sebagai MB Kedah, BN boleh ucap selamat tinggal kepada
Kedah dalam PRU14, jadi bergembiralah sementara masih ada,” kata
Muhammad Irfan @muhd_irfaaan.

Pada 20 Januari, Bashah mengetuai sidang media yang terdiri daripada pemimpin
bahagian dan sayap Umno di Kedah, mengisytiharkan tidak lagi mempunyai keyakinan
terhadap kepimpinan Mukhriz dan mahu Najib campur tangan menukar beliau.

Kemelut kepimpinan negeri itu tiba ke penghujungnya apabila Mukhriz mengumumkan
peletakan jawatannya pagi ini, mengakui beliau tidak lagi memperoleh sokongan
majoriti ahli Dewan Undangan Negeri. -TMI


Najib hancurkan keyakinan rakyat, pemimpin Umno Kedah dipuncak naif

Keputusan memilih Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk
Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai Menteri Besar yang baru,
memperlihatkan kenaifan pemimpin dan kehancuran Umno Kedah dalam
Pilihanraya Umum ke-14 kelak, kata Presideni Gabungan Ketua Cawangan
Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman.

Beliau menegaskan, Mohd Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan 15
Adun Umno-BN di negeri itu tidak melihat krisis kepimpinan berlaku itu
untuk memastikan kelangsungan pemerintahan Umno-BN di Kedah.

“Bila isu demi isu menghujani Presiden beliau sedar bahawa beliau perlu
mempunyai pasukan yang setia tanpa sebarang persoalan kepadanya oleh
mana-mana pihak.Sebaliknya beliau menghancurkan keyakinan rakyat negeri itu.
“Adakah presiden seorang ahli politik yang sayang kepada partinya? Kami
tidak menganggap beliau sama sekali memikirkan kelangsungan parti
berbanding lebih memikiraan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
“Tindak tanduknya langsung tidak mencerminkan bahawa beliau pentingkan
parti, jadi apa sebenarnya muslihat seorang Presiden ?

“Hanya dikalangan mereka yang berfikiran waras tahu kenapa percaturan
politik itu berlaku dan Mukhriz akhirnya kecundang,” ujar beliau ketika
dihubungi Malaysia Dateline.

Tambah Kamarulazman lagi sebagai pemimpin utama parti dan negara,
Najib perlu melihat suatu isu yang berlaku dalam politik negeri dalam skop
politik negeri itu.

“Presiden perlu melihat dari kanta politiknya bukan melihat dari kata amarah
dan mahu menjaga kedudukan politik dan menutup kelemahan
kepimpinannya sendiri di peringkat pusat dan negara.

“Kalau terbukti Mukhriz yang diingini oleh rakyat Kedah itulah sepatutnya
dilakukan Presiden untuk mengekalkan beliau (Mukhriz).
“Apa guna meletakkan seorang yang digemari oleh Presiden tetapi
membawa kekalahan kepada parti kelak, siapa punya strategi ini?,” soalnya lagi.

Dalam pada itu Naib Presiden GKCM, Ruhsdan Mohamad pula bertanyakan
kepada semua 3 juta ahli Umno terhadap krisis kepimpinan di negeri itu.

“Adakah anda di dalam Umno pada hari ini bangga melihat parti keramat ini
ditolak, dicemuh, dihina dicerca dan dikeji?

“Ikon dan aset penting kepada parti dan sebuaah negeri yang semakin
membangun itu sudah tidak ada tempat lagi bagi mereka selagi aset tersebut
tidak seia senada bersama mereka.

“Sayang seribu kali sayang, Umno bukan lagi milik rakyat tapi milik
individu-individu tertentu,” tegasnya.

Hari ini rakyat Kedah akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Ahli
Jemaah Pemangku Sultan Kedah perkenan Timbalan Pengerusi Perhubungan
Umno Negeri yang juga Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru berkuatkuasa esok, 4 Januari 2016.

Berikutan peletakkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
hari ini, melalui surat rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri
Kedah, Datuk Bakar Din. -Malaysia Dateline



No comments: