NUFFNANG

Friday 30 May 2014

BIAR BETUL ??!! #BN4TlkIntan: Hadi arah tak keluar mengundi? Jentera PAS dah balik Posted by The Unspinners

#BN4TlkIntan: Hadi arah tak keluar mengundi? Jentera PAS dah balik



Walaupun Haji Hadi muncul dimajlis kempen Dyana, tapi disebalik tabir, dia tidak berkenan untuk menyokong. MyMassa melaporkan Hadi menegur Dyana:

Abdul Hadi Awang pada Ahad dilapor menegaskan pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejaskan orang lain yang jahil mengenai undang-undang Islam itu.

Beliau berkata pihak berkenaan perlu tutup mulut sebelum mencelarukan lagi keadaan sedia ada.

“Ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan malah ia merosakkan… Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya… Saya tak tuju kepada sesiapa,” kata Abdul Hadi yang memberi teguran itu selepas Majlis Ulama PAS menegur Dyana Sofya kerana menolak pelaksanaan hudud di Malaysia.

Pemangku ketua dewan itu, Datuk Ahmad Yokib berkata, tindakan Dyana bakal “mengelirukan” masyarakat dalam PRK Teluk Intan.

Dalam menolak hudud, Dyana berkata beliau mendokong pendirian DAP bahawa syariat Islam itu bertentangan dengan perlembagaan dan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Pada Ahad juga, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilaporkan berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.


Baca sepenuhnya di MyMassa SINI 


Ekoran pendirian Dyana yang berdolah dalih, Hadi kononnya telah mengeluarkan arahan melalui SMS agar penyokong PAS tidak keluar mengundi.

SMS ini telah bocor ke wartawan.

Semalam jentera PAS dari Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, dan Terengganu telah pulang kerana DAP seolah-olah tidak memerlukan jentera PAS.

DAP yang menguasai kempen mahu memastikan tiada langsung peluang untuk PAS menyelitkan sebarang agenda mereka atau sebarang sentuhan ugama Islam dalam kempen ini.

Malah Dyana sendiri enggan komen bila ditanya wartawan manifestonya tiada elemen pembangunan ugama.

Dyana jelas tidak akan menyokong hudud tapi berpura-pura depan PAS mengatakan dia tidak menolak hudud.

SMS tersebut mungkin ada kebenaran.
source : the unspinners

No comments: