Lelaki Ini Peroleh Ganjaran Sangat Berharga Selepas Membeli Kerepek Bernilai RM5
Masa sedang membuka beg dan mengeluarkan beberapa sampul berisi buku-buku di meja tulis Pejabat Pos, seorang budak lelaki berjalan ke setiap kaunter pos. Jual kerepek.
Siap kata “Akak! Dah lama akak tak beli kerepek saya!” Akak Pos yang cun melecun tu geleng tak kuasa nak layan gamaknya.
Lepas itu dia pergi pula ke abang dua tiga orang yang menunggu nombor, semua geleng. Saya buat-buat tak nampak sahaja kerana duit yang ada hanya sekeping RM50. Harapnya cukuplah duit ini nak bayar pos dan nak beli telur karang.
“Bang, nak beli kerepek tak? Ada saaaaaatu je lagi!” Dia punya muka dah macamPuss in the boots.
Adoi abang tak kuat, terus tanya “Berapa tu?”
“Lima hinggit je bang,”
“Ok macam ni, kau tunggu sini. Kasi abang isi borang ni dulu dan abang poskan semua ni dulu, abang beli punya kang,” Dia terus angguk.
Kemudian sedang isi borang yang ke-dua datang seorang lagi, kali ini budak perempuan. Tah apa dia berdua berbisik kemudian ketawa.
“Baaang, ni adik saya, dia pun ada saaaaatu je kerepek, abang beli jelah dua-dua ni,”
“La haula walaaa… yelah yelah kasi abang isi borang dulu,” Dalam hati saya waktu tu hanya menaruh harapan paling tinggi kepada Tuhan, cukupkanlah duit ini ya Allah. Moga duit yang sedikit ini dapat beri gembira budak dua orang ini.
Sedang isi borang yang berbaki, kami sempat bersembang. Dua dua tak nak jawab bab umur dan sekolah kat mana. Yang depa jawab ialah Ayah kerja Rela dan mak bungkus kerepek dan jual sama-sama. Katanya maknya juga ada di sekitar, pun jual kerepek untuk tanggung depa empat beradik.
Yang perempuan itu namanya Ika, dan yang lelaki itu namanya Syamil. Si Syamil ni siap ambilkan nombor saya dan akhirnya dua-dua menanti di kerusi. Bukan ikut tunggu nombor, tapi tunggu abang kacak menunaikan janji beli kerepek.
Sampai sahaja nombor saya, saya ke kaunter. Budak ini ikut dan macam ikut bapaknya pula buat urusan di kaunter. Lantak kau lah labu. Syukurnya, Alhamdulillah wang untuk kurier hanya RM23.90. Jadi ada baki RRM26.10.
Saya terus bawa mereka keluar dari pejabat pos dan bayar duit kerepek. Tambah lagi RM15 dan cakap dengan tegas, beli alat tulis dan pergi sekolah. Dua-duanya angguk dan terus capai tangan saya salam, cium tangan dan ucap terima kasih.
Baru sahaja mahu keluar dari Giant Nilai, hujan. Saya berdiri tunggu di sisi parking motor. Dan peganglah duit baki RM1.10 yang ada pada tangan terus sahaja masuk poket.
Sambil tunggu hujan reda, dua beradik ini lalu sambil makan aiskrim dan ketawa girang, di belakangnya ada seorang wanita mengekori, ibunya mungkin. Indah sungguh melihat perlakuan dia berdua.
Sedang tengah syok bergurau dan menolak-nolak Si Ika memandang saya dan memberi babai dan senyum paling manis di dunia.
Untuk umur sekecil ini mereka sudah ada pengalaman sebesar itu wahai Ika dan Syamil. Satu hari nanti pasti kau akan jadi budak paling berjaya di seluruh dunia kerana susah senang kau ini.
Sedang budak-budak lain ibu bapanya takut-takut memberi anak-anak keluar rumah, kau pula senang sahaja berjual beli di sana sini. Kau hebat.
Bila fikir semula, bagaimana Tuhan boleh lindung mereka ini sebaiknya. Lihat sahaja keletah mereka yang gembira ke sana sini menjual kerepak dari beg kain percuma yang entah dapat dari mana. Oh ya, mereka membantu ibu bapa. Mereka dah tolong ibu bapa, Tuhan pula pasti tolong mereka.
Saya pun balik, tak jadi beli telur dan tak jadi sambung baking. Pulang sahajalah dan ke surau lebih baik agaknya. Cewah, malam jumaatlah katakan. Kahkahkah.
Elok sahaja sampai di rumah, macam biasa tengok telefon dulu. Dalam ratus-ratus whatsapp, saya paling suka yang ini:
“Tuan, kami nak sewa empat hari studio pada bulan Februari dan March, RM*** sehari. Hu hu hu, bergenang pula air mata. Di saat sesak-sesak dunia bisnes sekarang, ada pula bantuan yang entah dari mana. Tak tahu nak cakap apa, sememangnya Tuhan tahu segala-galanya.
Kita tolong orang, Tuhan pula tolong kita.
Kita pemurah, Tuhan lagi pemurah dengan kita.
Kita beri orang lain gembira, rupa-rupanya Tuhan akan beri kita juga gembira.
Kita pemurah, Tuhan lagi pemurah dengan kita.
Kita beri orang lain gembira, rupa-rupanya Tuhan akan beri kita juga gembira.
Ok menangis. Sebak pula. Hu hu hu. Terima kasih Tuhan, Alhamdulillah.
Kawan-kawan,
Jika kalian ke Giant Nilai, dan jumpa dua beradik ini. Belilah kerepek dari mereka ya!
Khairul Hakimin Muhammad
Jejaka Paling Kacak di Pejabat Pos.
Jejaka Paling Kacak di Pejabat Pos.
source : thevocket.com
No comments:
Post a Comment