NUFFNANG

Thursday 1 May 2014

TS @MuhyiddinYassin Melawat Dato Nik Aziz - DAP Pasti Tak Senang Duduk

TS @MuhyiddinYassin Melawat Dato Nik Aziz - DAP Pasti Tak Senang Duduk

Di sebalik semua mata menumpukan kepada kehadiran Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia, rasanya ramai yang terlepas pandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, meluangkan masa untuk melawat Mantan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat di kediaman beliau di Kampung Pulau Melaka. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Perbezaan ideologi politik bukan penghalang bagi memupuk perpaduan.

Pertemuan yang di nanti, agar tiada kata nista sesama mukmin, pertemuan yang memaut hati sesama kita, tiada kata yang lebih indah dari saat sebegini. Alhamdulillah. Sejuk melihat gambar-gambar pemimpin politik negara dari dua ideologi yang berlainan dapat bertegur sapa dan beramah mesra. Persaudaraan di dalam Islam tidak akan putus walau bagai manapun kita bergaduh atas nama politik. Semoga Dato Nik Aziz cepat sembuh dan dipanjangkan umur.


Ads by Keep NowAd Options



Ads by Keep NowAd Options




Ads by Keep NowAd Options




Ads by Keep NowAd Options

No comments: