NUFFNANG

Friday 23 May 2014

TERKINI ! SELURUH PEMIMPIN & 3 JUTA AHLI UMNO DIHINA CELAKA DI LUAR DEWAN DUN !!

TERKINI ! SELURUH PEMIMPIN & 3 JUTA AHLI UMNO DIHINA CELAKA DI LUAR DEWAN DUN !!

1. Anda baca laporan akhbar di bawah :


Setelah menegaskan tidak akan menarik balik dan memohon maaf di atas keceluparan menggelarkan UMNO sebagai celaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sekali lagi menunjukkan kebiadapannya apabila mengulangi celaan liarnya itu di dalam ceramah terbuka DAP, malam tadi. 
Dengan nada angkuh, wakil rakyat DAP itu menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang sudah tidak relevan dan tidak pernah membantu kaum-kaum lain di negara ini. 
"Biar saya ulang lagi di sini, celaka UMNO dan yang saya maksudkan ini hanya kepada parti, bukan orang Melayu. 
"Saya tidak akan memohon maaf dan sesekali menarik balik perkataan ini," katanya ketika berucap dalam ceramah DAP diIsland Glades di sini. - sumber
2. Jika merujuk kepada laporan akhbar di atas, rakan politik Lim Guan Eng DAP itu nampaknya semakin kurang ajar dan sengaja mencari pasal. 

3. Jika dulu isunya beliau mencarut di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinangdan beliau mempunyai imuniti untuk mencarut sesuka hati beliau tetapi kini beliau mengulanginya di luar Dewan DUN.

4. Jika dulu beliau mencarut ke atas pemimpin-pemimpin UMNO, kali ini beliau lebih kurang ajar apabila mencelakakan UMNO secara total dan kenyataan beliau itu sangat melampau dan sepatutnya membangkitkan kemarahan seluruh kepimpinan UMNO cawangan, bahagian, negeri, pusat dan 3 juta ahli UMNO di Malaysia ini.

5. Dan sepatutnya, seluruh UMNO dan rakyat yang menyokong UMNO perlu bangkit menyatakan kemarahan dan kekecewaan mereka terhadap ADUN DAP dan kepimpinan DAP yang menyokong kenyataan beliau.  

6. Malah, kenyataan rakan politik Lim Kit Siang DAP itu yang kononnya 'UMNO adalah parti yang sudah tidak relevan' adalah satu pembohongan yang jijik dan tidak berasas.

7. Jika kita lihat statistik PRU13 di bawah, parti UMNO merupakan parti politik yang mempunyai sokongan teramai di antara parti-parti lain termasuk parti DAP (3,241,286 undi). 

8. Malah, parti UMNO juga mempunyai kerusi terbanyak dan turut menambah 9 kerusi parlimen pada PRU13.  




9. Maka jelas, ahli politik DAP itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO, beliau juga telah berbohong kepada rakyat kononnya 'UMNO tidak relevan'.

10. Malah, kenyataan 'UMNO tidak pernah membantu kaum-kaum lain' seperti yang dilaporkan oleh akhbar juga merupakan satu tuduhan yang melulu dan jijik.

11. Apakah rakan politik Lim Guan Eng DAP itu berani menafikan laporan akhbar tersebut?


12. Yang jeleknya, dimanakah suara Lim Guan Eng dan DAP apabila geng-geng mereka yang berjawatan ADUN, berkelakuan samseng dan kurang ajar di dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini?


13. Bukankah tindakan di atas mencemar institusi Dewan Undangan Negeri?

14. Apakah Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP telah meminta maaf kepada rakyat?

15. Bagaimana pula dengan tindakan penyokong-penyokong DAP dan Pakatan pembangkang di bawah?




16. Bukankah ianya menghina bendera Malaysia yang juga merupakan satu institusi perlembagaan negara Malaysia?

17. Kenapa DAP tidak bersuara membantah?

18. Kita lihat juga video di bawah :


Video : kenyataan tentang ahli politik DAP

19. Sebelum ini, kepimpinan UMNO negeri Pulau Pinang telah bangkit mempersoalkan keceluparan ahli politik DAP itu : BACA SINI dan BACA SINI

20. Begitu juga dengan kepimpinan sayap-sayap UMNO negeri Pulau Pinang.

21. YB Khairy Jamaluddin juga telah menyatakan bantahan beliau ke atas keceluparan ahli politik DAP.

22. Kepimpinan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan juga telah bangkit mengecam sikap kurang ajar ahli politik DAP itu : BACA SINI

23. Sekarang, kita sedang menunggu lebih ramai lagi kepimpinan UMNO cawangan, bahagian, negeri dan terutamanya UMNO pusat untuk bangkit mempertahankan kesucian parti UMNO.

24. Anda baca juga artikel ini : BACA SINI

source : dr mim

No comments: