NUFFNANG

Thursday 1 May 2014

HUDUD: TIDAK PERLU ULANG, SEMUA TAHU PENDIRIAN DAP, KATA ANTHONY LOKE

HUDUD: TIDAK PERLU ULANG, SEMUA TAHU PENDIRIAN DAP, KATA ANTHONY LOKE




DAP tidak akan menjelaskan semula tentang kebaikan dan
keburukan pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia sudah
dibincangkan sejak isu itu mula timbul dahulu.

Keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC) di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Anthony Loke Siew Fook berkata,
pendirian DAP konsisten menolak undang-undang itu dengan
sebab-sebab yang sudah jelas kepada semua pihak.

“Kita tegas dengan pendirian kolektif kita bahawa tidak akan
menerima undang-undang hudud, atas hujah perundangan dan
perlembagaan. Kita sudah jelaskan perkara ini sejak dulu lagi.

“Pelaksanaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, ia bukanlah dasar bersama Pakatan Rakyat, kerana hudud
bukan agenda ketiga-tiga parti komponennya,” katanya kepada Roketkini.

“Ini adalah pendirian DAP dan tidak akan berubah. Semua orang tahu
dan tidak perlu lagi diulang-ulang,” kata Setiausaha Organisasi
Kebangsaan itu lagi.

Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan pada tahun 2011
menyatakan iltizam untuk mempertahankan dasar bersama seperti
yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Buku Jingga.

Ia juga menegaskan objektif utama Pakatan untuk membina kembali
asas kenegaraan yang rosak di bawah pemerintahan Umno-BN seperti
tadbir urus dan sistem kehakiman.

Anthony Loke memaklumkan bahawa DAP kini dalam proses
perbincangan bersama-sama PAS bagi mencari penyelesaian dalam
isu yang timbul, namun enggan mengulas lanjut berhubung soal itu.

Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim bahawa rancangan PAS untuk melaksanakan hudud bakal
dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. – Roketkini.com

source : mymassa

No comments: